Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 9, 2014

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum

Haritu buat projek aiskrim goreng dengan budak2. Maklumlah, kena cari recipe yang simple untuk budak2 walhal mama yang tak reti buat yang susah2. Jadi simple2 dan mampu buat macam aiskrim goreng aje la. 

Ni cara2 buat aiskrim goreng. Semuaorang pon dah tahu buat ni. Tapi bila buat dengan budak2, jadi lagi fun!

1) Sediakan bahan iaitu roti, aiskrim pilihan hati dan cawan / cup buat penekup roti. 2 keping roti = 1 aiskrim goreng = 1 orang makan. Jadi darab lah jumlah orang makan untuk mendapatkan berapa keping roti yang diperlukan. 

*Tips: Pastikan aiskrim sangat keras supaya tak mencair dan meleleh keluar malah menyusahkan ketika nak tekup dengan cawan nanti 

Ice cream tu adalah magnolia pelangi. Tak keras. Maintain cair je. Cis :((

2) Letak aiskrim di atas sekeping roti. Tekup dengan lagi sekeping roti. Pastikan aiskrim di tengah2 untuk memudahkan proses tekup-an. 
*tips: picit2 / tekan2 roti dahulu supaya mudah nak tekup dan lekat

3) Tekup cawan di tengah2 roti dan pastikan cawan tu 'serkup' aiskrim. 
*tips: guna cawan kaca lagi mudah. Walaupun kita tamak nak aiskrim banyak kan, tapi Pastikan jumlah aiskrim atas roti elok2 je supaya tak melimpah ruah.

Tekup macam ni

4) Buang serpihan2 roti yang tak berkenaan yakni di kawasan luar cawan tekupan dan yang tidak ber-aiskrim. Macam gambar bawah ni


Nak buat apa dengan ni? Ada idea tak

5) Goreng terus atau simpan dalam peti ais beku for future use ;D!
*tips: pastikan minyak dalam kuali betul2 panas sebelum masukkan aiskrim goreng sebab nak terus masak. Bukan boleh tunggu2 macam tumis bawang. Hehe

Dari kanan atas: Aiskrim goreng belum di masak (nampak berbulu sikit sebab lupa picit2 roti tu sebenarnya
Kanan bawah: Aiskrim goreng sedang di goreng 
Kiri: Siap! (ok tak kuning sangat sebab takut lama2 nanti pecah hahaha)

Nyams!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

1 comment:

nini said...

mcm sedap je ni tau