Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Watercolor. Show all posts
Showing posts with label Watercolor. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum

Selamat hari merdeka untuk semua rakyat Malaysia! Adakah pemikiran kita benar2 merdeka? adakah nafsu kita merdeka dari belenggu nafsu jahat? adakah hati dan perasaan kita merdeka? hehe banyak sangat kan jika nak di kupas erti merdeka.

Bagi saya, selain di atas, membawa maksud merdeka kewaangan i.e. financial freedom. Saya masih belum boleh declare saya merdeka dari segi itu. Dan masih berusaha hingga memperoleh financial freedom.

Kenapa? Sebab kebanyakan pahit hidup yang ditelan adalah berpokok pangkal dari financial yang tidak stabil dan masih bergantung pada macam2 perkara. Tapi bukanlah financial freedom bermaksud segala2nya. Banyak lagi faktor yang menyumbang. Cuma untuk masa ini, umur ini, antara focus besar saya ialah financial freedom :).

Untuk instill semangat kemerdekaan pada anak2 (cewah ye sangat la tu), kita ajar pasal bendera. Tapi di jalan2 raya pon banyak bendera Malaysia dan Hasan pon dah kenal bendera Malaysia. Bila nampak je dia akan kata "mama bendeya tita" :D

 Locate mana Malaysia dan cari bendera dari buku atlas.

Ahmad minat geography dan solar. Jadi mudah juga nak suruh cari bendera2 dan dia sentiasa boleh locate dan ingat negara2 mana yang dah pernah pergi :). Tapi lepas dah buka page buku ni dah hasan pula berminat sangat dengan orang utan tu -__-.

Mula2 ada niat nak buat KLCC guna barang2 recycle. Tapi tak jumpa pula tisu roll. So kita resort pada apa yang ada je ye. Apa lagi, painting watercolor la kan. Paling senang hahaha.

Merdeka kena sambut dengan 'kemerdekaan' Gaza kan? Jadi kena ada bendera Palestine :).

Sarah dah hafal bendera palestine. Dia yang lukis dan warna kan bendera tu. Saya lukiskan bendera Malaysia untuk ahmad. Tapi, herm, warna tak habis lepas tu sibuk2 nak cat kerusi -____-. 
*ni saya tengah update blog ahmad nampak gambar:
"mama padam gambar bendera ahmad. Jangan letak yang tak habis warna" 
"dahtu ahmad yang tak habis warna kenapa?" 
"eh tak cat kerusi pon. Ahmad nak cat kerusi dulu lepas tu cat bendera" 
derrr*
Hasan, tak tahu lah, mixture 2 bendera tersebut agaknya :D.

Di sini lahirnya sebuah cinta...

Sekian!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, August 26, 2014

Water Coloring with Kids: Kucing & Rerama Lipat

Assalamualaikum

Sejak dua menjak lepas ada bibik ni, ahmad dan hasan duduk di rumah. Rasanya diaornag pon boring. Yelah dulu di nursery penuh aktiviti. Kalau tak penuh pon, ada la ramai2 kawan kan. Ni berkawan dua orang je dengan bibik. Kesian. Huhu

Tanya ahmad, dia nak buat apa waktu siang2. Dia jawap nak "cat cat". Nak cat tu maksudnya nak main watercolor lah. Jadi last weekend belikan watercolor buncho, berus dan drawing block. Tak sempat2, malam tu juga nak main. Ok. Layan.

Sarah tukang lukis gambar untuk di "water-color'"kan. Gambar sarah kucing, gambar ahmad kucing dan gambar hasan bas sekolah (tengok kat tangan kiri hasan pon pegang bas jugak -_-)

Ni hasilnya! boleh teka who's who kan. "Apa jadi kat kucing ahmad?" "Ni kucing ahmad terbakar" -________-

Ni pula projek kedua. Mesti tak boleh teka who's who. Sebab banyak campur tangan mama. Hahaha

Anyway, diaornag enjoy sangat! rasanya kalau jadi suri rumah, sure banyak boleh buat aktiviti macam ni kan. Quality time with kids!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)