Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 18, 2012

Peppermint Ginger Plus

Saya memang semulajadi banyak angin. Begitu juga adik saya. Kadang- kadang, kami berlawan-lawan sendawa kuat-kuat dan setelah itu ketawa berderai. Namun, berbeza dengan adik saya, saya amat payah mengeluarkan angin. Jika orang kata gosok di bahagian dada anda akan sendawa, ia tidak menjadi pada saya. Begitu juga teori gosok belakang, makan asam halia etc. Jadi setiap kali pengeluaran angin berlaku, ia adalah nikmat bagi saya :). 
Saya terjumpa peppermint ginger plus ini setelah membelek-belek list produk shaklee. Peppermint ginger plus terdiri daripada 4 herba dari barat dan timur. Secara klinikalnya, ia sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa (hehe) dan penghadaman. 

Peppermint ginger plus ini terdiri daripada 4 bahan iaitu pudina, halia, fennal dan anise. Peppermint ginger plus ini dapat membantu dalam:
  • melegakan senak perut
  • membantu penghadaman
  • mabuk laut/darat
  • melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • melegakan sakit period
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung
  • membuang angin dalam badan
  • menyamankan perut
Peppermint ginger plus juga sesuai diambil oleh ibu mengandung yang mempunyai morning sickness yang teruk. Ternyata ia berkesan pada saya. Anda bagaimana?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com