Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 8, 2012

Ajaib Basic H Shaklee

Assalamualaykum

Saya amat terpanggil untuk membuat entry pada malam ini kerana teruja akan perkara dibawah. Kali ini kita biarkan gambar bercerita. 


Ini adalah keadaan puting botol susu anak saya yang berumur 5 tahun. Perhatikan putih-putih pada keliling puting. Saya tidak tahu tentang anda, tetapi walaupun direbus dan disental, saya tidak berjaya menghilangkan putih-putih tersebut. Biasanya, ketika ini terjadi, saya akan membuang puting tersebut dan menukar dengan yang baru. Puting ini juga bakal menerima nasib yang sama jika 'magic' dibawah tidak berlaku..


Puting tersebut telah dibasuh menggunakan setitis dari 'Basic H' Shaklee. Lihatlah perbezaan dan keberkesanannya. Ternyata berkesan!

Basic H adalah pencuci biodegradable dan tidak toksik. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Sudah lebih 50 tahun berada dipasaran. Basic H tidak bertoksik, tiada gas beracun, tiada bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, pH seimbang dan tiada klorin.

Basic H boleh digunakan untuk mencuci pinggan, lantai, menghilangkan kotoran minyak didapur anda, daki toilet, grease kereta, mencuci sinki tersumbat dan membasuh sayur dan buah. Anda boleh lihat sayuran yang layu segar kembali. 

Ada juga pengguna yang menggunakan Basic H untuk tuam anak-anak yang demam. Ini kerana Basic H menyerap haba 3x ganda berbanding air biasa. 


Botol bersaiz kecil, saya agak skeptikal ketika mula-mula mahu mencubanya. Tetapi kerana mahukan yang organic, saya cuba juga. Nah buktinya terang lagi jelas. Anda beruntung kerana bukti telah tersedia depan mata. Bukankah anda mahukan yang terbaik dan selamat untuk keluarga tersayang? Dapatkan dari Golden Lounge. Selamat mencuba!


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com

No comments: