Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 11, 2016

Misteri Towel

Assalamualaikum

Kalau ikut calendar cina, tahun ni tahun monyet. Tahun ini bermula dari chinese new year lah. Banyak status facebook kata jalan clear sebab ramai cuti. Well, permulaan kami lain. Macam2 issue pula timbul ketika CNY nih. Tak apa, we need to be positive in the eyes of the storm. Gituh. Anyhow, to enlighten the mood, saya nak cerita misteri kisah towel. 

Mesti semua orang tau kan rak sangkut towel kayu yang ada 4 batang line tuh? kisahnya saya letak rak tu dalam bilik budak2. Jadi, budak2 akan sangkut 3 towel di situ. Towel Sarah, towel Ahmad dan towel Hasan. 

Saya memang pantang sikit tak sidai towel ni kalau lepas mandi. Lagi2 kalau bertebaran towel kat mana2. Eee memang bikin my blood go upstairs and boiling. Gituh. So, everytime lepas mandi saya akan remind budak2 untuk jemur towel. Kalau towel Hasan saya akan sidai kan sebab dia tak sampai sangat ke dalam2 tu. Tapi Ahmad dan Sarah memang sidai sendiri. 

Alkisah, kebanyakan kali saya nampak towel Sarah jatuh, tak pon atas katil atau merata2 berdekatan rak towel tapi BUKAN tersidai pada tempatnya. Maka beranglah ibunda. Dan bila tanya, Sarah akan habis2an kata dia dah sidai. Tapi mama dia fact over emotion kan. So the fact is towel dia tak ada di penyidai. 

Masalahnya ialah kerap betul jadi macam tu. Misteri sungguh. Sampai satu hari saya perasan Sarah mandi first. Then Ahmad last. Logicnya, mesti lah towel Sarah dah lama tersidai kan. Tup2, saya nampak towel Sarah jatuh lagi. Hai...

Jadi saya tanya Ahmad. 
"Ahmad jatuhkan towel kakak ke?"
Ahmad nak sidai kat depan
"Kalau kakak dah sidai kat depan dulu, Ahmad jatuh kan ke?"
Ahmad nak sidai kat depan Ahmad tak nak apape ada kat depan tu. Ahmad tak jatuhkan. Ahmad letak atas katil.

Hukaloh. Hu hu

Duh..misteri selesai. Si Ahmad le yang rajin betul 'menurun'kan towel kakak dia sebab nak rebut sidai depan sekali. Bertuah punya budak. Haha


Februari, 2016
Sekian

No comments: