Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 10, 2014

Hajj 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah pada bulan lepas kami telah selamat menunaikan haji.

Dulu, ada sorang kawan saya yang buat haji. Dalam hati saya waktu tu, wow bestnya. Saya pon nak juga. Mesti nak!. Itu detikan pertama.

Tahun lepas saya sembang dengan rakan yang dah menunaikan haji. Katanya, sementara mak masih sihat, sementara kami masih muda dan bertenaga, sementara anak2 masih kecil dan sikit, kalau ada bajet pergi lah haji. Saya kata, kami dah register dah dengan tabung haji. Tapi queue masih panjang. Kawan saya kata, kalau bajet lebih, pergi la dengan pakej. Cepat sikit. Lagi sorang kawan kata, cuba try pakej blabla, dia kecil2an. Guna quota lain dari tabung haji. Kot2 dapat. Discussion ini membuka mata saya. Eh, mungkin boleh cuba?. Itu detikan kedua.

Saya google dan dapat contact number. Lantas email untuk quotation. Bagitahu husband, katanya mahal sangat. Tunggu je lah tabung haji. Ok. Itu cubaan pertama.

Macam2 berlaku sepanjang tahun 2013. Awal tahun 2014, tiba2 rasa macam nak pergi haji. Suarakan pada husband. Itu cubaan kedua. Alhamdulillah husband setuju. Email balik pakej untuk dapatkan quotation. Cek2 duit, ok tak apa lah berhabis untuk haji. Pendek cerita, ambil lah pakej tu. Gamble terbesar yang kami lakukan. Apatah lagi bagi husband saya kerana beliau bukan senang2 nak gamble macam tu bini dia lain la ha ha.

22 September baru betul2 confirm dapat visa. Alhamdulillah! Saya tengah meeting time tu. Terus tak boleh focus. Selama dari bulan march - 22 September, kami dalam keadaan berdebar2 dan berharap. Sebab tiada black and white. Duit dah jalan. :). Cuti minta mula dari 26hb. Flight 29hb september. Walaupun dah dapat visa, selagi tak check in, saya masih ada sedikit kekhuatiran. Bukan apa, ada juga dengar cerita orang dah sampai airport tiba2 tak boleh fly, stranded di mana2 dan macam2 lagi. Kerana belum dapat visa, tak berani nak buat kenduri. Lepas dapat visa, masa dah suntuk sangat untuk kenduri. Hanya ada beberapa hari untuk mengemas. Barang2 satu pon tak beli lagi. Hehe.

Alhamdulillah 29hb berjaya check in. Baru berani announce dan minta maaf etc.

Gambar di airport

Untuk anak2, saya dah prepare mental mereka sejak dari awal tahun. Dah dekat nak pergi haji, sarah selalu menangis setiap kali cerita pasal nak pergi haji :"). Lagi satu, oleh kerana kami pergi dengan pakej yang tak tertakluk pada terma dan syarat tabung haji, maka saya yang sedang pregnant dengan kandungan berusia 25minggu boleh lah pergi haji. Kalau ikutkan TH, tak boleh. Sebab di consider 'tak fit'. Alhamdulillah.

Kami naik saudi airlines. Sampai jeddah waktu malam. Menunggu bas dan bas tiba pada pukul 4 pagi.

Sejurus sebelum 'kalah' dan tertidur

Dekat subuh baru sampai tempat penginapan di aziziyah. Kami buat haji ifrad. Jadi selepas berehat siang hari, malam tu di bawa ke masjidil haram untuk tawaf qudum dan saie haji. Orang ramai sangat. Alhamdulillah tawaf berjaya tapi ketika saie, saya dah mula letih termengah2. Round ke 4, ada cubaan nak guna wheel chair. Tapi tak jadi sebab bayaran SR200. :D gagah kan je la alhamdulillah berjaya! Pukul 3 pagi baru sampai balik ke penginapan di aziziyah.

Muka capek pukul 2pagi. Tapi suasana masih meriah dan orang tak putus2 ramainya

Esoknya berehat dan preparation untuk wukuf di arafah. Kami bertolak ke arafah selepas zuhur pada kesokan harinya iaitu hari khamis. Alhamdulillah perjalanan mudah dan tak jem. Maka sampai di arafah dalam pukul 4 petang lebih. Sejurus lepas tu hujan rintik2 turun bagai menyambut. Masya allah.


Khemah kami

Lorong2 antara khemah2. Keadaan masih kosong sebab kami sampai awal.

Petang ambil angin

Khemah kami tiada lampu. Tumpang lampu tepi jalan untuk makan minum apa yang ada

Arafah, bumi berkah. Disini rupanya cabaran bermula untuk semua 'peserta'. Khemah kami adalah satu2nya yang tidak berlampu. Keadaan gelap dan tertutup menjemput nyamuk datang bertubi2. Kami tidur di kaki lima luar khemah kerana panas di dalam. Masalahnya, saya lena je tidur samada luar khemah atau dalam. Wahah.

Malam berbumbungkan langit dan cahaya bulan

Tengah malam itu orang dah mula sampai. Bas2 dah mula tiba secara serentak. Toilet dah mula penuh dan beratur. Saya berdoa agar tidak kerap buang air supaya tidak kena sentiasa beratur di toilet. Maklumlah, pregnant kan asyik nak ke toilet. Hu hu hu.

Hari yang dinanti2 tiba. Wukuf hari jumaat! Kemuncak haji pada hari yang mulia. Keadaan dalam khemah panas sebab lokasi khemah kami agak tersorok dan tertutup. Seboleh mungkin saya duduk luar :)

Yey! Ini breakfast dari muasasah hasil beratur dan bersabar :D

Buat port di kawasan redup di luar sementara matahari belum terik

Matahari dah mula panas kena cari port lain ;)

Tenghari sangat panas. Alhamdulillah setiap detik dimanfaatkan sehinggalah nak bergerak ke muzdalifah pada malam hari. *astaga ramainya orangg*

Wukuf di bumi arafah, seluruh jemaah haji dari seluruh dunia berkumpul pada masa yang sama. Mungkin kerana itu juga ia dikatakan kemuncak haji. Wukuf adalah aktiviti haji yang tidak dapat digantikan/diwakilkan pada orang lain. Jasad jemaah harus berada di bumi arafah pada ketika masa wukuf. Ketika itu doa adalah paling mustajab. Saat matahari terbenam adalah saat paling sayu pada hari tersebut. Special kan?

Kami bertolak ke muzdalifah selepas maghrib. Tricky sikit sistem bas dia sebab ramai sangat berebut. Jadi nak tak nak, rebutttt :DD. Sampai muzdalifah, kutip batu untuk melontar dan terus queue untuk naik bas ke mina.

Keadaan masih aman. Orang masih belum ramai. 10 minit lepas ambil gambar, dah tak ada ruang kosong langsung. Nak berjalan pon kena langkah2 orang

Hampir subuh baru kami dapat naik bas ke mina. Jadi sepanjang malam, duduk baring di muzdalifah. Alhamdulillah sampai mina solat subuh dan terus berjalan kaki ke jamrah tanpa menunggu breakfast. Jarak dalam 2-3 km ke kalau tak silap.

4 October 2014. Happy birthday husband! Celebrated @ muzdalifah - mina

Semua menuju jamrah untuk melontar pada waktu afdhal iaitu waktu dhuha

Selepas melontar, kami berjalan pulang. Dari jamrah hingga keluar, jalan kaki jarak dalam 1.5km. Ketika ini Allah masih menguji. Kami masih meneruskan berjalan kaki berkilometer2 hinggalah berjumpa bas untuk membawa kami pulang ke aziziyah. Ketika keadaan masih belum breakfast, letih wukuf, letih tidur di muzdalifah sambil beratur, jalan kaki berkilometer2 etc emosi adalah sangat fragile. Macam2 perangai orang keluar :). Alhamdulillah allah tutup keaiban saya.

Selamat hari raya aidil adha semua!

Antara area kami menunggu

Malam tu kami keluar untuk mabit pada pukul 1030. Mabit ialah bermalam at least 6 jam di kawasan mina. Jadi kami pergi pada malam dan akan balik pada keesokan harinya selepas melontar.

Malam pertama mabit. Tidur atas sejadah plastik tu. Biru saya punya. Hijau husband punya (tu pon nak cerita ke hahaha)

Menarik mabit ni. Campur segalamacam orang. Toilet tak payah ceritalah. Hehe. Nice experience. Bila lagi nak rasa tidur atas simen dan merata2 macam orang homeless kan? Alhamdulillah tempat kami tidur tak ada polis halau. 

Malam kedua orang ramai sangat. Nak cari tempat nak duduk pon susah apatahlagi nak baring. 3x juga lah kami berpindah tempat dan akhirnya settle di satu tempat yang boleh baring. Terus tertidur. Lena; regardless simen ka sakit pinggang ka kena kaki orang ka panas ka. Tak tahulah kalau ini bukti saya seorang kaki tidur yang asli :D.

Malam kedua yang penuh

Lepas subuh pergi melontar dengan gembira. Belakang tu jamrah. Rupa dia sama je samada jamrah ula wusta dan aqabah.

Dah settle saie haji, dah settle wukuf, dah settle melontar, tinggal tawaf haji. Tawaf ifadhah atau tawaf haji, ramai sangat orang. Seolah berjalan atas walkalator sebab orang tolakk je. Hu hu. Alhamdulillah selesai majority kerja haji. Tinggal umrah wajib sahaja lagi sebelum betul2 habis menunaikan haji.

Dah lenguh, terduduk lepas buat tawaf ifadhah

Keesokan malamnya kami bergerak ke hotel di masjidil haram nama Rotana; iaitu perk pada pakej ini. Hotel bawah menara jam tuu :). Alhamdulillah alhamdulillah!

5 orang sebilik di aziziyah

2 orang sebilik di hotel rayhaan by rotana :)

View dari tingkap hotel

Duduk di aziziyah pada mata kasar nampak macam tak best. Tapi bagi saya ok je dua2. Ada pro and cons. Cuma katil, of courselaa lagi sedap katil di hotel kan. Tilam lembut, bantal 2 sorang. Kurang lah sakit2 pinggang dan belakang ibu mengandung ni :D.

Selfie di lobby hotel sementara menunggu semuaorang turun untuk miqat di tanaem untuk umrah wajib

Selepas ambil miqat, kami terus tawaf. Kami sempat habis tawaf sebelum zuhur dan berhenti solat zuhur sebelum meneruskan dengan saie. Dan untuk solat depan kaabah, berebut sangat. Jadi kami duduk di kawasan tak berapa nak ada orang sangat lagi iaitu betul2 tepat bawah matahari. Terik nya ya ampun. Tunggu zuhur sambil2 men'tanned' kan muka. Hu hu lepas tu muka terus burn.

Habis tawaf. Terik. Jom berjemur! :D

Habis saie terlepek di safa marwa bagi kurang lenguh kaki. Dengan itu habislah pekerjaan haji kami. yey! TAKBIR!

Alhamdulillah, kami habis menunaikan haji pada hari khamis, 9 october 2014; while i am still 29 years old.

10 October 2014, Friday, i turned 30. Celebrated @ haram, upon hajj, on the best day of the week. Happy birthday to me!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

6 comments:

Blog Kakak said...

Moga dapat haji mambrur, Nurul Iman dan suami.

Akak jeles sangat awak dpt haji diusia muda.

nak pergi juga. Moga Allah jemput.

nurul iman said...

Amin kaklaila. Moga dijemput ketika sihat dan pada masa terbaik!

nurul iman said...

*Edited. Saya betulkan date fly dari sini dari october kepada september. Terima kasih pada yang menegur :)

Lela Hanany said...

Salam nurul iman..
Sy dpt tawaran haji bg rayuan tahun ni tp bru mggu lps tahu sy mengandung 5weeks.. Terus thought block.. Xtau nk buat ape sbb hati nk sgt ikut suami pergi haji tahun ni nak2 pulak tabung haji dah lpskan.. Sedih xterkata.. Tp rezeki anak Allah jg yg beri.. Sy nk ty kalau pregnant 34weeks diorg lps x pergi utk yg mcm nurul iman pergi ni? Berapa harga nya ye? Dan macam mana nk apply? Kene pergi tabung haji ke?

nurul iman said...

Salam. TH memang tak bagi pregnant lady pergi. Nanti diaorang akan buat medical chekcup untuk tau health dan untuk saring yang pregnant dengan tidak. Yang saya pergi ni ikut swasta. Tak lalu TH

Natasya Puri said...

Assalamualaikum sis. Alhamdulillah sis dpt menunaikan haji di usia muda. Boleh sis berkongsi pakej haji swasta yang mana sis ambil? Sy berminat untuk mengambil pakej haji swasta tanpa melalui TH. Jika tidak keberatan email kpd sy di natasyahjpuri@gmail.com terima kasih atas perkongsian.