Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Selesema. Show all posts
Showing posts with label Selesema. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum
 
Hari ini Sustain Release Vit C yang sekian lama kehabisan stok, kembali lagi.
 
Kecil2 dulu, kami ada vitamin C. Multivits kadang2. Penting kan vitamin C ni? Dah besar baru tau elok sangat makan vitamin c. Apakah antara yang anda bakal dapat dengan mengkonsumsi vitamin c ni?
 
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihati.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas. 
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain
  • Mencantikkan kulit. Pengambilan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen

  • Banyak sangat!
     
    Dengan kebaikan2 diatas, tentu anda mahukan ia SENTIASAA didalam badan anda kan? Itulah fungsi "sustain-release". Iaitu, ia melepaskan vitamin C secara perlahan2. Jadi badan anda sentiasa penuh dengan Vitamin C. Dan itu lah kelebihan Vitamin C Shaklee disamping sebiji tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren = 500mg!
     
    Sebotol SR Vit C Shaklee mempunyai 180 bj. Harta retail adalam rm92.50. Jika anda inginkan harga special, boleh SMS/whatsapp direct pada kami.
     
     
     
     
     
    Golden Lounge
    019 266 1775
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, January 26, 2013

    Musim Hujan Lagi

    Assalamualaikum

    Sekarang ni musim hujan. Yeke? macam panas juga kan minggu2 lepas. Frankly speaking, saya sukaa musim hujan. Sebab kalau tak hujan, panasnya ya rabbi. Setiap hari pasti saya doa supaya hujan. hu hu. Walaupun musim hujan dikaitkan dengan musim demam batuk selesema, saya lebih pilih hujan. Mungkin sebab saya lagi stress kalau panas berbanding demam/ anak2 demam. Lagi pula, saya memberi anak2 makan makanan tambahan dan vitamin agar badan mereka kuat antibodi dan tahan melawan penyakit. Dikala suami saya jauh, kami semua perlu sihat kerana susah juga kalau apa-apa terjadi.

    Dah tak menjadi rahsia lagi apa yang saya bagi pada anak2. Tapi saya cerita lagi sekali lah. Saya bagi mereka mealshake dan vitamin C chewable. Untuk anak sulung saya, tambahan vitalea chewable kerana beliau menginjak umur 6 tahun tahun ini insya allah. Ada ketika mereka demam, saya bagi nutriferon. Ya, last time mereka demam/batuk/selesema adalah pada entry saya tentang demam combo. Jangan risau, saya akan insya allah update disini jika anak saya demam kerana saya pasti berkongsi apa yang saya bagi dan berapa lama efek. 

    Anda nak cuba?


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Wednesday, January 9, 2013

    Meal Shake dan Selera Makan



    Ini mealshake. Ramai menggunakannya untuk meningkatkan selera makan anak, diet dan sebagai makanan tambahan.

    Ada customer menggunakannya untuk menaikkan berat badan. Alhamdulillah, beratnya naik 2 kg selepas mengikut jadual yang diberikan. Saya cari testi, tapi rupanya dah terdelete conversation tu.

    Ada yang menggunakannya sebagai alat bantu diet. Alhamdulillah mereka tidak lapar dan dapat mengurangkan size serving ketika makan. Mereka juga menggunakannya ketika lapar ditengah malam

    Majoriti customer menggunakannya untuk menaikkan selera makan anak.  Anak2, jika kurang makan, biasanya akan banyak minum susu. Vice versa. Kenapa anak2 minum susu? Susu adalah pelengkap makanan dimana susu mempunyai pelbagai kelebihan bukan. Tapi sumber utama khasiat adalah dari makanan. Susu tidak dapat menggantikan makanan. Lantas anak2 perlu makan untuk membesar dgn sihat. Mealshake bukan diberi seperti susu. Sukatannya hanya sedikit.

    Saya pula? Saya memberi mealshake pada anak2 ketika mereka demam. Dan kadang2 seminggu sekali utk general health. Alhamdulillah, anak2 saya so far memang tiada masalah makan. Semua kuat makan

    Mealshake mempunyai vitamin, mineral dan berperisa enak. Mungkin mealshake boleh memberi manfaat pada anda. Cubalah:)


    Hubungi kami untuk pesanan di 0192661775


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Sunday, January 6, 2013

    Demam Combo

    Assalamualaikum

    Kelakar bila ibu boleh memberikan ice cream dan coklat pada bayi dengan alasan "bagi rasa-rasa", tapi bimbang jika mau berikan omegaguard pada anak mereka. Kelakar juga bila antibiotik dan ubat selesema disumbat masuk 2.5ml tanpa ragu, namun pemberian nutriferon amat merisaukan. Frankly speaking, saya tak kesah pon apa anda bagi dan tak bagi anak anda. Sebab tu anak anda. Kalau anak saya, ye saya kesah. Tapi kadang pelik kenapa orang lain terlebih kesah pada anak orang lain. Bukan kesah dalam erti kata positif, malah siap mengutuk dan kasihan pada anak tersebut. Sedangkan anak orang itu sihat2 sahaja, malahan anak beliau yang konon dijaga makan minumnya itu pula sering keluar masuk hospital. Ha ha teremo pula. Kesimpulan dari perenggan ini ialah, setiap ibu tahu apa yang terbaik buat anak mereka. Anda dipihak luar tidak berhak menjadi judgemental terhadap apa yang ibu lain buat kerana anda tidak sekali tahu apa sebenarnya berlaku apatahlagi mengalami. 

    Di sini saya share sahaja apa yang saya berikan pada keluarga dan anak2. Sebab itu selalu saya kata, mungkin anda punya cara lain yang anda rasakanterbaik. Terpulanglah. 

    Hari ini cerita pasal demam combo. 

    Saya rasa virus kali ni agak power. Disyaki dibawa pulang oleh suami yang mengakibatkan beliau demam yang agak berlarutan hingga 4-5 hari. Namun tidak teruk. Virus lay low, SLow and steady sahaja demam beliau malah kami siap ke kuantan lagi. Kemudian menjangkiti hasan dimana hasan demam 2 hari. Hasan sihat dari demam dan virus pulang ke kamar iaitu suami saya demam dengan teruk selama 3 hari. Wah kali ini beliau mengambil sepeket nutriferon berturut selama 2 hari. Memang teruk. Virus merebak kepada ahmad dan sarah dimana mereka demam serentak! saya mmberikan mereka nutriferon dan mealshake. Kami juga ke klinik untuk mengambil ubat. Alhamdulillah sarah cepat sangat sembuhnya. Ahmad demam kebah namun batuk selesema masih ada sisa sisa. Virus cuba menyerang saya dan saya start sakit tekak. Ok selepas mengambil speeket nutriferon, macam biasa saya akan sakit kepala. Disebabkan virus sangat power, saya terpaksa mengambil sepeket lagi nutriferon dan mealshake berturut2 dan menyebabkan sakit kepala berlarutan. Namun seperti yang dijangka, selepas itu baik seperti sediakala kecuali suara mungkin berubah ala2 ning baizura. Selepas cuti krismas, alhamdulillah semua baik dan sembuh.

    Wah hanya seperenggan saya berjaya menceritakan pengalaman demam combo yang saya rasa paling teruk melanda. Sibuk jadi nurse hingga saya lupa haribulan dan miss kenduri dan program. haha. 

    Yang kelakar dari pengalaman di atas, orang sekitar bertanya "eh demam? tak ambik shaklee ke?" "macamana bole tak sihat ni, shaklee tak berkesan". Kelakar. Adakah anda fikir shaklee ini ubat kebal dan anda pasti tidak mati jika mengambilnya? he he. 

    Ini supplement dimana ia membantu proses pemulihan. Bukan ubat kebal jika anda ambil anda akan kebal virus dan menjadi tuhan. Wah sarkastiknya saya? ya, saya nyaris mahu jawap "akai ada ka tanya soklan itu macam?" 
    Senang cerita, mungkin jika anda ambil shaklee, demam jadi 3 hari instead of 7 hari. 

    Saya memang fanatik nutriferon. Sebab saya suka prevent dari cure. Cure susah. Tengok? kan rugi cuti duduk dirumah saja tending to orang2 sakit :) 


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com

    Saturday, October 20, 2012

    Musim hujan

    Assalamualaikum


    Sekarang musim hujan. Asal petang je hujan. Musim hujan biasa selesema batuk. Anak saya dah start nak batuk. Saya hidung sumbat. Takboleh jadi. Saya tak boleh biarkan melarat. Jadi saya continue ambil vitamin c, dan tambah nutriferon untuk boost immune sistem. Untuk anak2, saya start bagi mereka mealshakes, vit c chewables dan sedikit nutriferon.

    Bukan apa. Saya memang berpegang pada "prevention is better than cure". Kalau saya yang sakit boleh tahan lagi. Masalahnya anak saya ada yang masih menyusu. Nanti berjangkit susah. Kalau anak2 sakit, ibu yang susah. Tambahan lagi duduk nursery memang open virus-sharing. Takboleh nak elak, kena equip anak anda dengan pertahanan diri yang kuat. Especially when you are not there to defend your kids.

    Kesihatan memang anugerah Allah. Tapi kita boleh berusaha. Dan kalau memang ditetapkan sakit, redhalah, tapi tetap berusaha agar sembuh. Ada kawan saya anak beliau selalu sakit. Selalu MC or EL. Ulang alik pergi hospital. Tak apalah, anak dia sorang je baru, tatang macam minyak yg penuh. Kalau dah ramai? Nauzubillah selalu sakit macam tu. Even kalau seorang anak pon saya kalau boleh nak sihat taknak selalu sakit macam tu. Rawatan untuk cure biasanya lagi mahal dari prevent. Anda sebagai ibu, anak, kakak, abang, adik boleh menilai sendiri mana yang lagi bagus. Pilihan memang terletak pada anda. Saya bersyukur kerana masih mampu mendapatkan apa yang saya rasa terbaik untuk kesihatan anak2. Ada yang bersungguh2 mahu membeli tapi tidak mampu. Bagi saya, kesihatan tiada tolok banding dengan benda lain. Pendapat kita mungkin berbeza. Terpulang :)


    Golden Lounge 
    019 266 1775 
    goldenlounge.blogspot.com