Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 8, 2012

Energizing Soy Protein (ESP)

Salam.

Agak terlambat entry saya tentang Energizing Soy Protien, dalam singkat ESP, yang juga merupakan antara produk terlaris Shaklee. 

Sedikit latar belakang tentang ESP. ESP di hasilkan di awal 70-an oleh Dr Shaklee. ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang sangat tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan Shaklee adalah non-GMO. Non-GMO adalah non-Genetically Modified Organism. Ia di process pada kadar suhu yang rendah. Kacang soya non-GMO ini telah dihasilkan dibawah pantauan Identity Preservation Programme (IPP), dimana kacang soya dipantau dari seawal tanaman hingga akhir proses. Anda perlu mengetahui perbezaan kacang soya GMO dan non-GMO. 
Antara kebaikan ESP ini adalah:
  • Membekalkan tenaga. 1 canister 1 kg ESP dibuat daripada 30kg kacang soya dan ia adalah energy booster segara yang boleh bertahan selama berjam-jam
  • Melawan rasa lapar. Sesuai dijadikan snek harian untuk mereka yang berdiet. Sesuai diambil semasa sahur untuk yang berpuasa.
  • Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  • Membantu, menggalak, memekat dan menambah kualiti susu ibu. Bayi akan cepat kenyang selepas menyusu.
  • Untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat dan cantik. Membantu mengurangkan masalah rambut gugur, kulit berparut dan berpigmentasi. Asid amino yang terdapat dalam protein soya membantu membina tisu-tisu baru dan menggantikan tisu-tisu yang rosak.
  • Membantu membina sistem imunisasi badan dan fungsi hati, prostat dan payudara.
  • Membaikpulih dan membina tisu otot yang rosak ketika bersenam. Menjadi pilihan ramai atlit Olimpik diseluruh dunia
  • Membina otot buat mereka yang sedang berdiet. Penurunan berat badan dan pembakaran lemak badan yang drastik boleh membuatkan otot badan kelihatan lembik dan menggelebeh. 

Apakah keistimewaan protein drink Shaklee berbanding jenama lain di pasaran?

  1. Telah menjalani ujian klinikal yang ketat lebih daripada 50 tahun dan telah diiktiraf di seluruh dunia. Bahan dan proses pembuatannya terbukti halal untuk penggunaan mereka yang beragama Islam. 
  2. Dibuat hanya dari kacang soya terbaik yang ditanam secara organik dan tidak di ubahsuai secara genetik (non-GMO). Kebanyakan syarikat pengeluar protein drink menggunakan soya yang dimodifikasi secara genetik untuk menjimatkan kos kerana ia lebih murah untuk dihasilkan. Toksin dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan. 
  3. Mengandungi semua jenis asid amino penting termasuk 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  4. Bebas kolesterol dan mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana ESP dibuat daripada protein tumbuhan, bukan protein haiwan. Protein kacang soya adalah 2x lebih dari daging, 4x lebih dari telur dan 12x lebih dari susu.
  5. Kacang soya mentah mengandungi bahan anti-growth dan anti-tyrosine. Sebab itu soya dikatakan tidak sesuai dan memberi kesan negatif untuk golongan tertentu. Tetapi untuk ESP Shaklee, 2 jenis bahan merbahaya itu telah disingkirkan ketika proses pembuatannya.
  6. Proses pembuatan yang bermutu. Sesetengah produk protein diproses mengguakan alkohol yang akan memusnahkan kandungan isoflavones dalam soya. Shaklee protein diproses secara waterwashed dan pada suhu yang rendah kerana asid amino dan isoflavones adalah sensitif dan akan musnah pada suhu tinggi. isoflavones membantu meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan kelenjar prostat.
  7. Terdapat penambahan 5 jenis vitamin B, kalsium dan isoflavones untuk tenaga. Kajian melaporkan serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Maka kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu.

ESP terbukti selamat digunakan oleh semua golongan termasuk wanita mengandung dan ibu menyusu. Cubalah ESP dari Golden Lounge hari ini!

Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

No comments: