Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Impak TAK Minum ESP dan Performance Drink

Assalamualaikum

Semalam adalah hari yang pelik. Saya pergi kerja macam biasa dan balik awal dari kebiasaan yakni pukul 645 petang dah sampai rumah. Malam sebelumnya juga tidur awal dan tak terganggu sangat oleh Hasan. TAPI, lepas breakfast sebungkus nasi lemak, dalam pukul 1030 pagi macam tu saya dah rasa lapar sangat2 macam tak makan apa-apa dari pagi. Wahh ini tak boleh jadi. Sungguh, lapar sangat tak tipu. 

Pukul 1230 saya dah turun lunch kerana lapar sangat. Saya berjumpa roomate saya. Lantas set date di Ben's KLCC. Kalau anda tahu, di bens ada satu menu nama golden soft crab shell spagethi kalau tak silap. Itu menu favourite saya. Dan sepanjang berkali2 saya makan dan order, sumpah saya memang tak pernah habis makan sorang semangkuk tu. Mesti ada tak habis sikit atau share dengan kawan2. Tapi, semalam, mangkun tu licin! Tak caye tanya roomate saya di Uni dulu. Siap habis semua crab dan kuah2 semua macam nak jilat. Walhal sebelum ni, crab tu mesti tak habis sebab saya tak pandai makan sgt (bak kata suami saya). Tak tau la kalau tukang masak semalam hebat sangat. Gambar bawah ni ihsan google. Ni lah rupa soft crab tersebut. Nampak sikit? banyakk ok


Petang tu sampai rumah agak awal. Dalam 645 petang macam tu. Biasanya maghrib atau sipi lepas maghrib baru sampai. Sempatla saya menikmati matahari petang dengan anak2. Lepas maghrib saya bergegas pergi ambil baju kurung yang ditempah. Kedai baju akan tutup pukul 830. Jadi agak kelamkabut untuk pergi ambil, namun mengenangkan cuti panjang dan kedai mesti buka selepas cuti, saya pergi ambil juga. Lagi pun dah tak sabar :P

Surprisingly, balik tu, flat habis macam hectic sangat hari tu. Saya buat mental note untuk minum performance drink nanti. Masalahnya 'nanti' tu tak kunjung tiba kerana saya tertidur dengan hebatmacampenatsangat. Belum pukul 10 dan 'pengsan'

Pagi ni bangun balik dan bangun pukul 6! tak tersedar langsung pukul 5. Saya reflect balik. Ini tak boleh jadi. Teruk sangat performance semalam. Saya fikir2 apa yang tak kena semalam. Lepas reflect satu2, baru saya teringat, pagi semalam saya TAK MINUM ESP. Dan malam tu kan TAK SEMPAT MINUM PERFORMANCE DRINK. 

Aaahh! Jadi kalau selama ini saya nampak impak kalau minum ESP dan PD, sekarang SAYA NAMPAK IMPAK KALAU TAK MINUM ESP DAN PD. Maknanya, saya akan flat tiap hari lepas balik kerja dan tak ada masa nak layan anak2 etc. Mungkin kalau anak saya baru sorang, boleh la lagi nak masak etc bagaii. Kalau 3 orang, saya memang tak menang tangan sangat. Mungkin orang lain mampu. Tak tahu lah. Dan actually ESP tu betul bagi kita kenyang sebab minggu ni 2-3 kali saya tak minum ESP dan memang lapar walaupun dah makan. Tapi tak sehorror semalam. 

Ok folks, saya nak minum ESP dan pergi pasar :)



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, January 22, 2013

Lecithin - komen

Assalamualaikum

Ini komen dari isteri kepada pengguna lecithin. Baru seminggu makan. Before this dia guna lecithin juga. Tapi brand lain. Mula niat guna utk kolesterol. Sekarang untuk kurus pula. Wahah


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 6, 2013

Demam Combo

Assalamualaikum

Kelakar bila ibu boleh memberikan ice cream dan coklat pada bayi dengan alasan "bagi rasa-rasa", tapi bimbang jika mau berikan omegaguard pada anak mereka. Kelakar juga bila antibiotik dan ubat selesema disumbat masuk 2.5ml tanpa ragu, namun pemberian nutriferon amat merisaukan. Frankly speaking, saya tak kesah pon apa anda bagi dan tak bagi anak anda. Sebab tu anak anda. Kalau anak saya, ye saya kesah. Tapi kadang pelik kenapa orang lain terlebih kesah pada anak orang lain. Bukan kesah dalam erti kata positif, malah siap mengutuk dan kasihan pada anak tersebut. Sedangkan anak orang itu sihat2 sahaja, malahan anak beliau yang konon dijaga makan minumnya itu pula sering keluar masuk hospital. Ha ha teremo pula. Kesimpulan dari perenggan ini ialah, setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Anda dipihak luar tidak berhak menjadi judgemental terhadap apa yang ibu lain buat kerana anda tidak sekali tahu apa sebenarnya berlaku apatahlagi mengalami. 

Di sini saya share sahaja apa yang saya berikan pada keluarga dan anak2. Sebab itu selalu saya kata, mungkin anda punya cara lain yang anda rasakanterbaik. Terpulanglah. 

Hari ini cerita pasal demam combo. 

Saya rasa virus kali ni agak power. Disyaki dibawa pulang oleh suami yang mengakibatkan beliau demam yang agak berlarutan hingga 4-5 hari. Namun tidak teruk. Virus lay low, SLow and steady sahaja demam beliau malah kami siap ke kuantan lagi. Kemudian menjangkiti hasan dimana hasan demam 2 hari. Hasan sihat dari demam dan virus pulang ke kamar iaitu suami saya demam dengan teruk selama 3 hari. Wah kali ini beliau mengambil sepeket nutriferon berturut selama 2 hari. Memang teruk. Virus merebak kepada ahmad dan sarah dimana mereka demam serentak! saya mmberikan mereka nutriferon dan mealshake. Kami juga ke klinik untuk mengambil ubat. Alhamdulillah sarah cepat sangat sembuhnya. Ahmad demam kebah namun batuk selesema masih ada sisa sisa. Virus cuba menyerang saya dan saya start sakit tekak. Ok selepas mengambil speeket nutriferon, macam biasa saya akan sakit kepala. Disebabkan virus sangat power, saya terpaksa mengambil sepeket lagi nutriferon dan mealshake berturut2 dan menyebabkan sakit kepala berlarutan. Namun seperti yang dijangka, selepas itu baik seperti sediakala kecuali suara mungkin berubah ala2 ning baizura. Selepas cuti krismas, alhamdulillah semua baik dan sembuh.

Wah hanya seperenggan saya berjaya menceritakan pengalaman demam combo yang saya rasa paling teruk melanda. Sibuk jadi nurse hingga saya lupa haribulan dan miss kenduri dan program. haha. 

Yang kelakar dari pengalaman di atas, orang sekitar bertanya "eh demam? tak ambik shaklee ke?" "macamana bole tak sihat ni, shaklee tak berkesan". Kelakar. Adakah anda fikir shaklee ini ubat kebal dan anda pasti tidak mati jika mengambilnya? he he. 

Ini supplement dimana ia membantu proses pemulihan. Bukan ubat kebal jika anda ambil anda akan kebal virus dan menjadi tuhan. Wah sarkastiknya saya? ya, saya nyaris mahu jawap "akai ada ka tanya soklan itu macam?" 
Senang cerita, mungkin jika anda ambil shaklee, demam jadi 3 hari instead of 7 hari. 

Saya memang fanatik nutriferon. Sebab saya suka prevent dari cure. Cure susah. Tengok? kan rugi cuti duduk dirumah saja tending to orang2 sakit :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, January 5, 2013

Saya dan Supplement

Assalamualaikum

Dah lama saya nak share ni. Tapi tak tertulis. Ramai kawan2 pelik sejak bila saya health conscious nih? Sejak bila makan supplement? bia benar budak ni buang tabiat kah?

Kesahnya saya memang sejenis manusia yang tak begitu jaga makan. Memang dari dulu. Tak sukalah nak sebok2 cari makanan berkhasiat. Apatah lagi tiada sangat la masalah gemuk berlebihan dan sentiasa bertenaga. Bajet muda lagi kan. Lagi horror saya memang semulajadi sweet tooth. Oh suka desert, suka gula2, suka air manis, suka coklat, etc. Saya jarang minum air kosong. I go for colours. I like colors. Contoh: air mesti air kaler ie bandung, teh tarik yang susunya banyak, milo pekat, neslo, honeydew yang kale hijau muda tu. Lauk pon saya suka kaler. Nasi mesti pilih kuah kuning, or kicap supaya hitam, or masak merah..semua akan mewarnai pinggan saya. 

Tabiat ni memang terbawa2 sampai besar. Old habits die hard no? Masuk kerja, jumpa ramai orang. Ada yang dah berumur, ada yang masih pertengahan dan ada yang muda. Kadang2 tengah buat milo, datangla senior citizen, cerita pasal keburukan gula putih dan kebaikan gula perang. Wah saya terpengaruh lantas menukar gula dirumah menjadi perang. Tapi tak sedap. Kemudian pula, ada kawan yang begitu health conscious. Gula hanya sesudu kecil. Eh..susah tu. Tawar air saya. Ada juga seorang kakak yang lebih tua dari saya, yang teh susu nya amat saya gemari. Selalu minta beliau buatkan dengan pesanan "kasi manis tau, susu banyak sket". Wahwah 
Dan maaacam2 lagi jenis orang yang saya jumpa. Tapi, ada aku kesah?

Ketika mengandung anak ketiga, tabiat masih tdak dibuang. Makan sekuat hati. Tak kesah sangat manis2 sebab buat ujian kencing manis, takde. He he. Kalau beli cendol, selalu minta gula banyak. Kalau beli ice blended, suka minta caramel lebih. Kalau beli waffle, minta coklat disiram atas waffle. 

Turning point bermula ketika dalam pantang, dimana nasib saya tiada bibik mahupun tidak mengambil confinement nanny kerana harganya yang mahal. Lantas bersama 2 orang lagi anak, saya tidak boleh berpantang sangat. Ini dalam erti kata, banyak berjalan, basuh pinggan, sapu sampah etc. Kan orang tua2 kata tak elok main air ketika dalam pantang? lagi jangan banyak berjalan2? dan jangan sapu sampah kerana takut bentan. Wah semua saya langgar dengan jayanya. Dalam hati terdetik kerisauan. Saya memang percaya kata orang tua2, pantang harus dijaga untuk kesihatan masa tua. Perempuan ni leceh. Macam2 nak kena jaga. 

Nak jadi cerita, tak berapa hari pon selalu sakit urat dan pinggang. Mungkin kerana menyusu. Mungkin kerana postur tidak betul, mungkin kerana kerap dokong baby, mungkin mungkin mungkin. Mak saya kata.."apalah..muda2 lagi dah sakit macam2". Ok fine. Saya cuak. He he. Saya tahu ketika umur menginjak 30, memang macam2. Kalau takpercaya, anda tengokla nanti. Jadi free time saya surf. Cari supplement2, siap nak beli alat exercise untuk sihat. Ha ha. Lalu saya tertarik dengan shaklee. Tambahan pula tengok2, eh ada peluang buat business. Memang jive dengan jiwa. Saya pon try lah. Produk pertama yang saya beli ialah ESP. Hehe. 

And the rest is history. 

Jadi itu cerita saya. Cerita kenapa saya start health conscious dan makan supplement. Mungkin sebab saya beranak 3x lantas macam2 hal. Kalau anda tak beranak atau beranak sekali je, mungkin badan anda kuat lagi. 

Ada juga yang kata mereka bergantung pada makanan seimbang. Ya, memang kesihatan memerlukan 3 perkara: makanan seimbang, exercise dan makanan tambahan (supplement). Bukan saya makan supplement je dan tidak makan benda lain. Hehe. Balance out lah. Lagi pun banyak pencemaran sekarang dari segi sayur, ayam mahupun ikan. Cuba anda tengok, produk organik lagi mahal kan dari produk biasa? ha kenapa? cari sendiri. 

Ok, saya tengah berfikir2 nak enroll gym. Wah kellas kau! Mestilah kan. Kata dah makin tua :)

p/s: Ni gambar anak saya no 3. Baby shaklee. he he. Namanya Hasan. 




Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, January 3, 2013

Herbal Blend dan Luka Minyak Panas

Assalamualaikum

Saya nak share tentang Herbal blend. Herbal blend adalah sejenis krim essential yang perlu ada dirumah semua. Harga retail adalah RM 27.50. Untuk harga special sila hubungi kami. Kali ni saya menggunakan herbal blend pada muka saya akibat lecuran minyak panas.

Sabar je lah dah nak masuk ofis tiba2 terkena minyak panas di muka. MUKA!

Gambar 1: ini adalah gambar selepas 2 hari. Nenek suruh saya letak gamat. Dah letak tapi tak surut2 pon. Saya letak herbal blend. Tak surut sgt juga.


Gambar 2: Geram. Saya letak banyak macam gambar dibawah


Gambar 3: maveles, bangun pagi lepas cuci tengok dah jadi macam ni. Marveles kan? 


Gambar 4: Jangan risau, takde la magic sebegitu sekali. Lepas tu masih merah, tapi terkopek macam ni, sekaligus mengecilkan luas permukaan. Bagus2.


Gambar 5: Lepas tu jadi macamni


Gambar 6: ok dan selepas 3-4 hari, dah hilang cuma tinggal ini:


Saya pergi ofis hari ini dengan hati senang. Alhamdulillah. Hehe. Cuba lah sendiri. Tengok secepat mana luka kena minyak panas elok. Sebab adik saya juga kena minyak panas, lama sebelum saya kena. Sampai sekarang masih pada keadaan gambar 1-4. 

Selain lecur, krim herbal blend juga boleh digunakan untuk:

  • Melembutkan kulit kasar pada lutut, siku, tapak kaki etc
  • Mengurang dan melegakan masalah kulit seperti gatal, ekzema, mengelupas, sunburn dan melecet
  • Melegakan kesan gigitan serangga
  • Menyamankan otot yang letih dan tegang. Baik untuk yang menghidap arthritis
  • Melegakan sakit kepala
  • Merawat luka ringan
  • Mengecutkan jerawat dan mengurangkan akne dan blackhead
  • Melegakan chicken pox
  • Sebagai foot deodorant

Sekian selamat mencuba!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, December 27, 2012

Basic H dan conteng dinding

Assalamualaikum

Heyhey upon request customer i, i buat experiment dulu sebelum dia beli. Haha baik kan i. :))
Siapa yang rumahnya takde conteng? rumah saya dah di cat semula raya haritu. Satu rumah. Namun selagi rumah berpenghunikan kanak2, mesti ada punya yang 'ter'conteng sana sini. Customer i tanya boleh ke basic H hilangkan kesan conteng crayon di wall paper. Saya cakap saya tak pakai wallpaper. Tapi memang ada conteng dinding. Saya cari tengok ada yang Ahmad conteng guna pensil warna. Jom tengok gambar.

Gambar 1: 
Ni original. 'krafjari' ahmad (2 thn stgh)

Gambar 2: 
Sental dengan air. Tiada perubahan sangat

Gambar 3: 
2 titik Basic H pada kain basah. Dan sental. Hasilnya..tadaaa HILANG! tak payah sental pon..gosok sikit je. Tak payah effort sgt laa kiranya

Gambar 4: 
Ni ha kesan cat pada kain. Adekah biasanya macam ni? Adakah effect pada dinding saya?

Gambar 4:
After effect kawasan kejadian. He he. ok je nanti dia kering.

Kesimpulannya, boleh hilang juga! Selama ni saya test pada kitchen appliances je. Tak terfikir lah pulak nak bersihkan dinding. Terima kasih sahabat kerana bertanya. Mari mari order dari saya :)

Saya tak cuba guna pencuci lain sebab saya tak ada pon pencuci untuk bersihkan conteng di dinding. Mungkin pencuci anda pon berkesan. Terpulang pada anda juga. Saya guna Basic H sebab saya ada, ia organic dan juga multipurpose. Mudah. Jimat. Berkesan. Nanti kita eksperimen benda lain pulak ye. Nanti saya share. Selamat mencuba!



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, December 15, 2012

Batuk Selesema Lagi

Assalamualaikum

Nak kongsi tentang nutriferon, mealshake dan selesema batuk anak2 (lagi :))

Jumaat
Ahmad (anak kedua saya berumur 2tahun stgh) dijangkiti batuk. Kemudian selesema. Biasalah batuk dan selesema memang adik beradik. Batuk kuat dan selesema. Saya dah mula risau, biasalah kan..ibu. Lagipun saya takut batuk Ahmad berjangkit pada Hasan (anak ketiga saya berumur 6 bulan).

Sabtu
Sabtu pagi saya campurkan sedikit mealshake dalam susu Ahmad. Batuk kuat lagi dengan bunyi kahak. Selesema juga meleleh2. Ini takboleh jadi. Sabtu malam saya campurkan nutriferon sahaja (kerana mealshake telah diberi tadi pagi) dalam susu ahmad. 

Ahad 
Ahmad masih batuk selesema lagi. Ahad juga saya dijangkiti. Terasa sakit kepala dan seperti mahu demam. Saya risau berjangkit pada hasan. Ahad malam saya sendiri makan nutriferon setengah peket campur dengan ESP. Sekali lagi saya juga mencampurkan nutriferon dan mealshake kedalam susu ahmad. 

Isnin
Batuk ahmad mula berkurang, selesema juga mula kering. Saya masih tetap sakit kepala. Pagi itu saya makan sepeket nutriferon + mealshake + ESP. Sekali sakitt sangat kepala pagi tu hingga seharian. Malam saya tidur..esoknya.

Selasa
Alhamdulillah..macam tiada apa2 berlaku. Sihat sesihatnya. Ahmad juga baik alhamdulillah 90% pada hari yang sama. 

Orang tanya kenapa bagi nutriferon dan mealshake. Jawapan saya, mealshake mengandungi vitamin2 dan nutriferon menguatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah kesyukuran dikembalikan pada Allah diatas kesembuhan. Betul2 bersyukur di atas kesembuhan dan kesihatan yang diberikan. Nutriferon dan mealshake hanyalah alatbantu, ikhtiar dan usaha. Tapi hakikat kesembuhan dan kesihatan adalah atas kuasa dan ihsan Allah. Saya benar2 mohon padaNya agar dikurniakan kesihatan yang baik bagi kami sekeluarga. Kesihatan juga adalah rezeki yang sering dipandang enteng oleh banyak orang. Sungguhpun medical kami covered by company, yakni tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak untuk medical (sekiranya terjadi apa2), namun saya tetap berharap agar diberi kesihatan yang baik.

Benar, orang yang sihat adalah orang yang kuat. Orang yang kuat, boleh memberi banyak manfaat pada orang lain. Saya pilih untuk sihat dan berharap agar dapat memberi manfaat banyak pada orang lain. Anda?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Sunday, December 9, 2012

Shaklee Collagen Powder dan Susu Ibu


Assalamualaikum

Malam ni saya bawa issue shaklee collagen powder dan ibu menyusu. Ini saya petik dari status kakcery (master shaklee), beliau dapat dari nutritionist shaklee. Saya paste sebijik2 status kakcery ok.

Quote
"..Ibu menyusu tidak digalakkan mengambil kerana kita tidak tahu kesuaian badan ibu selepas melahirkan. Dalam Colagen ada Prafia..tu herb yg maybe buat baby panas. Ibu boleh cuba ambil, jika ibu & baby rasa ok, boleh continue....sama juga dgn alfalfa..alfalfa juga herb. so ibu p
erlu amik lbh air supaya ibu & baby tak panas.


Berkaitan kesan negative 5-6thn akan dtg..Tiada kesan buruk jangka masa panjang..sbb if ada healing crisis pun..terus muncul in short time...Shaklee iss natural..no ingredient yg membahayakan..healing crisis tu is satu keadaan utk baik pulih..bukan kesan sampingan..."
Dan as usual lah..sy akhiri statment di atas dgn ayat rasmi:
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sekian terima kasih..yg pasti sy happy tgk ramai ...bukan shaja ibu menysu tapi insan2 lain...lelaki..wanita..tua muda..yg sangat teruja dgn kesan makan kolagen ni..tak kenal tak cinta.
.tak rasa cemana nak tahu baik buruk yer tak..harga jgn ta
nya mahal or murah sbb bulan ni lah bulan terbaik nak dptkan Collagen pada harga special.

Unquote

Boleh faham kan? Infact most of customer saya adalah ibu menyusu dan dalam pantang. Saya share disini testimoni dari ibu menyusu tentang penambahan susu mereka. 




Anda mahu cuba? ini lah masanya kerana sedang promosi. Memang jauh beza dengan harga biasa kami, malah lebih-lebih lagi jauh dengan harga retail. Dapatkan dari kami dengan segala benefit lain.


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Thursday, November 22, 2012

Kompilasi Testimoni Shaklee Collagen Powder Dari Pelbagai Aspek

Assalamualaikum

Saya kumpulkan testimonial shaklee collagen powder disini.

1) Puan dibawah mempunyai 3 orang anak. Berumur 24 tahun (kahwin muda :)). Efek setelah menggunakan shaklee collagen powder selama 3 kotak berturut2 disamping mengamalkan ESP.

2) Cik berikut berumur 29 tahun. Anjal dan kenyal. Result adalah selepas 1 box shaklee collagen powder. Kecepatan keberkesanan shaklee collagen powder

3) Ini tentang jeragat. Jeragat mini. Selepas sekotak pertama shaklee collagen powder.

4) Ini pula tentang breakout (akne). Puan mempunyai 4 orang anak dan berumur awal 40-an.

5) Ini tentang lebam mata / lingkaran hitam bawah mata. Penggunaan kotak pertama shaklee collagen powder

6) Kulit moist / lembab hanya selepas penggunaan sachet pertama

7) Istimewa tentang rambut bertambah! Juga Shaklee collagen powder

8) Cik berumur 30 tahun. Bahagian lain semakin lembut. Hanya selepas 6 sachet. Dan shaklee collagen powder juga memberikan tenaga! Kerana ia bukan sekadar collagen..

9) Juga membantu untuk cracked heels. Tengok tumit ni? Hanya selepas sekotak shaklee collagen powder (SCP)

10) Pori-pori kecil. Penggunaan 2 kotak shaklee collagen powder

11) Lagi pores mengecil disamping 'cerah dicelah2'. Anda faham kan :)

12) Gambar atas: Before start kolagen. Muka mudah terbakar walau tak kena direct sunlight. Selalu duduk belakang kalau naik kereta
Gambar tengah: Selepas 7 sachet shaklee collagen powder. Muka tak berapa merah2. Dah cantik ya putih sekata
Gambar bawah: Latest. Tapi belum habis sekotak shaklee collagen powder lagi. Muka nampak putih jernih..pinkish dan glowing
Overall complexion yang bersih dan glowing.

Anda lihat testimoni yang diberikan oleh pengguna2 shaklee collagen powder. Saya ada baaanyaakk lagi tapi cukup setakat ini untuk dikongsikan. Kesimpulan yang saya dapat simpulkan ialah, lain orang lain perubahannya, lain jumlah shaklee collagen powder yang diperlukan untuk mendapat hasil yang memuaskan, lain healing crisisnya; ini kerana kulit dan badan orang berjenis2, makanan yang diambil juga berjenis2, umur juga berjenis2. Jadi harap bersabar ketika dalam proses 'membaikpulih'. Tahniah kepada yang sudah berjaya. Hubungi kami untuk mendapatkan Shaklee Collagen Powder ini ya! 0192661775



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Minuman isotonik dan performance drink

Assalamualaikum

Kawan saya yang juga seorang doktor memberitahu bahawa beliau sudah lama tidak mengambil minuman bergas. Ini kerana beliau pernah merawat seorang pesakit berumur 25 tahun yang menghidapi diabetes. Sebab? Minum minuman isotonik setiap kali lepas workout untuk replenish energy.

Wah nampaknya dari menjaga badan dah menghancurkan badan. dah terbalik pula efeknya. Saya ingin syorkan kepada rakan2 yang selalu ke gym, mempunyai gaya hidup aktif, selalu workout etc yang sering membeli minuman isotonik untuk tenaga mahupun replenish bendalir yang hilang agar bertukar kepada yang lebih selamat dan kurang gula. 

Produk shaklee yang boleh di gunakan untuk replenish bendalir ialah Performance Drink. As a refresher, bole baca tentang performance drink di sini. Performance drink mengantikan air yang hilang sewaktu aktiviti fizikal dengan cepat. Rumusan exclusive OptiCarb yang dipaten dapat meningkatkan tenaga otot sebanyak 6x ganda dan memberikan tenaga disamping memelihara fluid circulation dalam tubuh. Ini telah terbukti melalui ujian klinikal. 

Unik nya performance drink ialah ia mempunyai lebih 67% otot glikogen dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Saya menggunakan performance drink untuk aktiviti harian saya. Walaupun saya tidak workout, tetapi kerja2 rumah dan melayan keluarga sudah cukup untuk memenatkan. Apatahlagi bila seharian bekerja di ofis.

Lihat bagaimana minuman ini membantu kawan saya 


Perkara2 kecil seperti larat berjaga, larat nak kemas rumah selepas office etc. Kadang2 nak turun buat susu anak pon begitu tak larat. Jadi dengan izin Allah, disinilah minuman yang memberikan tenaga pada otot ini membantu disamping supplement basic lain yang diambil (saya akan kongsikan nanti insya allah).

Jika anda minum air bergelen2, namum tetap rasa dahaga dan lesu, itu tanda anda dehydrated dan tubuh kehilangan garam dan mineral. Dan bukan semata-mata air. Disini lah Performance drink membantu. Apa rasa minuman ini? rasanya seperti air oren. Sedap. Itu anda tidak perlu risau. Anda boleh mendapatkan Performance drink ini daripada Golden Lounge pada harga istimewa. Hubungi 0192661775.

Semoga bermanfaat!

Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Friday, November 16, 2012

Zinc dan rambut gugur

Assalamualaikum

Heyhey, kalau lepas bersalin memang rambut gugur kan? orang tua2 kata bila baby menyembur2 lagi la rambut gugur dengan horror. Hehe kisahnya itu adalah disebabkan perubahan hormon. Tapi memang betul sangat2 kan? Ok kalini saya bawakan anda terus kepada testimonial dulu lah. Lihat gambar dibawah. 


Katanya "... lepas bersalin 4 July 2012, rambut gugur smpai nak botak di tengah di tepi kiri kanan.. huihh takut sungguh!!! sentiasa kutip rambut di lantai! selepas di perkenalkan Zinc Shaklee...., gugur masih ada, tetapi yg mana botak sudah mempunyai anak rambut hehe.. alhamdulillah.. baru sebulan makan Zinc Shaklee.. saya akan meneruskan lagi sampai bila-bila..tetapi lain pula suami saya, dia langsung tidak gugur rambut selepas makan Zinc Shaklee bermula 20hb Oct 2012..."

Ok. Jom tengok apa lagi kegunaan zinc nih
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik 
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 
  13. Rabun malam
Kenapa Zinc Shaklee ?

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.

Jadi jika anda mempunyai gugur rambut yang teruk, boleh cuba zinc shaklee. Apa tunggu lagi? dapatkanya dari Golden Lounge! SMS 0192661775


Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, November 14, 2012

Testimoni set bersalin shaklee

Assalamualaikum

Saya share testimoni pengambilan set bersalin seperti entry saya tentang set bersalin di sini. Cik puan pengguna set ini sedang berpantang anak kedua. 


Ketika saya bersalin anak no 3, saya telah membeli satu set bersalin. Harganya dalam rm 420. Saya makan set tersebut seawal hari kedua. Maklumlah, ambitious sangat nak kurus. Malang tak berbau, baby saya jaundis dengan teruk yakni reading yang tinggi. Baby terpaksa ditahan selama 2 malam di wad, dimana tidak terdapat lodging untuk ibu. Ini bermakna saya terpaksa balik tidur dirumah dan berulang alik untuk berjumpa baby saya dan menghantar susu. Perasaan ketika itu sangat-sangat sedih. Mereka yang ada pengalaman pasti memahami sangat2.

Selepas 2 hari, baby boleh pulang kerumah namun perlu dibawa kembali ke hospital selepas seminggu untuk check up follow up. Sebelum pulang kerumah, saya dinasihati agar berhenti makan jamu dahulu. Paling kurang, stop untuk 2-3 minggu kerana baby fully breastfeed. Apa?? jamu saya ada beberapa botol yakni mengikut hari. Hari 0-9, 10-19 etc. Pemberhentian makan jamu bererti akan ada 2-3 botol jamu saya yang tidak di makan! Memanglah tulis di botol boleh dimakan selepas 60 hari, tapi come on lah kan. Jadi saya rasa bengang dan membazir!

Selepas itu baru lah saya diperkenalkan dengan shaklee dan terus mencuba. ALhamdulillah, seperti entry ESP saya di sini, saya amat2 berpuas hati. Kini saya memang menasihati rakan2 agar menggunakan supplements sebagai supplement selepas bersalin daripada jamu. Tapi jika mahu ambil jamu juga terpulang lah. Anda tahu mana yang baik untuk anda :) 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

GLA Shaklee

Assalamualaikum

Kelakar, entry ini telah lama di draft. Tapi sampai sudah tak publish. Ok kali ni saya akan make sure publish juga! Kali ni tentang shaklee GLA.

Mesti ramai yang mengambil EPO atau nama panjangnya English Primrose Oil. EPO tu apa? kenapa ambil?   EPO diambil kerana EPO terkenal minyaknya yang kaya dengan acid lemak perlu (EFAs) iaitu linoleik (LA) dan Gamma linolenic acid (GLA). Sumber EPO adalah obviously dari bunga english primrose. Ni gambar bunga yang famous tersebut.


Shaklee tidak mengambil GLA daripada english primerose ini. Tetapi sumber GLA shaklee adalah daripada borage. Mahu lihat gambar bunga borage? Seperti dibawah


Kenapa bunga borage dan bukan english primrose seperti brand lain? Ini kerana kandungan GLA borage oil adalah 2xganda lebih pekat dan 3xganda lebih berkesan dari EPO. Borage oil mengandungi 25% kandungan GLA berbanding 10% kandungan GLA dalam EPO. Dan shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secra organic di kawasan Saskatchewan!
Anda mengambil EPO kerana kandungan GLA nya. Nah shaklee berikan anda GLA terbaik dari sumber yang terkawal dari tanaman hingga pengekstrakkan!

Bukan itu sahaja, GLA Complex shaklee mengandungi vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan acid lemak omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (daun pun bagus, apatahlagi shaklee mengambil biji bunga borage :))

Mari kita lihat kelebihan GLA complex ini:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS
  • Membantu dalam menangani monopaus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akubay artritis dan reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan immuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan bloog-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawan kolesterol
  • Membantu dalam menyingkitkan lebihan berat bandan terutama bagu yang ingin menugrangkan berat badan
Daripada banyak-banyak kelebihan di atas, hanya 4 khusus untuk wanita. Ini bermakna, walaupun GLA complex adakah rakan baik setiap wanita, namun ia juga sesuai untuk lelaki. Ok ni gambar vitamin. Lupa pula :)
Saya upload juga testimonial kawan saya yang telah menggunakan GLA sbotol. :) Ternyata sangat bagus untuk haid dan hormon.


Oraitt..panjang pula. ok ada masa jumpa lagi. Order lah hari ini dari kami di goldenlounge! 



Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

Wednesday, October 31, 2012

Travel dengan Nutriferon

Assalamualaikum
 
Ingat tak entry saya tentang trip kami ke jepun? Refresh di sini. Kali ini saya sambung lagi experience travelling saya dan nutriferon. Since demam hari itu, alhamdulillah anak kedua saya tak demam lagi hingga sekarang. Dan kami have been travelling half the world since then.

Ini termasuk amsterdam, den haag, paris dan brussel. By all means of transportation. Ini termasuk by foot, tram, train, bus, flight and boat. Dan saya bukan jenis over protect anak; tak bg outdoor, tak bg jalan/main lecak, kutip kerang, sentiasa dokong, pegang sana, pegang sini. For me outdoor activity is what develops the child. Travel by train bukan mudah. Turun naik keluar masuk, kdg2 berdiri sebab org sesak. Begitu juga dgn bus dan tram. Siapa kata tidak mudah dijangkiti kuman dengan keadaan sebegitu? Dengan confined air dlm long hours flight, pelbagai jenis manusia di airport, lebih lagi airport schipol?
 
Traveling by public transport with 3 kids memang hassle. Hujan di paris, brussel dan amsterdam; dan kami tidak mempunyai payung. Hanya berharap pada hood jacket untuk anak2 saya. Termasuk baby saya berumur 3 bulan. Menyusu di public place, menukar pampers dalam tram :) -typical..makan ikut dan. Ada kawan tanya saya "tak bawak periuk nasi ke pergi paris". He he. Travelers cannot be fussy and choosy. Nak selesa either u become very rich or dont travel. Senang kan.

Lagi cuaca yang berubah2 di pelbagai negara, amat mudah untuk anak2 sakit dan demam. Sedangkan orang dewasa pon belum tentu boleh withstand all the weather changes. Jadi bagaimana? Saya memberi anak2 saya nutriferon, kemudian berdoa dan tawakkal. Saya beranggapan adalah tugas saya untuk berusaha memcegah. Result usaha adalah terpulang pada apa yg Allah mahu berikan. Jika Allah menghendaki sakit bg anak2 saya, maka saya redha dan terima sbg ujian.

Kita tidak mampulah protect anak2 sepanjang masa especially dari virus dan kuman. sedangkan dalam rumah pon belum tentu bebas-virus, apatahlagi diluar. Jadi yang paling penting skrg ialah antibodi yang kuat.

Nutriferon berfungsi dengan meransang antibodi secara semulajadi. Untuk long term antibodi akan lagi kuat dan resistance terhadap penyakit meningkat. Tak payah claim bnda lain sama dengan nutriferon sebab itu hanya di shaklee. Patented. :).

Dah ramai yang membeli nutriferon dari saya untuk mereka dan anak2. Alhamdulillah semua memberi pengkhabaran positif.

Saya rasa, tak perlulah saya katakan jangan bertangguh untuk mendapatkan nutriferon ini. Kuman dan virus tidak memilih siapa dan anak siapa. Dia masuk ikut dan. Saya percaya environment exposure kita sama.

Jika anda meletakkan kesihatan sebagai prioity dan mahu mencuba nutriferon, hubungi saya di 0192661775.

Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Monday, October 29, 2012

Basic H dan Semut

Assalamualaikum
 
Rumah saya banyak semut. Saya tak suka semut. Taksuka taksuka taksuka! Banyak semut bermaksud berjenis2 dan mereka selamba buat banyak jalan raya di rumah saya. Ada hitam yang jalan laju2, ada hitam yg badan tebal picit tak mati, ada halus kale merah mcm semut api, ada semut hitam kecil ala2 semut mayat. Blergh.

Bila saya tau basic h boleh mengurangkan saya bersorak gembira. Tak sabar nak mencuba. Katanya, letak 2 titis dan campur dlm air dah cukup. Biar benar. Saya skeptikel. Macam anda lah. Oleh kerana saya tidak ada bekas spray air, maka jadi susah untuk membilas kain lap meja dlm campuran tersebut. Hinggalah hari itu saya ke shaklee dan membeli bekas spray air seperti dalam gambar.
 

Hey bekas tu tidaklah mahal seperti sangkaan anda. Kalau di warta saya cek dalam rm 1.99 - rm 3.99. Malah ada yang rm 4.99. Bekas spray air shaklee tidak jauh beza. Tanya sayalah kalau interested nak tau.
Neway, dah tak sabar nak guna. Saya titis kan 3 titis walaupun arahan hanya 1-2 titis. Maklumlah, skeptikel dan tak percaya. Saya penuhkan air dalam bekas air tadi dan goncang.

Mula lah sesi lap meja ala2 di kedai makan. Spray2 then lap. Buang sume semut yang berani berkeliaran atas meja. Lepas tu basuh dapur tempat masak. Spray2, gosok2. Hehe menarik. Sekarang acara menghapuskan jalanraya semut. Saya spray atas semut2 tersebut then sapu dengan kain basah. Bilas kain then spray balik n lap. Saya buat yang sama pada semua jalan raya semut yang tanpa segan silu berjalan atas kabinet dapur etc

Ok lepas habis semua. Saya pon naik tidur. Tak sabar nak tunggu esok nak tengok adakah jalanraya di reconstruct semula. Maklumlah, setiap pagi tghari ptg dan malam semut akan sentiasaa buat jalan raya. Lepas spray shieldtox, mati, then kita kena bersihkan, just to findout they reconstruct balik dalam 2-3 jam. Aaaa stress

Esok pagi..tadaaaa takde semut, takde semut TAKDE SEMUT! Hureyyy!!
Ok skeptikel. Mungkin kebetulan. So malam kedua buat lagi, dan stil TAKDE semut. Ok sambung malam ketiga, dan hingga hari ini.. BEBAS semut!

Ok lepas tu saya nampak jalan raya semut di dinding dan ke ceiling. Bermakna mereka reroute..Cissss!!
 
Takpe yang penting, saya tau basic H betul2 menghalang / mengurangkan serangga dan semut2. Nanti kena fikir macamana nak spray di dinding dan ceiling. Bawah ni gambar jalan raya yang dah tinggal sikit sebab saya baru lepas lap sikit then baru teringat nak ambil gmbr. Perhatikan marble putih dan semut hitam. Bertapa prominentnya semut dan marahnya saya. Ha ha. Btw meja makan pon marble putih. Jadi nampak sangat kalau ada seekor semut pon.
 

Ni pula gambar meja makan lepas seminggu treatment dengan Basic H. Kilatt..
 
 
Anda cuba lah sendiri di rumah. Setitis dua je guna. Jimat. Tak luak pon. Tengok balik gambar basic H di atas, macam baru kan. Walhal dah 3 bulan saya memakainya. Contact lah saya untuk membuat order.

 
 
Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 20, 2012

Basic H dan Toaster

Salam weekends semua

Seperti yang dijanjikan duluuu..testimoni toaster saya. Ok gambar ini bukan bermakna saya TAK CUCI. Masalahnya ialah ia TAK HILANG. Nampak tak warna coklat hangus tu dah macam blend dengan material putih sekaligus menjadi sebati? huh..


Saya titiskan beberapa Basic H, dan sentall..Hasilnya..


HILANGG akhirnya. Yeyy! Tak sangka. Alhamdulillah. Sekarang boleh enjoyy makan roti. Nyums :))
Tak percaya? bole cuba. Order dari saya. Ini baru beberapa dari kegunaan basic H. Nanti saya buat experiment lagi untuk dikongsikan bersama insya allah.


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, October 12, 2012

ESP - Experience sendiri

Assalamualaikum

Saya berkenalan drngan ESP ketika saya berada dalam pantang. Saya bukan jenis yang rajin pam. Biasanya stok susu akn saya buat bmula minggu ke 3-4. Selepas minum 2 -3 hari, breast terasa sentiasa engorged dan saya terpaksa pam kerana sakit. Baju akan lencun pada waktu mlm jika sy tidak memakai breast pad. Tambah pula baby tiba-tiba minum sikit. Mungkin kerana susu menjadi lebih pekat maka baby cepat kenyang. Jadi bertambah lagi engorged hinggakan saya mengawal tahap engorged melalui intake ESP. Yakni, minum sekali instead of 2x sehari. Saya berjaya buat stok hanya berdasarkan konsep "pam bila sakit". Sekali pam dapat 4oz-7oz. Bukan powerpumping pon. Bermakna, jika bersungguh, memang susu dapat penuh fridge. Macam susu orang lain dalam gambar dibawah. Hehe ok, mereka consume set 3M. Dalam set 3M, ESP adalah wajib :)


Ketika masuk kerja, semua orang menegur muka berseri2. agak pelik kerana pantang kali ini memang saya tidak disiplin dalam menjaga muka. Maklumlah pantang sendiri-sendiri. Tambahan pula ketika mengandung, 'pembawakan budak' memang ketara bagi effect di kulit muka. Pelik lagi bila sebulan lepas itu adalah hari raya. Rata-rata saudaramara serta kawan2 yang lama tidak berjumpa semua menegur kulit saya cantik dan berseri. Wow bangga sekejap.

Sorilah, tak ada pula gambar saya sebelum ambil ESP. Lagi pun tengah gemok mengandung. Takkan nak letak gambar gedempol tersebut. :).

Jadi, saya berkesimpulan ESP mencantikkan kulit dan memberi kesan glowing pada wajah selain menambah kualiti dan kuantiti susu. Berdasarkn experience saya, saya mencadangkan kepada wanita2 yang inginkan kulit cantik dan glowing pada wajah, mahupun ibu2 lain yang inginkan susu mereka berkualiti, agar mencuba ESP. Ini experience saya. Mungkin lain orang lain experience nya. Namun tak salah mencuba kan.

Untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi saya dengan SMS 0192661775. Kebetulan bulan ini terdapat promosi dan anda boleh mendapatkn harga murah drpd biasa. Saya sendiri membeli sekotak sebagai stok saya. Kebanyakkan existing customer mengambil 2 canister utk djadikan stok. Pendapat saya, inilah masa terbaik utk mencuba dan stock up. Seeloknya cepat kerana kegunaan yang terlalu byk kepada setiap golongan, ESP adalah best seller shaklee. Bermakna ESP bakal kehabisan stok. True enough, di johor baru, ESP telah di catu penjualannya sementara menunggu stok baru. Booking sekarang! Jangan menyesal nanti :)



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Tuesday, October 9, 2012

Nutriferon untuk wanita mengandung

Assalamualaykum

Mari tengok testimoni tentang nutriferon. Saya kongsikan di fb page saya. Jemput like :)

Mungkin ada yang tanya Nutriferon tu apa? Jawapannya di sini. Yang ini cerita testimoni saya dengan nutriferon. Allah yang menyembuh kan. Tapi kita perlu ikhtiar :)


Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Saturday, October 6, 2012

ESP yang mengenyangkan

Assalamualaikum
 
Semalam tengah malam saya lapar. Entah kenapa tak pasal-pasal. Mungkin sebab menyusu. Pergi dapur makan roti. Duduk kejap...eee masih lapar. Tak boleh tidur. Nampak maggi ada lagi sebungkus. Nasi juga masih ada. Eh takkan nak makan nasi tengah-tengah malam buta..habis la diet saya (he he). Decide to go for maggi. Saya pun masak air dan surf internet sementara menunggu air masak. Sesudah air masak, saya pergi dapur, tapi masih berbelah bahagi sebab kan tak elok makan maggi. Lagipun itu makanan emergency. Tiba-tiba dapat satu idea untuk minum ESP tengah-tengah malam. Takpernah di buat sebelum ni. Saya sememangnya suka ESP, jadi tiada masalah sangat untuk minum mentah-mentah. Tapi kali ini perlu kenyang untuk tidur. Lalu saya campurkan ESP dan fresh milk. ...Voila! kenyang. Alhamdulillah dapat tidur :)
 
Betul la ESP mengenyangkan dan sesuai untuk diet yang sihat. Ni gambar 'projek' saya malam semalam; ESP dan fresh milk - ramuan ESP yang paling simple!
 
 
Sekarang guna untuk breakfast!
 
Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com

Friday, September 28, 2012

Performance drink di Paris

Hari itu saya berkesempatan pergi ke Paris. Nampak macam lagak orang kaya pula pergi kesana sini. Paris adalah satu kota yang tidak stroller-friendly. Saya dan suami membawa ketiga-tiga anak kami. Seorang perlu dikendong, seorang mahu dokong. Nasib baik yang sulung sudah kuat dan boleh berjalan. Kerana sentiasa berdokong dan tidak letak, saya berasa amat penat apabila tiba dihotel. Saat saat itu, saya begitu menyesal kerana tidak membawa performance drink bersama. 

Baby yang sentiasa nak di 'galas' :)
Walaupun performace drink pada awalnya dihasilkan untuk ahli sukan dan atlet, namun sebenarnya ianya amat praktikel untuk 'manusia biasa' macam saya..macam kita. Ibu juga adalah atlet. Menyusu sahaja sudah mengambil macam-macam dari badan ibu, apatah lagi menjaga kebajikan dan makan minum seluruh keluarga. Itu bukan kerja mudah dan memang consume tenaga. Bagi saya, performance drink memberi kesan pada saya dalam memberi tenaga. Kadang-kadang orang kata mungkin saya dehydrated. Namun walau sebaldi air saya minum, saya masih penat. Ternyatalah bukan sahaja saya kekurangan air, malah  mungkin kandungan elektrolit, garam/gula yang tidak seimbang. 

Setelah saya mencuba performance drink, ternyata memang bertenaga. Bukanlah bermakna bila minum terus menjadi superwoman. Andaiannya adalah seperti, jika tidak minum, ketika ini sudah pasti tertidur dan tidak mampu nak kemas rumah/update blog. Tapi selepas minum, perkara-perkara terebut dapat dilakukan Alhamdulillah.
Sewaktu student dulu, saya akan minum 100plus ketika penat dan perlukan tenaga. Tapi hakikatnya saya tidak suka air bergas, lantas bertukar kepada redbull. Redbull membantu saya stay up. Sewaktu pregnant anak sulung, orang kata tak elok minum minuman seperti itu. Lalu kerana tidak mempunyai performance drink ketika itu, saya terpaksa gagahkan diri..atau tidur sahaja :). 
"Shaklee Performance® is clinically proven to hydrate better than water. Plus, Performance has more electrolytes and provides more energy than the leading hydration drink. Our proprietary OPTI-LYTE™ electrolyte blend plus our unique mix of carbohydrates delivers instant and sustained energy and supports optimal hydration.

Clinically Proven
  • Minimizes fluid loss for enhanced hydration
  • Maintains blood-glucose levels to sustain intense energy output and to increase stamina
  • Increases endurance for better athletic performance
No artificial flavors, sweeteners or added preservatives."

Saya setuju dengan description tentang performance drink di atas. Hakikatnya, minuman ini sesuai untuk pregnant ladies and nursing mothers. Pendapat saya juga, minuman seperti ini memang patut dikhususkan untuk ibu, especially kedua golongan tersebut. Afterall, siapakah yang lagi penat selain ibu dan terutama 2 golongan ibu tersebut kan? :)
Dapatkan minuman ini dari Golden Lounge.

Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com