Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 31, 2013

Seputar, suratan atau kebetulan

Assalamualaikum

Suratan atau kebetulan atau kebenaran? Hasan adalah sejenis yang suka tiba2 terbangun malam dan menangis. Lately ni agak kerap. Jadi, tidur saya yang sememangnya sedia terganggu bertambah lg terganggu lah. Tapi lepas disiasat, bibik mensyaki sebab hidung hasan tersumbat. Macam baru2 nak start selesema. Air hingus masih tahap jernih. Saya pon terus minum ESP dan nutriferon malam tu juga. Esoknya, nampak masih selesema. Tapi oleh kerana tak nak perkara sama berulang, yakni bangun nangis2 malam2, saya pon calit la sikit nutriferon kat lidah hasan. Calit sikittt je. Saya tak pernah advise orang untuk bg pada anak yang below 1 year old. Hasan insya allah akan masuk setahun 12 jun ini. Jadi, saya cuba2 lah. 

Dan alhamdulillahhh serius, selesema dia berhenti terus esoknya. Malam tu tak buat perangai. Perhaps, flu is under control :). Alhamdulillah. Hihi. Tetapi, saya tetap tak advise bagi nutriferon pada below 1 YO. Suratan, atau kebetulan, atau kebenaran.

Ini membawa kepada persoalan "orang lain terlalu mengisahkan perihal orang lain". Macam ada komen2 sumbang yang saya dengar, mengeji perbuatan memberikan anak2 makan supplement. Supplement yang famous termasuk lah our famous mealshake, dan infact, omega. Saya hairan malah begitu ajaib sekali akan keprihatinan segolongan masyarakat terhadap pemberian makanan2 ini kepada anak2 orang lain. 

Malah hingga merasa berdosa jika nasihat agar jangan memberikan anak2 mealshake dan omega tidak disampaikan pada orang ramai. Wah gittew sekali. Sungguh terharu dan amat mengharukan. Saya juga berasa amat aneh sekali, kerana pasukan2 ini tidak pula concern akan pemberian makanan2 lain nya seperti gula2 ice cream, coklat, keropok twisties, air gas, air sirap bandung etc kepada anak2. Malahan berusaha memberi komen semacam pakar dalam bidang pemakanan.

Dan lagi satu, penggunaan basic H sebagai air untuk lap badan jika badan anak panas. Boleh mati katanya. Wah, ini memang mendebarkan saya. Walaupun setakat ini saya tidak lagi mendengar kes fatal untuk penggunaan basic H secara berikut, namun mendebarkan bukan. Pengguna2 yang menggunakan cara tersebut bermati2an mengatakan anak mereka ok dan turun panas suhu badannya selepas dilap menggunakan air bancuhan basic H itu tadi. Waallahualam. 

Cuma yang saya hairan kenapa pasukan2 prihatin itu amat prihatin. Bukan kah perkara2 sebegini sama seperti petua orang tua2 dahulu? contoh: jika baby sedu, maka letaklah tisu basah di dahi. Saya rasa benda tu bodoh. Walaupun saya pernah cuba, dan tak berkesan. Namun, ada orang claim perkara tersebut berkesan! malah melakukannya setiap kali baby sedu. Jadi, perlukah saya bertungkus lumus mengatakan kepada orang umum bahawa meletakkan tisu di dahi bayi ketika sedu adalah berbahaya! siapa tahu, kot2 tisu kering dan terjatuh dan masuk dalam mulut bayi lantas membuatkan bayi tercekik? Jadi kesimpulannya, tisu basah pada dahi bayi yang sedu adalah fatal! Jika di cek dengan pengeluar tisu, pasti pengeluar tisu memberi kan jawapan "kami membuat tisu berkualiti dengan fikiran bahawa pengguna adalah orang2 dewasa yang akan menggunakannya dengan berhemah. Ya, kami memangtidak membuat tisu untuk dibasahkan dan diletakkan pada dahi bayi yang sedu". Dan saya menggunakan statement tersebut untuk menyalahkan lagi pengguna yang meletakkan tisu basah di dahi bayi dan mengatakan "hey, tengok ni, manufacturer pon kata bukan dibuat untuk kanak2, apatahlagi untuk dibasahkan dan diletakkan di dahi bayi". Malafide bukan?

Jadi tidak wajar jika satu pihak claim penggunaan sedemikian rupa memberi kesan yang baik pada anaknya, lantas pihak berlawan bermati2an menidakkan fakta tersebut. Ianya sama seperti teori orang2 tua. Ia menjadi petua orang tua kerana apa yang dilakukan oleh orang tua tersebut berkesan pada mereka lantas diturun temurun. Namun ada juga yang tidak berkesan, lantas tidak dibuat lagi. Jadi apa masalah jika satu pihak mengatakan anak mereka baik demam dengan mealshake, dan satu pihak mengatakan jangan ambil mealshake kerana mealshake hanyalah sejenis tepung. 

Lets just agree to disagree. Masing2 punya pendapat masing2 dan result dari anak masing2 adalah berbeza. 

Aih, lain saya nak tulis, lain pula yang saya tulis. Tak apa lah. Jadi harapnya pembaca boleh fikir dengan waras dan buat kajian sendiri sedikit2. Macam nutriferon, saya dan keluarga so far alhamdulillah. Memang ok dan ia memang berguna. Dah nanti jangan pula ada yang email ke shaklee tanya nutriferon ni boleh ke guna untuk bayi 11 bulan. :)

Sekian saja. Jumpa lagi ! :)


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com