Dulu kecil2 saya suka sangat doraemon. Suka yang tak berbelah bahagi. Gitu. Kalau tak silap cerita doraemon disiar di tv pada maghrib hari sabtu. Jadi tricky sikit nak tengok. Sebab balik main kat luar, then tak mandi nak tengok doraemon. Then kena marah dengan umi sebab nak maghrib lg etc. Dulu lah. Sekarang dah tak tahu. Saya bukan takat menonton tv, malah komik2 doraemon semua saya baca. Suka beli. Suka baca. Suka doraemon. :"). Bila dengar Fujiko dah meninggal, saya sedih. Sama sedih macam ketika tau sidney sheldon meninggal. Over sangat.
Anyway saya bukan nak cerita sedih disini. Saya nak cerita, sekarang ni ada pameran doraemon di malaysia. First in southeast asia katenyee. Boleh tengok details di www.100doraemon.com. Dengan itu, ahad lepas (thaipusm) ketika semuaorang heboh cuti kesana kemari, kami anak beranak pergi ke expo doraemon untuk menyemai benih perkenalan dengan doraemon kepada anak2. Haha. Saya pergi dengan budak bertiga ni dan 2 orang adik saya sahaja.
Location expo ini ialah di viva home expo. Ada beberapa route ke situ termasuk public transport i.e. LRT putra. Plan nak pergi pagi. Tapi dalam pukul 11 baru keluar. Dalam pukul 12 sampai di Viva home expo. Alhamdulillah time tu jalan tak jem. Parking pon ok. Murah. Rm2.50 - RM3 kalau tak silap. Saya tak pernah datang sini. First time.
Harga expo ni agak mahal. Rm25 untuk dewasa dan Rm15 untuk kanak2 - berketinggian 90cm ke atas atau umur 4 tahun ke atas. Duh. Jadi Ahmad memang kena charge.
Masuk2, kita melalui "mesin cahaya masa" :)).
Macam real je kan. Hahaha
Lepas tu dia cerita history macamana penghasilan doraemon dari kilang. Tapi tak ada tulis (atau saya tak perasan) macamana doraemon end up dengan Nobita.
Ketika doraemon dihasilkan, ia berwarna kuning, lepastu ada tikus tipu yang gigit telinga dia. Tikus tu misunderstand arahan dan gigit telinga doraemon. Bila pergi kat doctor robot, doktor buang semua telinga doraemon. So doraemon menangis senangis2nya lah.
Yang kelakar, doraemon bertukar warna dari kuning ke biru sebab girlfriend dia gelakkan dia tak ada telinga. Lepastu doraemon nak minum cheer-up potion tapi tersalah minum jadi sorrow potion. So bertambah sedih la dia dan dia nangis horror sampai bertukar jadi warna biru. Haha magic sangat!
Lepastu masuk "pintu suka hati".
Kan tajuk pameran ni 100 doraemon secret gadgets. So dia pamerkan doraemon dengan gadget2 berserta explanation sekali tentang fungsi alat2 tu. Huhu. Comprehensive macam dictionary 3D. Ni antaranya:
Kucing ni kalau letak di kedai nanti pelanggan ramai datang. Haha bagus ni. Letak gambar kat blog, agaknya pelanggan dan pengunjung pon ramai. Hahaha
Yang ni tak ingat apa alat dia. Tapi dari gambar, macam dia lari bila jumpa ahmad pula.
Basically, macam ni lah dia susun patung2 doraemon tu. Ada 100 ok. Setiap alat kan.
Siapa yang tak tahu alat ni memang tak tengok doraemon. Ini adalah "helikopter". Boleh fly pegi mana2 dalam limit masa tertentu. Bes3.
Best tau, kain magic belah kanan gambar, boleh jadi hilang bila pakai.
Ini tak ingat alat apa. Kita assume je lah doraemon dengan adik dia, ala2 ahmad dengan hasan la. hahha
Memang buruk. Ya saya sedar diri -__-
Hasan melepek
Bluek
Mmmpfftt
Warrghh
Ni Shizuka kot kawen dengan siapa
Ni kan kawasan perjiranan tempat nobita. Ni pakcik garang yang bila bola lisut masuk rumah pakcik tu, semuaorang suruh nobita pegi ambil sebab pakcik tu garang sangat tak da siapa berani. Hahha
Ni padang tempat nobita dan rakan2 main dan lepak.
Ha ni lagi satu kawasan perumahan diaorang. Gambar yang sama, at least boleh ambil gambar 3 posisi.
Posisi pertama - Seolah2 jalan ke hadapan
Posisi kedua - konon sembunyi
Posisi ketiga - sembunyi tapi dari angle lain.
Actually ada lagi posisi lain macam jalan kehadapan etc. Boleh guna pelakon lain k. Ahaha
Ni mak sunio, bercakap tak henti2.
Ini adalah "air gun". POOM sarah tembak mama dengan hasan (berlakon lagi). Ahmad makan tangan kiri tu. Epp biasa dia (bukan berlakon)
Ni tqah (adik saya no 6) pula meluahkan rasa hati sebenar yakni tembak Bang K (adik saya no 4)
Ahmad pon tere berlakon. Macam betul2 kena tembak. Hahaha
Kucing girlfriend doraemon kan?
I want to flyy..into the skyy..
Slim sangat duduk sebelah mak giant. Sarah dan ahmad beria2 pilih air sebab diaorang ingat memang boleh beli betul. :")
Tadi dengan mak giant, ni dengan giant. Kan dia selalu kena marah mak dia suruh kemas rumah. Tu la kot pegang bulu ayam. Hehe
Ahmad dan hannah (adik giant)
Woot! lampu picit ajaib. Suluh semua jadi kecil~
Hah?! doraemon dah kecik?? :))
lalala
Can i travel around the world and sleep at home every night?
Hasan pon pandai berlakon nak buka almari buku :")
Makan roti jawapan ni untuk jadi pandai. Yang best, dia jual real roti diluar expo. Hahaha
"Eh kenapa dorameon nangis ni?" - Ahmad
The real dorayaki. Inti coklat. Tapi saya rasa macam tak sedap. Tak lembut dan coklat rasa macam dalam kabinet -__-. Mahal ok. Rm5.
Ni sedap juga sebab baru masak. Cream puff berbentuk doraemon. Rm10 dapat 12 ketul. Comel. Makan kepala doraemon, Tangan doraemon. Haha
Bukan hasan kena paksa makan. Pegang kepala dia supaya mengadap camera. Hehe.
Ini adalah entry yang paling banyak gambar. Tapi tempatnya pon memang untuk bergambar. No point berbuih2 sembang kalau tak ada gambar kan :))
Kalau siapa2 nak pergi, expo ni masih berlangsung. Tapi saya rasa kalau tak begitu minat doraemon, takpayah la pergi. Jumpa lagi!
Ang ang ang..dadadada...doraemonnn...lalala
Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775