Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 25, 2013

Nutriferon, Mealshake dan Jerebu

Assalamualaikum

Saya suka travel. Masalahnya bila travel, bawa budak2. Budak2 ni tau lah kan antibodinya baru nak develop. Renyah ramai2. Kang demam susah. Selesema susah. Batuk susah. Semua lah. Bila travel, hours semua berubah. Normal hours dah jadi kacau bilau. Sekejap tidur, sekejap bangun. Kadang2, time zone berubah. Jenuh la. 

Yelah dah travel jauh2 takkan nak duduk dalam bilik je ye tak. Jadi saya memang bawa nutriferon (especially) dan mealshake kemana2. Biasanya, nutriferon memang ada dalam hand carry. Sebab dia kecil. Macam mealshake, kena ada bekas. Tapi usaha la juga untuk bawa. Kalau suspect budak2 dah nak start selesema ke dedar sikit badan ke apa, terus bagi mealshake. Mealshake ni kaya dengan vitamin. Budak2 ni  kadang taknak kunyah vitalea tu. Lagipun, vitalea hanya untuk 4 tahun keatas. Kalau teruk sikit, bagi nutriferon. Nutriferon activate antibodi secara semulajadi. Ia terdiri daripada campuran proprietary ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. So far berkesan lah alhamudlillah. Macam setakat ini tiada lagi yang serious dan alhamdulillah tidak tergolong dalam budak2 yang sentiasa demam tiap bulan mahupun begitu sensitif terhadap persekitaran. 

Itulah, kadang2, mak bapak pon mungkin pembawa virus. Dah keluar tiap hari guna public transport dan mingle dengan pelbagai orang, mestila sikit sebanyak ada kuman terbawa balik. Sebab tu antibodi parents pon kena kuat juga. 

Di jakarta, sentiasa jerebu. 90% merokok. Dalam shoping mall pon merokok, kalau bukan mall yang besar2. Tempat makan jangan cerita. Belum asap kereta bagai. Saya seriously rasa kalau orang yang sensitif memang payah nak selesa. Alhamdulillah, kami masih boleh survive.



Sekarang di malaysia tengah jerebu. Kesian sangat tengok anak2 kawan2 yang dah start demam, batuk2, ada yang athma dll. Kadang2 saya malas nak propose mealshake atau nutriferon. Orang kata nak menjual. Tapi macam tak sampai hati tengok anak dia lembik macam tu. Tak apa, mothers knows best. Kita yang tengok dari luaran tak boleh nak lebih2. Cuma ikhlas hati saya harap anak2 kawan2 dan semua sihat dan cergas seperti biasa. 

Dan moga jerebu terus hilang. Ameen


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com