Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Menyusu. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Ibu Bergaya dan Tidak Bongkok dan Rongak?

Assalamualaikum

Sebagai ibu bergaya, kita harus tahu tentang kalsium. Ini kerana kalsium penting untuk memastikan kita tidak bongkok, mahupun rongak (especially ketika mengandung) dan macam2 lagi. Sakit2 kaki jangan ceritalah. Sedikit tentang ostematrix shaklee. Tengok apa kelebihan ostematrix shaklee berbanding calsium jenama lain


1 tablet ostematrix = 80 biji badam. Ha berita baik untuk yang bukan penggemar kacang, malah tak suka makan kacang, yakni macam saya, anda kini tidak perlu mengunyah badam, apatah lagi 80 biji badam! apatahlagii 160 BIJI BADAM! untuk mendapat kalsium secukupnya. Kerana 1 tablet ostematrix bersamaan dengan 80 biji badam. He he. 

1 tablet ostematrix juga bersamaan dengan segelas susu berkalsium tinggi. Saya seorang penggemar susu. Jadi saya tiada masalah meminum segelas susu kalsium tinggi. Malah 2 gelas pon ok. 3 gelas pon :). Masalahnya, untuk memastikan semua kalsium susu tu dapat diserap oleh badan, saya perlukan sumber makanan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium saya. Kalau tak, rugilah effort dan duit membeli susu dan aktiviti meminum susu sampai kembung itu :).

Ini sumber vitamin D. Wah kena makan cheese (!), butter (!), cereal (!) atau berjemur. Ok great. Harap2 tak menambah lemak saya. Hu hu



Antara diatas, atau anda boleh memilih untuk menelan tablet ostematrix. Dimana ostematrix mempunyai kelebihan seperti dibawah:


Ostematrix shaklee dah siap2 mempunyai kalsium dan vitamin D sekaligus. Juga mempunyai magnesium sekali. Wah wah, begitu lengkapnya satu tablet ostematrix. 


Ni adalah graph yang menunjukkan penyerapan kalsium. Darah di cek untuk menentukan tahap kalsium. Jadi, anda boleh yakin bahawa kalsium berada sehingga 12 jam dalam badan anda

Bagi saya dan siapa2 yang menggemari kopi, ingat, kopi adalah antara anasir yang menghalang penyerapan kalsium. tsk tsk. Dah la saya ibu menyusu. isk isk. Jadi saya perlukan susu (taknak badam) dan tablet2 ostematrix itu. Ini untuk kepentingan saya untuk menjadi ibu yang berjaya beranak, menyusu dan tidak bongkok atau sakit2 lutut, atau rongak sebab kekurangan kalsium! Iskk!  

Sekian. Jika anda mahu menjadi ibu yang bergaya dan tidak rongak atau bongkok tiga, silakan membuat persediaan sebaiknya. Of course, pilihan banyak di atas dan semua terletak di tangan anda. 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, March 3, 2013

Ostematrix Promo March

Assalamualaikum

Promo bulan March 2013 adalah Ostematrix. Ostematrix ni apa? Ostematrix adalah kalsium. Tapi, ia adalah lebih dari calsium. Ia mengandungi magnesium dan vitamin D. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam badan dan magnesium membantu memampatkan tulang. Haa cuba cari 2 elemen ni dalam kalsium lain. ado? 


Anda boleh memborong ostematrix ini dengan membeli 6 botol terus dan mendapat sebotol lagi secara percuma, atau nak beli 3, 4 atau 5 botol sahaja pon ok. Hanya di bulan March :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, January 23, 2013

Antara lain kesan alfalfa

Assalamualaikum

Saya kongsikan disini komen2 pengguna2 alfalfa. Customer saya ye.

1- Ni alfalfa dan discaj / keputihan perempuan




2- Ni alfalfa dan penghidap asma yang tegar


3- Ok ni saya dapat dari fb group kami. Alfalfa 'mengetatkan mana yang longgar'. Efek seakan kacip fatimah


4- Ni pula alfalfa sebagai milk booster. Alfalfa adalah antara yang terpenting dalam set menyusu.



Alfalfa terdapat dalam 2 size botol. Botol besar mengandungi 700 bj, Botol kecil mengandungi 330 biji. Boleh sms/whatsapp saia di 0192661775 untuk order


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, December 19, 2012

Ostematrix (Calsium Shaklee)

Assalamualaikum

Dalam banyak2 pilihan makanan untuk mendapat calsium, mahupun berjenis2 pil calsium, perkara yang paling penting ialah kadar penyerapan dalam tubuh. Sebelum itu, jom tengok berapa mg yang diperlukan oleh tubuh anda

Age(Years)Calcium Needs
4 - 8800 mg
9 - 181200 mg
19 - 501000 mg
50 and older1200 mg
Pregnancy or Breast Feeding:
18 or younger
19 - 50

1300 mg
1000 mg

Tahukah anda pengambilan calsium dapat menumpatkan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan? 

Bagaimanakah cara memilih calsium yang baik?
1- Mengandungi vitamin D dan magnesium
2- Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolmite untuk mengelak keracunan plumbum
3- Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral
Dalam banyak2 jenis calsium, saya mengsyorkan ostematrix. Kenapa?
1- Kandungan paling seimbang untuk memastikan 99% penyerapan.
2- Formula yang unik- dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron*
*Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk kadar penyerapan yang optimum oleh tubuh dan bagi menghalang pemendapan kalsium yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang atau batu hempedu
3- Ostematrix terbukti secara klinikal meningkatkan absorption kalsium. Kadar penyerapan diuji dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplement. Dan penggunaan 2 bj ostematrix menyebabkan peningkatan tahap kalsium darah untuk 12 jam. (CLinical paper published) 

Cara terbaik untuk mengambil supplement calsium ialah dengan tidak melebihi 500mg sekaligus. Ini kerana kalsium diserap dengan baik apabila diambil dalam dos yang rendah. Oleh kerana itu, satu tablet ostematrix mempunyai 250mg calsium. 



Golden Lounge 019 266 1775 goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, November 13, 2012

Tentang alfalfa

Assalamualaikum

Lama betul blog saya sunyi dari update. Maaflah, laptop rosak. Kini dah dapat balik. Yey! Betul2 last entry saya terhenti pada 31/10. Tak sempat saya nak update tentang promosi bulan Nov. Di facebook sudah :). Ok promosi bulan November ialah alfalfa!. Berturut2 berita baik bagi semua orang. Detox dan protin!


Promonya macam biasa. Buy 6 free 1. Promo ini untuk kedua2 size !. Anda boleh kumpul order dengan kawan2 dan mendapat sebotol pada harga murah. Jika anda tidak dapat mengumpul hingga 7, nak combine dengan saya pon boleh. Nanti sms ya!

Ok alfalfa ni apa? Jom tengok gambar ni dulu


Ha cuba tengok? Father of all foods!. Raja segala tumbuhan. Nak tahu? alfalfa adalah pusat pengumpulan segala nutrien. Ini kerana akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter kebawah dimana ia mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan didalam tanah. Sementara itu pula, daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui fotosintesis semulajadi.

Alfalfa mengandungi Vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Berikut adalah antara khasiat dan kelebihan alfalfa untuk lelaki dan wanita:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat asthma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan acid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita)
  12. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita)
  13. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  14. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  15. Meningkatkan stamina seorang suami
  16. Melegakan sembelit
  17. Membuang angin dalam badan
  18. Milk booster
  19. Gout
  20. Badan, nafas dan kaki berbau

Saya tak pasti jika ada brand lain yang menjual alfalfa. Namun, saya share juga apa beza alfalfa shaklee yang menjadikannya signature product. Alfalfa shaklee:

  1. Hanya menggunakan alfalfa yang telah mencapai tahap kematangan 5-7 tahun. 
  2. Mempunyai kadar klorofil yang tinggi. Tumbuhan hanya akan mencapai kadar klorofil yang tinggi sekiranya ia dituai selepas mencapai tahap kematangan mutlak
  3. Ditanam secara organic dan bebas dari racun serangga serta bahan bertoksik
  4. Hanya menggunakan daun alfalfa yakni tidak dicampukan bersama batang/ranting pokok). Daun alfalfa akan dikeringkan dan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet
  5. Diproses pada suhu yang rendah bagi memastikan enzim yang terkandng didalamnya terpelihara

Sekian saja moga mendapat manfaat :). Order dari kami digoldenlounge dan dapatkan harga istimewa!


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, September 7, 2012

SIapakah yang memerlukan set menyusu?

Apakah kelebihan susu ibu?

Ini antara kelebihan susu ibu :
  • Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi
  • Ia tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas daripada kandungan bakteria atau hama.
  • Kandungan nutrien yang seimbang.
  • Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein ialah protein yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik (rujuk kamus dewan).
  • Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama untuk bayi.
  • Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzime yang menukarkan gula dalam usus menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yang kurang larut dan kurang manis daripada glukosa).
  • Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman dalam sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit birit.
  • Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus.
  • Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
  • Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak iaitu antara ibu dan bayi.
  • Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

Siapakah yang memerlukan set menyusu Shaklee?
  1. Mereka yang mengutamakan susu ibu kepada anak mereka
  2. mereka yang berhajat untuk menyusukan anak mereka sehingga 2 tahun
  3. Mereka yang dalam "low-milk production" dan berusaha untuk meningkatkan production impian kita
  4. Mereka yang mahukan susu ibu yang berkualiti penuh dengan nutrient
  5. Mereka yang ingin memekatkan susu agar sedikit kuantiti dapat mengenyangkan bayi
  6. mereka yang inginkan kulit dan kulit anak yang cantik
Anda boleh mendapatkan trial pack set ini (kecuali ESP) pada harga menarik~!



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, August 23, 2012

Set menyusu shaklee



Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai. Hingga kini, tiada teknologi yang dapat menghasilkan susu setanding hebatnya dengan susu ibu yang percuma itu. Obsesnya ibu-ibu dalam memberikan susu yang terbaik buat anak mereka amatlah difahami. Disini saya ingin kongsikan supplement shaklee yang boleh membantu untuk penghasilan susu ibu (milk booster). Set milk booster shaklee dinamakan breastfeeding set. 


Set di atas adalah set premium yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vit C, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Supplements ini bergabung untuk membantu milk booster. 

Ostematrix dan alfalfa ditambah on top of basic set. Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ostematrix adalah kalsium (dan magnesium) yang diperlukan untuk menggantikan yang telah 'diambil' untuk penghasilan susu.

Anda boleh mencuba set ini. Perlu diingatkan bahawa pengambilan supplement bukanlah 100% solusi kepada masalah kekurangan susu. Konsep demand and supply masih applicable disamping mengambil makanan berkhasiat dan berdoa agar penyusuan berjalan lancar. 


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com