Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 22, 2015

Siem Reap, Cambodia

Assalamualaikum

Sebelum puasa haritu kami pergi ke Siem Reap Cambodia for a short gateway. Kami pergi 4 hari 3 malam. Naik MAS sebab harga tiket MAS lebih kurang dengan AirAsia. Baik ambil MAS kan :D Koman2 dapat masuk golden lounge (blog inspired sangat).

Lama dah tak fly since pregnant dulu. Jadi ini merupakan Yasir's first flight!. Kawan saya pergi Siem Reap seminggu sebelum kami pergi. Dia kata tengah panas. Jadi cuaca panas sangat!

Tak sangka dapat ni untuk makanan Yasir dalam flight. Dulu time Hasan baby, tak dapat ni. Mungkin time tu Hasa baby sangat kot. Baru 3 bulan. Anyhow, kudos MAS!

Time kami landed, siem reap baru lepas hujan. Saya sangka sejuk la sikit, rupanya keluar je flight dah terasa bahang panas. 

Kami ambil pakej hotel + free breakfast+ free shuttle service pegi balik dari airport-hotel. Jadi keluar je ada orang sambut. Memang panas! Dalam kereta dia bagi cold towel yang betul2 beku punya bukan macam takat tisu basah yang biasa kita dapat kat flight untuk basuh muka tu hahaha. Lepas tu free mineral water. Basically, dalam kereta tu ada bekas cooler untuk isi towel muka beku, air mineral & coke sejuk!

Selfie kejap dalam van sementara tunggu porter letak bag

Orang sini guna bahasa khmer. Left hand drive. Yang best, 1 line untuk kenderaan, dan sebelah ada 1 line untuk tuktuk / motor. Line tuktuk lagi besar dari line untuk kenderaan. 

Kami ambil family room. Ada 1 king dan 2 singles.

King dia besar! Super king kot. Dan tinggi. Yasir diletak sebagai benchmark

Bahagian lagi satu ada 2 singles.

Toilet ada 2. Both ada bath tub dan shower. Hah bayangkan besar tak besar bilik tu. Tiap petang dapat minum petang i.e. kuih muih. Welcoming food ialah mangga (atas meja tu nampak tak?) yang manis sangat!. Bottled water dan dalam fridge ialah percuma. Bukan macam hotel2 yang semua benda nak charge. Tapi dalam fridge tu ada coke dan beer je la. :D. Bottled water replenish everyday 4 bottle. Dalam fridge ada lgai 4 botol. Eh dah macam promoter hotel pulak

Petang tu pergi jalan2 sekitar hotel je. Bandar tak besar pon. Dalam pukul 5 lebih, bahang panas macam pukul 3ptg. Berpeluh2. 

Kedai sini banyak jual buaya. Haiwan ternakan setiap keluarga ke apa tak tahu lah. Tapi memang banyak kedai yang jual stuffed crocodile, bag kulit buaya, kulit ular, tali pinggang dan kasut. Semua yang ada kena mengena dengan buaya diaorang convert jadi survenir. Horror sangat sebab buaya tu macam raw sangat dan jadi bag! Saya terfikir, ada beza ke buaya bag Hermes dengan yang ni? Baik cambodia import buaya je. Ehh

Ni antara cara jualan buaya. Dari makbapak sampai cucu cicit buaya ada. Buaya yang betul diaorang stuffed kan jadi patung macamtu. 
p/s: Nampaknya kanak2 dari Malaysia sangat impress dengan buaya tersebut LOL

Esoknya kami ambil hotel punya 1 day tour + tour guide + van beraircond untuk ke angkorwat etc. Total USD70. Kami gerak pukul 8 pagi. Lagi pon tak boleh lambat2 sebab nanti panas terik susah nak jalan. Tapi actually pukul 8 tu cerah dia dah macam pukul 10 pagi sini je. Jadi tak la rasa awal sangat.  

Entrance tiket USD20, siap gambar! kellass

Kami pergi angkot thom, ta phrom, elephant terrace dan baphoun etc dulu. Sebenarnya dulu ini ialah satu kerajaan. Campuran hindu dan buddhist. Apparently, raja yang memerintah tu (sorry i lupa nama. Panas sangat tak boleh nak concentrate hahaha) beragama buddha, tapi with due respect to parents dia yang time tu hindu, jadi dia combine both duduk dalam satu kawasan maka terjadi lah percampuran tuhan, decoration apa segala. Macam, satu kawasan untuk hindu, ni tuhan hindu, yang sana pula buddha, kepala tuhan buddha etc apa2aje lah!. 

Yang saya impress adalah binaan dan kehebatan kerajaan mereka time tu. Bayangkan kerajaan tu mula pada zaman 800 AD okeh. Lepas tu hilang. Lepas tu jumpa balik. Now dah fall under UNESCO. Kira, harta bersama la. Eh!

Kalau macam ni belajar sejarah dulu time sekolah kan best ;)

Tengah2 batu2 tiba2 nampak orang berpakaian warna warni. Mestila tempted nak ambil gambar kan. Rupanya kena caj USD1 untuk ambil gambar ni. Sabar je Sarah dan Ahmad tak nak bergambar sekali. Husband saya tak nak bergambar. Scam katenye. Jadi, bini dia yang senang kena tipu bab2 ni je lah yang naik bergambar dan bayo USD1

Ini kreativiti tourist guide. Kiranya, kitaorang ada lah gambar ni sorang satu. Haha! Yelah tourist guide dah datang sini hari2, dah tau spot mana nak ambil gambar, spot mana cantik, jalan mana teduh, pukul berapa tak ramai orang etc

Ini Elephant terrace. Tu belalai gajah la. Saya mula2 ingatkan dapat tengok gajah betul. Rupanya batu

Belakang kami tu elephant terrace. Semua gambar gajah tersusun dengan keadaan bersedia. Nak gambarkan kegagahan. Cewah gitula yang tourist guide tu cerita. Ending wall tu is gambar belalai gajah di atas tu

Tak clear sangat tapi sebenarnya, belah kiri jalan ni yang batu tu ialah line of gods tengah pegang badan ular panjang. Then ending dia nanti kepala singa. Opposite jalan pula ialah yang sama tapi bukan gods, tapi syaitans yang pegang badan ular panjang dan ending kepala singa. Ha gittew. Dia macam keadaan orang2 time main tarik tali. Kan ramai2 pegang tali yang sama kan. Ha, gantikan orang jadi gods or syaitons; dan tali jadi ular. Dan simpul tali jadi kepala singa. Wahaha

Oh dan kepala2 gods or syaitoon ni selalu orang curi. Batu pon selalu orang curi. Berkat kata nya kalau letak dalam rumah. Maklumlah 'tanah suci'. Dah kepala syaiton pon orang curi kenapa? kepala tuhan je dah la. Huhuh. Jadi kerajaan kena letak pak gad untuk jaga kepala2 tuhan dan syaitan ni. huhu

Maaf saja2 je tudung pink tu berlakon agah Yasir depan temple. 

Time ni sebenarnya dah berpeluh sangat! Percaya atau tak, baru pukul 10 lebih je ketika tu. Dan untuk yang bawa anak kecil, elok sangat la ambil kenderaan ber aircond. At least sempat sejukkan ketiak ketika nak pergi dari satu tempat ke satu tempat ke nak menyusu ke.

Angkor ni bermaksud "city" yakni bandar. Jadi korang bayangkan la size dia. Jalan kaki. Van berhenti di point A, dan pickup di point B. Antara point A dan B, mohon jalan sekian trimas!

Unik gambar ni ialah pokok tumbuh atas batu2. Tu akar pokok melilit batu2 pasir tuh. Ok binaan angkor ini ialah batu pasir. Masya allah pokok je boleh belit sampai macam ni. Punya lama nya binaan ni!. Pokok area ni banyak pokok jati. Selamba je pokok jati hidup subur macam pokok kelapa kat Malaysia. Diaorang buat tak heran pon. Jati malaysia punya lah mahal!
p/s: Nampak kuasa allah kan? pokok je pon boleh belit selamba macam ni. Tak tertebang sebab pokok banyak sangat

Ni lagi satu pokok atas binaan. Note that 2 budak dan berdokong Yasir memang sentiasa dokong la kan

Ni lagi dan lagi. Banyak! More or less, macam ni bangunan dia (yang belum restore la). Batu2 tu semua ada tanda dan kiraan bilangan.

This is a cool picture. Nampak tak muka patung celah pokok tu? hehe. Akar pokok cover tapi tiba2 ada selit muka patung kecik. Bahagian atas. Nampak tak??

The most famous place. Scene tom rider lakonan angelina jolie. Ha ha

Gambar tak memberansangkan sebab tengah dokong budak dan dah letih sangat!. Actually sarah 'masuk' dalam pokok. Itu memang celahan 1 batang pokok. Besar kan?

By this time, dah penat sangat. Sebab panas. Like..balik rehat dan lunch je boleh tak? :D Dengan itu kami tamatkan tour dengan rela hati missed out bahagian temple kecil2 (apa barangg) dan pergi lunch. Nak lunch satu hal sebab tour guide tak tahu kedai muslim. Last2 pergi kedai india, yang ada tulis sign "HALAL" tapi dalam tu ada tokong. Ahh! Time tu baru pukul 1130 ok. Tapi matahari tepat atas kepala. 

Tourist guide kena dokong Ahmad sebab dia dah letih jalan ha ha ha

Pukul 330 kami keluar balik untuk ke Angkor wat. Ikut hati dah malas nak pergi. Tapi, kalau tak pergi angkor wat serupa tak pergi Siem Reap kan kan kan. Jadi gagah la juga. 

Masya allah besar dan jauh nya rupanya Encik Angkor Wat ni. Macam saujana mata memandang je rasa. Berat lagi bahu memikul ehhh :D

Nah. Sebiru2 langit dan seputih2 awan seketul2.

Kalau tak berpayung, panass. Tengok Ahmad bawa topi buatan sendiri dari hotel :D

Halfway dan sampai to main gate, kami berteduh dalam bangunan ni. Sayupp je nampak angkorwat tu.

Another 2/3 of journey to go

Sampai di famous spot for taking picture i.e. with reflection in the water. Masya allah a very beautiful scenery. Betul tak tipu. Berbaloi tiap titis peluh :D 

Dan ini dah sampai di perkarangan Angkor Wat! Penat. Tengok dah beli topi dah sebab panas sangat.

Dalam angkor wat, ini adalah pool yang digunakan untuk takung air ketika hari hujan (i didnt know siem reap got so much rain sampai boleh bertakung macam ni, considering musim panas dia sangat panass kan).




Basically gambar2 tu ialah dalam angkorwat la. Banyak lagi. Sorry lah time ni saya dah tak focus dah tour guide tu cerita apa silap2 korang pon dah tak focus baca panjang sangat. Rasa nak tercabut dah kaki tangan. Dok focus bagi jangan terlepas Yasir je :D. And apparently tiap benda dan tempat pon ada cerita dan history. Tourguide tu tanya kami nak panjat ke atas tak, tapi budak2 advisable tak naik tunggu bawah je sebab steep. Jawapannya memang tak lah kan. Hahaha. At least dulu time panjat great wall of china, udara sejuk. Ini memang sah2 bahang bak angg

Next day kami free & easy. Budak2 pon bising nak masuk swimming pool. Kalau nak pergi pool je tak payah jauh2. KL pon ada. Tapi layan aje lahh. 

Pool kosong best! Cuaca punyala panas air pool rasa suam2 je. Tak jerit langsung Yasir masuk mandi. Kami naik sebab rasa kulit macam sun burn bila matahari naik. Hu hu

Tuktuk ride~ pergi kedai makan muslim. Kami google nampak kedai nama "makan-makan" tapi bila pusing2 cari, tak jumpa. Last2 tuktuk tu bawa pergi kedai yang dia tau. Masuk celah kampung. Ada perkampungan muslim rupanya.

Ni details kedainya kalau anda nak pergi

Air bandung cambodia?

Lepas beberapa hari makan makanan India, nasi goreng is veryy tempting tulis tengah puasa pon meleleh gak ni

Nampak masjid dan orang tengah solat jumaat #tourist #musafir hihi

Oklah sampai situ je gateaway kali ini. Dah letih tulis. Berhari2 berminggu2 dari belum puasa sampai dah puasa mujur tak raya je lagi post ni dalam draft. Gambar pon banyak sebab cantik2. Maklumlah..cuaca terang lagi bahang. Kehkehkeh.

BTW ketika di imegresen, pergi dan balik kami kena 'suap' imegresen. Waktu sampai, kami bagi duit ringgit. Tup2 time nak keluar, officer lagi cekap. Dia siap specify nak USD20. Amboi. Kami bagi USD10 je dengan alasan standard; duit dah habis. 

Good bye Cambodia! :)


No comments: