Sejak dua menjak lepas ada bibik ni, ahmad dan hasan duduk di rumah. Rasanya diaornag pon boring. Yelah dulu di nursery penuh aktiviti. Kalau tak penuh pon, ada la ramai2 kawan kan. Ni berkawan dua orang je dengan bibik. Kesian. Huhu
Tanya ahmad, dia nak buat apa waktu siang2. Dia jawap nak "cat cat". Nak cat tu maksudnya nak main watercolor lah. Jadi last weekend belikan watercolor buncho, berus dan drawing block. Tak sempat2, malam tu juga nak main. Ok. Layan.
Sarah tukang lukis gambar untuk di "water-color'"kan. Gambar sarah kucing, gambar ahmad kucing dan gambar hasan bas sekolah (tengok kat tangan kiri hasan pon pegang bas jugak -_-)
Ni hasilnya! boleh teka who's who kan. "Apa jadi kat kucing ahmad?" "Ni kucing ahmad terbakar" -________-
Ni pula projek kedua. Mesti tak boleh teka who's who. Sebab banyak campur tangan mama. Hahaha
Anyway, diaornag enjoy sangat! rasanya kalau jadi suri rumah, sure banyak boleh buat aktiviti macam ni kan. Quality time with kids!
Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)
3 comments:
Adoiii lawak la ayat ahmad pasal liking kucing dia tue..hehehe
Teringin gak nak mengecat ngan anak hehehe
Mrs Secretary: hahaha. dia memangg
mysha: cat la. hassle sikit tapi tak la lama sgt. tapi lepas tu nanti diaorang nak buat lagi..dan lagi..dan lagi..-___-
Post a Comment