Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Aktiviti Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kanak-kanak. Show all posts

Friday, October 7, 2016

Bookmark Buatan Sendiri

Assalamualaikum

Ala sebenarnya bookmark senang je nak buat. Guna kertas biasa pon boleh kan. Biasanya saya main capai je apa sempat untuk buat penanda buku. Ya itulah objektifnya; untuk menanda buku. Bukan untuk cantikkan buku, bukan untuk tayang danlainlain. Jadi, saya akan ambil resit ke, kertas conteng ke, name card (tah sesapa yang bertabur2) ke dan selit untuk tanda bacaan saya. Hahaha

Rupanya perangai tu diperhati oleh Sarah. Satu hari dengar dia sibuk2 dalam bilik dia. Tup2, dia bawa ni bagi saya


TARAA

Sarah cakap "nah mama, sarah buat ni untuk mama" :D. Penanda buku ini dibuat sendiri dari recycle material. Sarah guna bag kertas adidas (hence the 3 white lines hahaha). Then tali atas tu dia guna tangkai bag kertas tu. Actually ada tulisan2 atas bookmark tu tapi tak jelas pula dalam gambar. Dia guna gam glow in the dark, jadi malam2 terkejut2 saya tiba2 nampak bersinar :D

Sekian. Terima kasih kerana membaca



Sunday, February 21, 2016

Play Pretend: Kapal Terbang Polystyrene

Assalamualaikum

Cuba teka ni apa?

Ini adalah 'kapal terbang'. I think it is interesting that they treat this as kapal terbang; with passengers on board. Ahaha. I'm not sure where does the polystyrene comes from. My suspicion, it comes from our TV box - long long time ago. 

I even keep the TV box? yes i do. Hoarder kindof ;)

Anyhow, they played kapalterbang peacefully (by this i meant no bickering/gaduh/etc) for quite some time. Yeah congratulations kiddos! 

You see, there are so many things to do other than watching television. Actually, i'm just lucky TV is not my passion. So its not that hard to ignore it - and impose on my kids as well

Sekian

February 2016

Thursday, February 18, 2016

Train Kotak

Assalamualaikum

2 3 hari lepas saya beli banyak juice sebab husband suspected denggi jadi doctor suruh minum banyak juice. Bila dah habis juice2 tersebut, kotak2 dia kan cantik2. Terasa sayang la pula nak buang (note: perangai hoarder memang macam ni he he). Ada 2 kotak, saya basuh dan bawa naik. Cita2 nya nak buat train lah untuk budak2. 2 kotak jadi boleh la buat gerabak kan. Tup2 macam biasalah diaorang tak nak share. So Ahmad dan Hasan ambil sorang satu. Lepastu idea saya (still) nak kerat dua untuk sambung jadi gerabak. Pon diaorang tak nak juga. Nak suruh design ikut idea masing2. Idea diaorang idea basic je lopek je idea mama lagi hebat hahahaha. 

Anyhow, ikut je la. Buat pon bukan nak puas kan hati sendiri. Biarlah diaorang gembira. So buat Hasan punya dulu. Dia kata dia nak warna kan train dia. Jadi saya kena balut kalau tak macamana pula dia nak warna kan kan?

Ni lah dia rupa train Hasan yang dah berbalut. Saya lubangkan pintu supaya boleh buka tutup. Ingat nak lubangkan sekali tingkap. Canggih sikit. Tapi rupa2nya dia taknak lubang langsung. Jadi pintu tu kena selotape balik hahaha

Untuk tayar, saya guna cawan kertas. Potong dua. Bahagian tapak memang untuk jadi tayar. Tapi bahagian atas cawan yang lompong tu, saya kecil kan diameter dan stapler je supaya jadi tayar (lobang tengah). Ini sebab nak jimat. Itu pon dah guna 2 cawan untuk 1 train. Kalau semua nak tayar ada 'rim' jenuh la 4 cawan untuk 1 train. Ahaha. 

Ni dia nak color. More like..nak guna marker pen tu sebenarnya :D. Tapi actually Hasan tak berapa nak ada mood time ni. Dia demam

Then saya buat Ahmad punya. Pon dia nak berbalut macam hasan supaya boleh design luaran sendiri. Ok lah. Sempoi sangat.

Ahmad punya kotak kecil normal. Tu dia tengah design sendiri

Anyhow, pasal tayar ni interesting. Dari 2 tayar yang berbeza tu kan i.e. satu ada 'rim' satu tak ada, saya explain pada diaorang pasal rim dan kegunaannya. Saya relatekan kereta betul2 yang semuanya mempunyai rim tayar. Kenapa perlu rim? dah diaorang pon nampak beza kekuatan tayar yang ada rim dan tayar lubang tengah. Hehe. So masing2 dah faham kegunaan rim kereta. Nanti bila jumpa kedai tayar saya nak tunjuk rim betul2. 

The best part, Ahmad dapat grasp konsep tu. So, untuk mengelakkan tayar lompong (lubang tengah) dia dari kemek, dia sumbat kertas kasi keras. Memang idea dia sendiri :D

Tu nampak kertas tu? Yelah tak lah betul2 menyumbat tapi the idea is there. Dia kata "mama ahmad ada satu idea. Kita letak kertas ni dalam ni nanti tayar tu keras la!" 
"wah betul la, idea macam ni la yang mama nak dengar!" - kata mama dengan penuh semangat kahkah

Then lagi satu idea Ahmad ialah ada tali kat depan train dia. Kegunaan tali? untuk tarik train berjalan "toot toott" katanya. Tapi tali kami dah hilang. Jadi dia gunting manila kad nipis dan panjang, then dia minta saya sambungkan pada train.

Ahmad seems to be enjoying this project the most. Tup2 Sarah datang nak juga. Tapi kotak juice dah habis. Jadi saya buat kan lori untuk Sarah menggunakan kotak cornflakes :D

Masing2 dengan barang masing2

Ni finished product Ahmad. Atas tu warna ikut warna pelangi. Ada tingkap dan pintu boleh buka untuk masukkan barang. Train ada nombor train (reka sendiri)

Ni on the other side. 2 tingkat sebab tu 2 lapis tingkap

Ni hasil 3 kenderaan hasil projek kali ni

Semua pun gembira main mainan masing2. Ha ha. Senang kan. :). Yang mudahnya barang2 recycle nih, kalau agak2 dah hancur main, buang je tanpa rasa bersalah. Best kan dapat privilege buang2 mainan as soon as you are bored with it. Huhu

Ahmad dan trainnya "toot toott"

Sekian sahaja kali ni

February 2016

Wednesday, September 2, 2015

Boat Recycled Material

Assalamualaikum

Saya tak sempat lagi nak cerita pasal boat Ahmad. Bukan apa, boat ni dia buat sejurus selepas raya haritu. Ahmad pon dah mewarisi sifat nak buat project macam Sarah. Lagi2 bila tengok Sarah dapat hasilkan kereta secara solo kan. Refer sini. Jadi struggle la dia buat sorang2.

Project Ahmad kali ni ialah buat boat. Yang canggihnya, ini lah rupa boat Ahmad!

Boat di mulakan dari boat kertas tu. Then dia warnakan dan selotape pada botol mister potato. Reason? cubaan supaya floating dalam air nanti. Plastik roti gardenia ialah imagination supaya seolah2 buih2 air2 yang berada di belakang boat ketika boat menderuu laju. And the best part is? palette watercolor, kegunaan nya ialah untuk keseimbangan boat! ekeke

Another side of the boat.
Sudu tu kalau cam, ialah sudu dari telinga rabbit kotak yang dibuat oleh sarah hari tu :D
Saya dah lupa kegunaan dia. Sorry lambat sangat upload. Huhu

Jadi sekian sahaja projek ahmad. Memang saya bagi dia rendam boat dia dalam air. Saja bagi experiment. Tapi tak sampai hati nak ambil gambar "selepas". Sebab dia main sampai hancur. Haha. 

Ahmad memang detail dan suka benda2 try and error ni. Dia memang ada kesabaran dalam buat benda2 rumit, detail, mechanical blabla which i ABSOLUTELY DONT HAVE so let him be :). Trait tu sesuai kalau nanti dia nak jadi electronic engineer ka, computer systems yang buat coding baru ka, the next Steve Jobs ka. Who knows :D

p/s: Kalau jadi Steve Jobs mama nak free semua product ye Mad. Takyah la guna buah apple. Guna buah Durian pon ok. Barula truly asian.


Tuesday, September 1, 2015

Thomas The Train

Assalamualaikum

Ada satu malam Hasan bawa balik mainan Thomas kepunyaan sepupu dia. Dapat wasap dari mak sepupu dia (Hasan) merangkap adik saya (LOL), supaya pulangkan balik Thomas tu esok pagi. Ok baiklah saya menyerah kalah cita2 nak songlap tak kesampaian kahkah

Balik kerja petang tu saya tanya Hasan dah pulang ke belum Thomas? Dia jawap dah (dengan muka sedih) mama pon sedih juga tak dapat songlap ehhh Terdetik dalam hati "esok cari kan lah sebiji Thomas untuk Hasan". Tapi terdetik je la tak berani nak janji secara verbal. Mati dia tuntut nanti!. 

Tup2 malam tu, dengar bunyi Hasan tengah main. Dia cakap dia main Thomas. Aik, mana dapat? Songlap lagi ke kahkah. Rupanya.. 

Hasan bikin Thomas sendiri! Yang bulat lubang tu ialah corong tempat keluar asap Thomas tu. Bulat2 tu badan Thomas la kamonn -__- Ada rupa kan? :D

Proud Thomas owner

Ahh jadi dengan itu, teruslah saya memadam hasrat nak beli sebijik Thomas untuk Hasan. Kihkih. Jimatt duit. 

Budak2, dengan apa pon dia boleh enjoy bukan macam mak budak

toot toot! cinders and ashes!

Sekian teknik penjimatan terhebat.

p/s: Sebagai pembukaan September selepas merdeka, jom kita mula berjimat ececece #tipusangat

Thursday, July 23, 2015

Imagination

Assalamualaikum

Logic will get you from A to B. 

Imagination will take you everywhere

-Albert Einstein


"mama tengok ni..teropong"
Hasan ketika tak ada mainan. Hanya ada ruang kosong berkarpet. Cawan pon boleh jadi teropong :D

Kids and their imagination is very impressive :)

Luv, mama

Saturday, July 11, 2015

Arnab Kotak

Assalamualaikum

3 hari lepas saya balik kerja belikan budak2 ni dadih. Total 6 bekas semuanya. Jadi ada 6 sudu plastik tu. Bila buka puasa, tak guna sudu tu. Lepastu sarah kata dia nak sudu2 tu. Nak buat projek katanya. Okla. Saya pon tak ada idea nak buat projek apa dengan sudu plastik tu. Rupanya dia dah ada idea.

Taraaa! dia buat arnab rupanya! 2 ekor siap maklum la sudu banyak hahaha

Yang hebatnya arnab ni ialah ia boleh makan, dan bolek berak! ekekeke. Sarah: "mama arnab ni boleh makan dengan boleh berak" Canggih tak canggih arnab dia

Sarah lubangkan mulut arnab tu, jadi boleh suap makan. Macam ni.

Kemudian dia tebuk lubang bawah kotak, untuk proses berak! :D

Pasal sudu dadih tu? Ya. Sudu dadih tu rupanya jadi telinga arnab! Sebab tu jadi arnab. Kalau tak agaknya binatang lain kot. Kotak pula? kotak shaklee. Ahaha berguna sungguh saya order barang2 shaklee. Banyak jasa dah kotak2 tu dalam mengembangkan kreativiti anak2 saya. Huhu

Sudu dadih di cat oren sebagai telinga arnab

Ini sesi feeding arnab

Semalam saya balik kerja, tiba2 nampak benda bulat2. Rupanya, itu makanan (cum tahi arnab hahaha). Sabar je lah

Ini sarah nak lukis kaki untuk tampal pada arnab tapi dia kata tak jadi :)

Ok sekian!

Tuesday, July 7, 2015

Kereta Recycled Material

Assalamualaikum

Sudah 19 ramadhan. Kejap je rasa dah masuk 10 malam terakhir. Bila dah tua2 besar2 ni baru rasa appreciate bulan ramadhan. Time muda remaja pon appreciate juga. Tapi lain sikit. haha. Time kecil2, memang dreadful lah. Ekeke.

Cerita pasal time kecil2, saya pon tak ingat umur berapa saya mula berpuasa penuh. Yang saya ingat, ada satu incident tu mak saya tengah suap adik. Time tu, OMG terliurnya tengok nasi tuh!. Walhal nasi lauk apa je pon -____-. Dan dalam hati siap pasang niat buka kang nak makan nasi ni jugak! :D

Alhamdulillah so far tahun ni Ahmad puasa penuh. Saya tak berapa setuju dengan poster2 yang di viral kan di face book tentang jangan memaksa anak2 puasa, sedangkan solat lebih utama. 
Bukan apple to apple kalau banding puasa dan solat. Puasa hanya sebulan sekali. Sedangkan solat tiap2 hari. 5kali sehari pulak tu :D. Jadi, didikan nya lain. Saya rasa mak2 kena pandai2 lah tau tahap dan kekuatan anak untuk puasa. Kalau agak2 anak boleh tahan, teruskan aje lah. 

Bukan nak cerita tu sebenarnya. Saya nak cerita pasal projek personal Sarah sepanjang weekend lepas. Weekend lepas, Sarah sorang2 buat sebuah kereta dari bahan2 terbuang. Masya allah punya lah detail sampai kagum saya dibuatnya. 2 hari dia asyik berkurung dan repair kereta tuh. Rupanya inilah hasilnya!

Taraaa. Di buat daripada kotak recycle. 

Ini steering. Steering merah tu dia cabut dari buku (ada satu buku saya beli ada stereng. Tapi battery dah habis dan dah tak boleh bunyi). Steering ini dia ambil masa lama untuk bagi boleh berdiri macam tu. Sebelum ni tiada 'tiang' bawah tu. Jenuh dia lekat guna macam2 pelekat. Tengok cara dia sambungkan dari body kereta kepada steering. Siap lubangkan bekas kfc tuh :)

Steering upclose. Di support oleh bekas spray air. Ahaha. 

Ini pula ialah break dan headlight. Guna puncher mama untuk buat break! sabar je la. Lampu tu torch light mainan diaorang. Boleh berlampu lah

Jarak yang sesuai dengan kepanjangan kaki dia :D

Selipar tu pula untuk pedal minyak. Wahaha. Selipar GLPD tuari. Ada banyak.

Di belah kanan ada panel. Panel merangkumi window panel, lampu, radio etc.
ps: saya tak tahu plastuk apa dia ambil guna buat panel tu. Huhu

And here is the best part; its the seat! dia ambil bantal buat lapik punggung seat kereta :D

And here goes, bawa Yasir for the first ride. Yang lagi 2 orang, tengah mengecek nak naik kereta kakak :)

Nah! siapa kata kanak2 puasa = lembik? 



Friday, June 12, 2015

Sekitar Majlis Persembahan

Assalamualaikum

Dua tiga hari kebelakangan ni, budak2 ni buat project. Mereka beria2 tutup pintu tak bagi masuk. Ok tak apa. Tup2 hari rabu, saya balik kerja, dapat kad ni.

Comel tak envelope buat sendiri?
Rupanya ada 2 envelope. 1 untuk mama. 1 untuk papa

Bila buka, ni suratnya. Surat jemputan rupanya beserta kad 'isetan'. Kad ni dikira sebagai 'tiket' untuk masuk. 
Tulisan kad berbunyi "mama malam ni datang bilik buku anak anak mama ajak datang la ye. Nanti bagi kat (kad) dekat kita orang tau. Daripada sarah hasan ahmad"

Lepas settle semua, kami pon datang lah ke bilik buku. Selagi tak datang selagi tu lah diaorang dok jenguk dan follow up bila nak datang :D Memenuhi jemputan katanya. Tup2 Sarah berdiri depan bilik dengan whiteboard. Dekat whiteboard ada tulisan makanan dan minuman. Sarah tanya suka minum dan makan apa; seraya mencatit dalam buku nota :D.

Makanan: roti coklat / pisang
Minuman: air kosong / air susu

Lepas tu dia minta kad 'isetan' tadi (ada 2 kad untuk tiap sampul) dan seolah 'swipe'. Lepas swipe baru boleh masuk bilik. 

Masuk2 je bilik, di sambut dengan Ahmad yang berkompang sejurus semasa kami buka pintu guna tin biskut hahaha.

Ahmad tengah kompang tepi pintu

Tadaaaa! Sebesar2 kek! Rupanya ini lah projek diaorang selama 3 hari cuti sekolah nih!

Mula2 diaorang cat putih. Lepas tu baru warna bahagian bawah. Diaorang susun kotak semua saiz. Saya pon tak pernah terfikir nak buat macam ni ahaha. 

Yang best, kat atas sekali ada benda ni. Sarah kata ni muka senyum. Macam ni ":)"

Lepas dah belek kek, ni persembahan pertama sebagai intro.

Siap pusing kek sambil berkompang. Kejap je ni ambil gambar pon gegar

Lepas persembahan pertama, sebenarnya ada makan i.e. berdasarkan menu depan pintu sebelum masuk tadi tu la. Tapi saya kata takperlu sebab baru dinner. Jadi sebenarnya, intention diaorang ialah while makan2, diaorang nak buat persembahan kedua iaitu kemuncak!

Kemuncak adalah persembahan kedua dengan lagu dan gaya yang di modify dari lagu2 yang di pelajari. Ahaha. Persembahan ni diaorang praktis berkali2 sebab memerlukan penghafalan lagu (yang di modify) dan gaya sekali! *Hasan last minute backoff..biasala Hasan tu :))*

Ni tengah beria2 buat persembahan

Alhamdulillah lepas kemuncak, selesai sudah majlis pada malam ni :))). Kami pulang dengan hati girang dan terhibur. Luv you guys xoxo.

Mesti kena bergambar sebelah kek!

Gambar ni diletakkan di depan kami as deco. Lepas tu saya perasan, HAH! GAMBAR POTRAIT KENA CONTENG BENTUK LOVE?!

Sekian semoga terhibur!

Note: all ideas and arrangement are by Sarah. But she cannot do it alone. She needs Ahmad as tag team. The success wont be as huge if they are to do it each on their own. Aha, see kiddos, teamwork makes you strong and better. Apa yang penting...KERJASAMAA..!

Monday, May 18, 2015

Mainan Human Anatomy

Assalamualaikum

Saya dah lama nak cari mainan human anatomy. Semua yang saya jumpa mahal! Well, tak la banyak sangat yang saya jumpa tapi bila terjumpa tu, harga dia memang mahal. Antara lain yang saya berkenan ialah dari national geography di Petrosains. Tapi saya tak beli. Sebab mahal. 

Tiba2 ada satu penjual di fb ni jual clearance stok. Jatuh rm50 per satu anggota. Saya excited sangat dan beli! Mahal juga sebenarnya rm50 tapi banding dengan yang lagi mahal, jadi kita telan kan aja harga rm50 each tu ye. Hu hu

Saya mampu beli dua je. Hajat hati nak beli semua. Tapi apakan daya. Selepas bertimbang tara kepentingan dan tahap interesting of each body parts, duit saya boiled down to 2 je. Ha ha

1- Skin

2- Head

Mungkin assumption orang lain, saya nak memupuk minat anak2 saya untuk jadi doctor. Eh tak. Tak payah susah2 berebut kos popular tu dengan cina melayu india ok :D. Malahan kalau boleh, nak suruh mereka jadi ahli astronomi sorang, saintis sorang, business man/women sorang dan judge sorang. Haihai ini top 4 cita2 mama yang tak kesampaian :D. 

Tujuan saya beli mainan ini ialah untuk enhance imagination anak2 saya. Imagination is more important than knowledge remember. Ni juga untuk membantu pemahaman apa yang saya cuba cerita bila kami sama2 baca buku rujukan (?). 

Bahan bantu belajar?

Dah siap! nice kan skin ni. So budak2 ni dah kenal mitochondria. Tup2 lepastu ahmad tanya, eh kulit ahmad tak nampak pon 4 lapis tu. Ah sudah!

Ni time buka Head. Semua impressed tak sabar nak cekau tangan. Jenuh mama jadi pengadil

Kan dah kata. Tak menyempatt

Aktiviti pemasangan. Cool ok!

Jadi memang interesting, lebih paham dan lebih ingat. Tak menang mulut nak menjawap. Di sebabkan sambutan hangat, ingat nak beli Eye pula. Tapi, lepas 3 minggu, otak kiri dah kemana, tengkorak tah kemana. Ok fine. Thats it kiddos. Belajar 2D je ikut gambar rajah buku ok hahaha.

Well, saya sempat selit order stethoscope rm20 dalam order saya. Tengoklah Ahmad guna macamana -_-

I have already bought the solar system glow-in-the dark and stick to the kids' walls. You know, so that they can imagine the solar system. Ahli astronomi kan? Ya right! :D

p/s: Did i tell you that i am currently looking for globes? yang murah dan berkualiti PM please! :D

Sekian! 



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)