Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Mealshake. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Cares For Our Children

Assalamualaikum

Haritu kawan saya kongsi bahawa sejak consistent ambil mealshake, kulit dia jadi cantik. Melampau. Mealshake? saya ingat kanak2 je consistent. Rupanya orang dewasa pon ada yang consistent dan mendapat hasil menarik untuk kulit. Siapa yang tak nak kulit cantik kan! 

Dengar tu, saya pon niat nak ambil mealshake hari2. Ahaha. Bukan apa, mealshake kena consistent berada dalam rumah saya. Ada masa saya rasa payah nak telan vitalea tu. Jadi saya ganti dengan mealshake. Lagipun sarah suka sangat sampai kena limit kan dia ambil tiap hari. Heip! mahal ok. Ekeke. Lagi satu saya memang perlukan itu untuk kesihatan budak2 kalau tak sihat susah nak buat art class.Tapi kesempatan promo bulan ni saya grab la 1 set untuk stok keluarga saya sendiri. Huhu. Buy 3 free 1 kott :). Dah tu dia derma kan profit untuk promo special ni. Jadi, ok la kan. Hidup sihat hati senang. Berkat insya allah.


Saya suka benda2 serba guna benefit banyak-in-1 ni. Hehe. Ok itu sahaja lah!

Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Monday, July 21, 2014

Kegunaan Mealshake

Assalamualaikum

Harini saya nak share 4 kegunaan mealshake, atau, kebanyakan reason orang guna untuk apa la mealshake ni 

1) Makanan seimbang


Mealshake ni senang cerita ialah minuman bervitamin. Kalau anak2 susah makan vitamin, boleh bagi mealshake. Sebab apa? sebab mealshake ni senang dan sedap. Dan sikit je campurkan pada minuman. Personally, hari2 saya tak mampu nak bagi makanan seimbang lengkap satu pyramid pada anak2 kat diri sendiri pon tak mampu apatahlagi anak2 :"). Jadi, dengan vitamin lengkap yang perlu dapat dari pemakanan piramid tu, saya harap dapat la menampung mana2 lopong2 lobang2 dalam sistem pemakanan anak2 saya. Hu hu. True guilty mom confession. -_-. Dan saya pon ambil mealshake kalau malas telan vitalea. Sebab mealshake ni sedap! Haahaa.

2) Selalu Demam


Alhamdulillah, anak2 saya tak selalu demam. Tapi kalau anda perasan, saya banyak cerita pasal saya bagi mealshake hari2 ketika hasan nak start demam. Bila badan hasan dah mula dedar, saya akan bagi. Dah mula hidung nak srott srott, saya akan bagi. Dan alhamdulillah, better keesokan hari. Alhamdulillah juga so far saya tak pernah cuti lagi sebab hasan sakit. Mealshake ni saya bagi occasionally pada sarah dan ahmad. Sekadar supplement dan makanan tambahan. Diaorang dah besar. Alhamdulillah, tak ingat dah bila last time diaorang demam. 

3) Selera makan


Haa, ni lah main reason saya bagi hasan mealshake ni. Encik hasan ni dah la spesis halus. Tak suka makan pulak tu -___- iskk. Jadi, saya guna la mealshake sebagai taktik. Saya memang perasan perubahan dia. Dia akan makan dan makan banyak lepas bagi mealshake. Hahaha. Time tu bagi la nasi ka sayur ka ayam ka ikan ka semua dia balun. Alhamdulillah. Kahkah. Baru la pipi tu nampak bulat sikit. Dan memang banyakk testimoni rakan2 dan customer2 saya tentang anak2 picky eater ni.

4) Sembelit


Ini saya tak ada testimoni sendiri sebab anak2ku semua sejenis yang membuang dengan amat mudah sampai terlebih2 bazir pempers betul tau -..- ni semua genetik husband sebab saya pula sebaliknya :D. Ok tapi testimoni dari rakan2 tentang sembelit yang berkurang dan selepas beberapa minggu alhamdulillah dah tak sembelit dan bowel movement semakin smooth. 

Tu lah 4 perkara penting yang saya nak share pasal mealshake ni. Kalau2 anda ada masalah di atas, boleh cuba mealshake.  Mesti anda pon nak anak2 sihat dan ceria sentiasa betul tak? Dapatkan consultancy selepas pembelian ya! 



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

Tuesday, June 25, 2013

Nutriferon, Mealshake dan Jerebu

Assalamualaikum

Saya suka travel. Masalahnya bila travel, bawa budak2. Budak2 ni tau lah kan antibodinya baru nak develop. Renyah ramai2. Kang demam susah. Selesema susah. Batuk susah. Semua lah. Bila travel, hours semua berubah. Normal hours dah jadi kacau bilau. Sekejap tidur, sekejap bangun. Kadang2, time zone berubah. Jenuh la. 

Yelah dah travel jauh2 takkan nak duduk dalam bilik je ye tak. Jadi saya memang bawa nutriferon (especially) dan mealshake kemana2. Biasanya, nutriferon memang ada dalam hand carry. Sebab dia kecil. Macam mealshake, kena ada bekas. Tapi usaha la juga untuk bawa. Kalau suspect budak2 dah nak start selesema ke dedar sikit badan ke apa, terus bagi mealshake. Mealshake ni kaya dengan vitamin. Budak2 ni  kadang taknak kunyah vitalea tu. Lagipun, vitalea hanya untuk 4 tahun keatas. Kalau teruk sikit, bagi nutriferon. Nutriferon activate antibodi secara semulajadi. Ia terdiri daripada campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. So far berkesan lah alhamudlillah. Macam setakat ini tiada lagi yang serious dan alhamdulillah tidak tergolong dalam budak2 yang sentiasa demam tiap bulan mahupun begitu sensitif terhadap persekitaran. 

Itulah, kadang2, mak bapak pon mungkin pembawa virus. Dah keluar tiap hari guna public transport dan mingle dengan pelbagai orang, mestila sikit sebanyak ada kuman terbawa balik. Sebab tu antibodi parents pon kena kuat juga. 

Di jakarta, sentiasa jerebu. 90% merokok. Dalam shoping mall pon merokok, kalau bukan mall yang besar2. Tempat makan jangan cerita. Belum asap kereta bagai. Saya seriously rasa kalau orang yang sensitif memang payah nak selesa. Alhamdulillah, kami masih boleh survive.



Sekarang di malaysia tengah jerebu. Kesian sangat tengok anak2 kawan2 yang dah start demam, batuk2, ada yang athma dll. Kadang2 saya malas nak propose mealshake atau nutriferon. Orang kata nak menjual. Tapi macam tak sampai hati tengok anak dia lembik macam tu. Tak apa, mothers knows best. Kita yang tengok dari luaran tak boleh nak lebih2. Cuma ikhlas hati saya harap anak2 kawan2 dan semua sihat dan cergas seperti biasa. 

Dan moga jerebu terus hilang. Ameen


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Monday, June 17, 2013

Nice thought of puasak

Knowing that you can sleep more because you can delay sahur til towards the end and can even still do night prayer because your sahur is a quick fix of Esp+mealshake+performance drink. Plus a few kurmas and lots of plain water.

Aahh...god bless todays puasak and give me strength throughout the day.

Ameen

Get your mighty 3 gem from me today!

p/s: key word dia "sleep more". SLEEP MORE. :))

Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blospot.com

Saturday, June 15, 2013

Set Mighty 3 Gem dan Bulan Puasa

Assalamualaikum

Bersempena dengan bulan puasa yang akan datang, saya ingin mempromosikan set mighty 3 gem yakni terdiri daripada 3 rangkai produk yang memberikan tenaga, rasa kenyang dan kesihatan keseluruhan. Produk tersebut adalah ESP, Mealshake dan Performance Drink. Bersempena dengan promosi mealshake pada bulan ini, harga set tersebut adalah lebih rendah dan amat berbaloi untuk preparation bulan puasa pada bulan depan. 

Pengambilan mighty 3 gem sudah cukup untuk menjadi makanan sahur anda. Ini lebih lagi jika anda mengambil sekali dengan kurma. Rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari. Kalau rasa lapar sikit2, biasa lah kan namapun puasa. 

Lately saya banyak puasa ganti. Dan saya seorang ibu menyusukan. Biasanya saya jarang terbangun untuk sahur malah kadang2, bangun di akhir waktu. Jadi tidak sempat untuk masak / panas kan lauk / makan etc. Jadi saya hanya ambil mighty 3 gem dan beberapa biji kurma. Alhamdulillah, so far bertahan. Memang ada masa tidak terbangun untuk sahur. Memang lembik. Biasa lah kan.


Jangan buang masa. Pesan dari saya hari ini! 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, June 6, 2013

Promo June 2013 - Mealshake

Assalamualaikum

Promosi bulan June adalah Mealshake. Mealshake adalah minuman multivitamin dan juga mengandungi protein dan calsium. Berperisa vanilla. Boleh diambil oleh orang dewasa mahupun kanak2. 

Kalau malam2 saya lapar, atau mahukan quick breakfast, saya minum mealshake + ESP = kenyang
Kalau anak2 dah start selesema atau batuk, saya campurkan sedikit mealshake + nutriferon dalam susu = ok and better.

Sempena promo, regular customer dan regular mealshaker borong 2-3 tin sekaligus. Terus beli untuk persediaan bulan puasa nanti. Penjimatan terhebat! 
Hubungi saya untuk pesanan ya





Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, May 31, 2013

Seputar, suratan atau kebetulan

Assalamualaikum

Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, May 12, 2013

Perkasakan Kesihatan Ibu

Assalamualaikum

Saya yakin amat bahawa semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak. Kebanyakan ibu pon berusaha untuk susukan anak mereka. Terkadang susu kelihatan tidak mencukupi, lantas ibu pon berusaha mencari dan mencuba segala macam supplement mahupun cara tradisional untuk menambah dan membanyakkan susu. Mungkin tujuan ibu menyusu adalah untuk jimat (susu free kan), atau convenient, atau bonding, atau untuk merasa menjadi ibu etc. Tapi saya percaya, most reasons are kerana ibu percaya susu yang terbaik adalah susu ibu. Lantas ibu yang mahukan terbaik untuk anak terus berusaha untuk menyusukan.

Saya baru terifkir tadi. Jika ibu berusaha sehabis baik untuk menyusukan anak, dengan harapan tinggi bahawa anak akan menjadi lebih sihat, cerdas, kuat etc etc, mungkinkah kesihatan ibu ada kaitan dengan kesihatan anak? Maksud saya, saya perhatikan, banyak bayi yang mengikut kesihatan ibu. Genetik mungkin? saya tidak pasti. Contoh: bayi yang 100% menyusu ibu. Namun, jika ibu jenis seorang yang mudah sakit, maka biasanya ibu akan membawa pulang kuman dan menjangkiti anak. Anak pula, mudah dijangkiti kerana mewarisi antibodi seakan antibodi ibu. Eh betul ke telahan saya?

Jadi why not, ibu2 perkasa kan kesihatan sendiri. Disamping menghalang daripada diri menjadi jambatan virus jahat kepada anak, ibu juga dapat transfer antibodi yang berkualiti kepada anak. Ini telahan saya sahaja. Sebab saya banyak perhatikan, kanak2 yang mendapat segalanya, namun sering kali sakit. Terkadang ibu mengaku "saya la punca ni..saya batuk dulu..lepas tu dah terjangkit kat baby". 

Saya tak pastilah teori ini betul atau tidak. Sebab saya pon tak sempat nak cek. Jadi ini telahan mengikut logik akal saya saja. Untuk diri sendiri, mestila saya percaya teori saya ni kan. Especially ketika saya nyaris terjangkit batuk dari rakan sekerja. Ehh risau. Sebab saya tak nak la jadi jambatan kuman2 tu kepada anak2 saya. 

Saya amalkan nutriferon. Ya. Tak payah tanya banyak. Memang saya bawa nutriferon tu kemana2. Sekarang nak cuba vivix pula. Sementara promo. 

Gambar hiasan ibu dan anak dibawah :))


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, April 20, 2013

Set Vitamin Politik

Assalamualaikum


Bersempena dengan musim pilihanraya di malaysia ni, saya rasa nak buat set vitamin baru lah. Namanya "set politik". Set ini terdiri daripada:

Nutriferon
Agar sentiasa sihat sepanjang berkempen. Perisai virus untuk yang pergi mencula kan jumpa macam2 orang di macam2 tempat. Agar sihat hendaknya dan berdaya upaya pergi mengundi

Bcomplex
Ini penting kerana politik adalah medan yang high pressure high temperature dan high stress. Bcompleks juga adalah anti stress dan anti moody disamping memberi tenaga. Ini penting untuk mengelakkan anda kelihatan moody dan emo ketika berkempen, malahan juga untuk mengelakkan agar bergaduh di facebook.

Performance Drink
Macamana atlet, macam itu lah anda. Kerja2 politik bukan kerja mudah. Bukan hanya duduk di atas katil. Malahan, memberi ceramah dan mencula dah cukup menhidrasi kan badan anda. Rehydrate dengan performance drink. Performance anda pasti berganda.

Vitalea
Vitalea adalah multivit pelengkap. Tentunya musim2 ni anda makan tak seimbang. Jadi multivit ini menjadi pelengkap diet harian anda disamping memberi tenaga sepanjang aktiviti berkempen.

Mealshake
Ya, ini memang sangat handy. Menjadi makanan on-the-go yang sesuai kerana kita tak ada masa nak makan. Terlalu banyak mesyuarat, kempen dan ceramah yang perlu dilakukan. Jadi mealshake akan memberi rasa kenyang disamping membekalkan vitamin yang diperlukan. 

Lecithin
Ahh, apa lagi yang penting selain tenaga di masa2 kritikal ni? tentulah brain food. Focus, focus dan focus. Itu yang anda perlukan dan itu yang boleh lecithin bantu anda. Anda perlu focus untuk menang!

Yeap! Set politik sudah siap. Jika anda mahu order, order lah dari saya. Moga parti anda menang. :))

Nanti saya bagi percuma satu botol vitalea for kids. Dengan anak2 pon sekali kita cover. 

Selamat berjuang! 
p/s: ahh copyright Golden Lounge


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, January 26, 2013

Set Kanak-Kanak Shaklee

Assalamualaikum

Ini adalah set untuk kanak-kanak. 
Mealshakes adalah sejenis minuman multivitamin yang lengkap dan berperasa sedap. Ia digunakan sebagai pelengkap makanan dan untuk kesihatan secara am. Tidak mempunyai perasa dan perwarna tiruan serta berperisa vanilla yang enak. Ia digunakan untuk menambah selera makan kanak-kanak yang picky eater. Sesuai diberi ketika mereka demam dan secara occasional untuk kesihatan general. 544gm pada harga RM113.75, anda berhak mendapat harga istimewa ketika membuat pembelian dari kami.

Vitalea adalah multivites kanak-kanak. ia boleh diambil oleh kanak-kanak bermula umur 4-12tahun. 65 biji pada harga retail RM 48.75, anda boleh mendapat pada harga yang lebih menarik jika membuat pembelian dari kami.

Vitamin C Chewables adalah vitamin C 100mg, yang dikunyah dan berperisa oren/lemon. Sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang sukar menelan supplement. :). 90 biji sebotol pada harga retail RM 37.50.

Pembelian set ketiga2 di atas bakal mendapat harga yang lagi istimewa dan berbaloi2. Siapa yang tak sayang anak kan? :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, January 9, 2013

Meal Shake dan Selera Makan



Ini mealshake. Ramai menggunakannya untuk meningkatkan selera makan anak, diet dan sebagai makanan tambahan.

Ada customer menggunakannya untuk menaikkan berat badan. Alhamdulillah, beratnya naik 2 kg selepas mengikut jadual yang diberikan. Saya cari testi, tapi rupanya dah terdelete conversation tu.

Ada yang menggunakannya sebagai alat bantu diet. Alhamdulillah mereka tidak lapar dan dapat mengurangkan size serving ketika makan. Mereka juga menggunakannya ketika lapar ditengah malam

Majoriti customer menggunakannya untuk menaikkan selera makan anak.  Anak2, jika kurang makan, biasanya akan banyak minum susu. Vice versa. Kenapa anak2 minum susu? Susu adalah pelengkap makanan dimana susu mempunyai pelbagai kelebihan bukan. Tapi sumber utama khasiat adalah dari makanan. Susu tidak dapat menggantikan makanan. Lantas anak2 perlu makan untuk membesar dgn sihat. Mealshake bukan diberi seperti susu. Sukatannya hanya sedikit.

Saya pula? Saya memberi mealshake pada anak2 ketika mereka demam. Dan kadang2 seminggu sekali utk general health. Alhamdulillah, anak2 saya so far memang tiada masalah makan. Semua kuat makan

Mealshake mempunyai vitamin, mineral dan berperisa enak. Mungkin mealshake boleh memberi manfaat pada anda. Cubalah:)


Hubungi kami untuk pesanan di 0192661775


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, January 6, 2013

Demam Combo

Assalamualaikum

Kelakar bila ibu boleh memberikan ice cream dan coklat pada bayi dengan alasan "bagi rasa-rasa", tapi bimbang jika mau berikan omegaguard pada anak mereka. Kelakar juga bila antibiotik dan ubat selesema disumbat masuk 2.5ml tanpa ragu, namun pemberian nutriferon amat merisaukan. Frankly speaking, saya tak kesah pon apa anda bagi dan tak bagi anak anda. Sebab tu anak anda. Kalau anak saya, ye saya kesah. Tapi kadang pelik kenapa orang lain terlebih kesah pada anak orang lain. Bukan kesah dalam erti kata positif, malah siap mengutuk dan kasihan pada anak tersebut. Sedangkan anak orang itu sihat2 sahaja, malahan anak beliau yang konon dijaga makan minumnya itu pula sering keluar masuk hospital. Ha ha teremo pula. Kesimpulan dari perenggan ini ialah, setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Anda dipihak luar tidak berhak menjadi judgemental terhadap apa yang ibu lain buat kerana anda tidak sekali tahu apa sebenarnya berlaku apatahlagi mengalami. 

Di sini saya share sahaja apa yang saya berikan pada keluarga dan anak2. Sebab itu selalu saya kata, mungkin anda punya cara lain yang anda rasakanterbaik. Terpulanglah. 

Hari ini cerita pasal demam combo. 

Saya rasa virus kali ni agak power. Disyaki dibawa pulang oleh suami yang mengakibatkan beliau demam yang agak berlarutan hingga 4-5 hari. Namun tidak teruk. Virus lay low, SLow and steady sahaja demam beliau malah kami siap ke kuantan lagi. Kemudian menjangkiti hasan dimana hasan demam 2 hari. Hasan sihat dari demam dan virus pulang ke kamar iaitu suami saya demam dengan teruk selama 3 hari. Wah kali ini beliau mengambil sepeket nutriferon berturut selama 2 hari. Memang teruk. Virus merebak kepada ahmad dan sarah dimana mereka demam serentak! saya mmberikan mereka nutriferon dan mealshake. Kami juga ke klinik untuk mengambil ubat. Alhamdulillah sarah cepat sangat sembuhnya. Ahmad demam kebah namun batuk selesema masih ada sisa sisa. Virus cuba menyerang saya dan saya start sakit tekak. Ok selepas mengambil speeket nutriferon, macam biasa saya akan sakit kepala. Disebabkan virus sangat power, saya terpaksa mengambil sepeket lagi nutriferon dan mealshake berturut2 dan menyebabkan sakit kepala berlarutan. Namun seperti yang dijangka, selepas itu baik seperti sediakala kecuali suara mungkin berubah ala2 ning baizura. Selepas cuti krismas, alhamdulillah semua baik dan sembuh.

Wah hanya seperenggan saya berjaya menceritakan pengalaman demam combo yang saya rasa paling teruk melanda. Sibuk jadi nurse hingga saya lupa haribulan dan miss kenduri dan program. haha. 

Yang kelakar dari pengalaman di atas, orang sekitar bertanya "eh demam? tak ambik shaklee ke?" "macamana bole tak sihat ni, shaklee tak berkesan". Kelakar. Adakah anda fikir shaklee ini ubat kebal dan anda pasti tidak mati jika mengambilnya? he he. 

Ini supplement dimana ia membantu proses pemulihan. Bukan ubat kebal jika anda ambil anda akan kebal virus dan menjadi tuhan. Wah sarkastiknya saya? ya, saya nyaris mahu jawap "akai ada ka tanya soklan itu macam?" 
Senang cerita, mungkin jika anda ambil shaklee, demam jadi 3 hari instead of 7 hari. 

Saya memang fanatik nutriferon. Sebab saya suka prevent dari cure. Cure susah. Tengok? kan rugi cuti duduk dirumah saja tending to orang2 sakit :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, December 15, 2012

Batuk Selesema Lagi

Assalamualaikum

Nak kongsi tentang nutriferon, mealshake dan selesema batuk anak2 (lagi :))

Jumaat
Ahmad (anak kedua saya berumur 2tahun stgh) dijangkiti batuk. Kemudian selesema. Biasalah batuk dan selesema memang adik beradik. Batuk kuat dan selesema. Saya dah mula risau, biasalah kan..ibu. Lagipun saya takut batuk Ahmad berjangkit pada Hasan (anak ketiga saya berumur 6 bulan).

Sabtu
Sabtu pagi saya campurkan sedikit mealshake dalam susu Ahmad. Batuk kuat lagi dengan bunyi kahak. Selesema juga meleleh2. Ini takboleh jadi. Sabtu malam saya campurkan nutriferon sahaja (kerana mealshake telah diberi tadi pagi) dalam susu ahmad. 

Ahad 
Ahmad masih batuk selesema lagi. Ahad juga saya dijangkiti. Terasa sakit kepala dan seperti mahu demam. Saya risau berjangkit pada hasan. Ahad malam saya sendiri makan nutriferon setengah peket campur dengan ESP. Sekali lagi saya juga mencampurkan nutriferon dan mealshake kedalam susu ahmad. 

Isnin
Batuk ahmad mula berkurang, selesema juga mula kering. Saya masih tetap sakit kepala. Pagi itu saya makan sepeket nutriferon + mealshake + ESP. Sekali sakitt sangat kepala pagi tu hingga seharian. Malam saya tidur..esoknya.

Selasa
Alhamdulillah..macam tiada apa2 berlaku. Sihat sesihatnya. Ahmad juga baik alhamdulillah 90% pada hari yang sama. 

Orang tanya kenapa bagi nutriferon dan mealshake. Jawapan saya, mealshake mengandungi vitamin2 dan nutriferon menguatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah kesyukuran dikembalikan pada Allah diatas kesembuhan. Betul2 bersyukur di atas kesembuhan dan kesihatan yang diberikan. Nutriferon dan mealshake hanyalah alatbantu, ikhtiar dan usaha. Tapi hakikat kesembuhan dan kesihatan adalah atas kuasa dan ihsan Allah. Saya benar2 mohon padaNya agar dikurniakan kesihatan yang baik bagi kami sekeluarga. Kesihatan juga adalah rezeki yang sering dipandang enteng oleh banyak orang. Sungguhpun medical kami covered by company, yakni tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak untuk medical (sekiranya terjadi apa2), namun saya tetap berharap agar diberi kesihatan yang baik.

Benar, orang yang sihat adalah orang yang kuat. Orang yang kuat, boleh memberi banyak manfaat pada orang lain. Saya pilih untuk sihat dan berharap agar dapat memberi manfaat banyak pada orang lain. Anda?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 20, 2012

Musim hujan

Assalamualaikum


Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, August 4, 2012

Meal Shakes

"Di bulan puasa, ramai yang bersahur ala kadar atau tidak sempat sahur dan kemudian merungut lapar dan tidak bermaya."
"Pada hari kebiasaan, kebanyakan kita tidak sempat mengambil sarapan, apatah lagi yang berkhasiat"
"Kebanyakan juga kita mendengar rungutan ibu-ibu terhadap anak-anak 'susah makan'. Kanak-kanak yang susah makan, jika berlarutan akan menyebabkan kekurangan nutrisi sekaligus memberi akibat seperti mudah dijangkiti penyakit, lemah dsb."


Masalah di atas boleh dibantu dengan meal shakes shaklee. Meal shakes shaklee adalah pengantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Meal shakes shaklee ini menyediakan hidangan lengkap dimana nurtrisi meal shakes ini mudah diserap untuk kegunaan seharian.


Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
  • Nutrisi lengkap - Membekalkan sekurang-kurangnya 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanilla), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu dan lain-lain
Siapakah yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee? 
  • Kanak-kanak yang membesar - terutama 'picky eater'
  • Bayi berumur setahun ke atas - dos kecil
  • Ibu menyusu yang ingin menguruskan badan
  • Ibu mengandung yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan lengkap dan seimbang
  • Mereka yang selalu mengambil makanan segera
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua
Meal shakes shaklee juga boleh diambil untuk penurunan berat badan oleh kerana kandungan protin dan serat yang memberikan rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Beza antara meal shakes dan Cinch (antara produk dalam program weight loss shaklee) adalah antaranya Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program penurunan berat dijalankan.

Cubalah meal shake harini dari Golden Lounge untuk kehidupan yang lebih sihat dan cergas!

Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com