Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 21, 2014

Kenduri Adik no 4 Tahun 2014

Assalamualaikum

Lama kan tak update blog. Dari sebelum raya sampai sekarang. Gayanya macam sakan sangat beraya :D. Tapi sebenarnya, raya ke3 saya dah masuk ofis loser sangat bunyinya ni iman :))

Saya tak berniat nak letak gambar raya di sini. Bukan apa, time ambil gambar tu, angle salah. Jadi, nampak side2 saya yang tak sepatutnya nampak. hahaha. Lepas tu dah takda sapa nak layan saya ambil gambar lagi. Maka terpaksa redha gambar raya sebegitu *sobs*. Dengan itu, saya ganti la dengan gambar ketika kenduri adik saya. Baru sangat gambar ni. Baru weekend lepas. :)

Cantik tak pelamin dan keluarga dalam gambar :D ?

Baju saya, suami dan sarah, beli hari jumaat petang walhal kenduri hari ahad :). Baju ahmad dan hasan, pakai apa yang ada je. Kebetulan baju sedia ada, ada yang sama tema warna. Dan untuk baju kami bertiga ni, mujurrr di kedai ada saiz dan warna. Sebab dah lepas raya, maka baju saya tinggal last piece untuk size tu nasib baik ada yang muat. Dan sebab lepas raya juga, baju sarah dapat 50% off. yey!. Moral: nak buat kenduri, buat lah 2 3 minggu LEPAS raya. Ha ha. 

Kenduri ni di buat di dewan Crystal Ballroom, Mines 2 Seri Kembangan, tingkat 5. Ha tak pernah tau kan ada dewan kat kat situ? Ni dewan baru. First time dan first kenduri ever buat kat situ. Bukan apa, sebenarnya dah 3x kenduri ni tukar date disebabkan bermacam2 sebab termasuklah unavailability of dewan. Yelah, dewan sekarang walaupun dewan badminton court je pon kena booking seawal setahun before date -__-. Dah cemana pula kalau tiba2 kenal dan nak terus kahwin? :D

Dewan ni unik sebab view dia power! Kan biasa kalau kita pergi kenduri, background mesti dinding yang bertemakan ropol2an langsir mahupun glitter apa segalamacam kan kann. Bosan bosan bosan. Terlalu main stream katenye :D. Mohon jangan offended. Kali ni, background makan beradap ialah a very nice view iaitu view tasik dari tingkat 5. Dewan ni corner lot. Dan penuh dengan tingkap. 

Amacam? kau hado? :)

Ok upclose pulak. Maafle lauk pauk masih berbalut. Almaklumlah kakak pengantin berkobar sangat datang jadi mandur dewan. hehe

Ni meja beradab; sideways

Ini view dari depan dewan, yakni dari pelamin. Tengok penuh dengan tingkap tak habis2 tingkap -_-

Ni pula meja untuk pengantin perempuan. Belum sampai lagi dome makanan. Kalau tak mesti lagi cantik :)

Ini adalah the rest of the dewan. Basically, muat dalam 1000 orang (keluar masuk)

Tapi andaikata tetamu anda kemain lah ramainya yakni jemputan 1 kad mewakili 6 orang termasuk anak2 dewasa *kidding* dan agak2 tak muat di dalam, boleh lah menumpang sewa di bahagian luar dewan- yang di convert menjadi sebahagian dewan juga. Hah, isi la sebanyak mana tetamu yang nak :))

Ni susun atur kawasan luar dewan. Makanan sama sedap. Hiasan sama lawa. Tingkap sama besar. Ok tak kelakar -..-

Ni susun atur tempat ambil makanan di bahagian luar dewan corner lot tadi. Nampak tak top left kat luarbangunan tu? Itu tempat caterer prepare makanan. Bagus sebab tak berbau pon dalam dewan. Jadi tudung dan baju maintain bau ketiak perfume sendiri :D

Adik saya yang no 3 tumpang buat majlis aqiqah kambing golek. Kambing tu bergolek2 secara senyap2 masuk dalam dewan. Besar harapan tuan rumah agar tetamu tidak menyedari kehadiran sang kambing. Namun, walaupun tanpa bau dan tanpa bunyi, kambing tetap dapat dikesan oleh para hadirin lantas diserbu dengan hebat menyebabkan tuan rumah tidak dapat makan kambing dengan puas. Para tetamu ni ada kambing detector ke hape. Hahaha! Ok acah je. :))

Kenduri bermula pukul 11 - 4 dengan ketibaan pengantin pada pukul 12. Alhamdulillah tetamu datang non stop bermula tepat dari pukul 11 tetamu ni brunch kot ni :D yakni ketika cleaner masih vacuum carpet -__- hingga lah tetamu terakhir yang datang pukul 530. Yakni ketika meja dah lipat dan lauk dah bungkus (caterer punya la efisyen). Langkah kanan tetamu last tu dapat bawa balik lauk. Ekeke.

Finally, kena la ada gambar pengantin kan. Kesian pula gambar dewan kemain banyak gambar pengantin satu pon takde :D.

Ok korang jangan tanya mana gambar KETIKA kenduri mahupun mana gambar pengantin ketika makan beradap, ketika berarak, ketika di pelamin etc. Kerana saya penjaga pintu depan. Dapat pergi kencing sekejap pon dah cukup bertuah rasa :D.

Kalau anda perasan, gambar2 di atas tu semua SEBELUM majlis ok. Yakni sebelum saya bertugas jadi penjaga pintu -..-. 

Nah, sapa kata pelamin kecil? gambar sekeluarga dengan nenek pon muat ok! :D

Sebelum korang tanya, nah some info on dewan kahwin: Crystal Ballroom Mines 2 Seri Kembangan. Dewan ni datang dengan pakej lengkap.

BTW, makanan caterer ni sedap sangat! saya tak puas makan sebab kena bertugas lepas tu sobs, mujur dapat tapau sikit ekeke

Tak tahu la, tapi lepas attend banyakkk kenduri dan organize kenduri2 adik beradik sendiri, saya rasa bab makanan yang paling penting. Biarla buat di dewan nak roboh pon kalau makanan sedap, insya allah semua ok. TAPI, kalau dewan grand habis, pelamin sebesar alam, meja besar nak sembang kena jerit2 pon, kalau makanan out, memang thats it lah! Wahaha

Ha lengkap dah untuk majlis kenduri. Tinggal nak sediakan sendiri door gift, kad jemputan kahwin guna whatsapp je :D dan baju pengantin. Jimat2.

Kepada yang nak sewa dewan kahwin Crystal Ballroom Mines 2 Seri Kembangan, mohon berhubung dengan:

Encik Dewan: 0139489329 atau Datin Dewan: 0193226800

Sebelum terlupa, saya nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tetamu2 yang hadir di majlis kahwin adik saya. Tanpa anda, siapalah kami. Ewah :). Terima kasseyy (bayangkan nada alleycat k)

Selamat Pengantin Baru!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: