Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 15, 2012

Batuk Selesema Lagi

Assalamualaikum

Nak kongsi tentang nutriferon, mealshake dan selesema batuk anak2 (lagi :))

Jumaat
Ahmad (anak kedua saya berumur 2tahun stgh) dijangkiti batuk. Kemudian selesema. Biasalah batuk dan selesema memang adik beradik. Batuk kuat dan selesema. Saya dah mula risau, biasalah kan..ibu. Lagipun saya takut batuk Ahmad berjangkit pada Hasan (anak ketiga saya berumur 6 bulan).

Sabtu
Sabtu pagi saya campurkan sedikit mealshake dalam susu Ahmad. Batuk kuat lagi dengan bunyi kahak. Selesema juga meleleh2. Ini takboleh jadi. Sabtu malam saya campurkan nutriferon sahaja (kerana mealshake telah diberi tadi pagi) dalam susu ahmad. 

Ahad 
Ahmad masih batuk selesema lagi. Ahad juga saya dijangkiti. Terasa sakit kepala dan seperti mahu demam. Saya risau berjangkit pada hasan. Ahad malam saya sendiri makan nutriferon setengah peket campur dengan ESP. Sekali lagi saya juga mencampurkan nutriferon dan mealshake kedalam susu ahmad. 

Isnin
Batuk ahmad mula berkurang, selesema juga mula kering. Saya masih tetap sakit kepala. Pagi itu saya makan sepeket nutriferon + mealshake + ESP. Sekali sakitt sangat kepala pagi tu hingga seharian. Malam saya tidur..esoknya.

Selasa
Alhamdulillah..macam tiada apa2 berlaku. Sihat sesihatnya. Ahmad juga baik alhamdulillah 90% pada hari yang sama. 

Orang tanya kenapa bagi nutriferon dan mealshake. Jawapan saya, mealshake mengandungi vitamin2 dan nutriferon menguatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah kesyukuran dikembalikan pada Allah diatas kesembuhan. Betul2 bersyukur di atas kesembuhan dan kesihatan yang diberikan. Nutriferon dan mealshake hanyalah alatbantu, ikhtiar dan usaha. Tapi hakikat kesembuhan dan kesihatan adalah atas kuasa dan ihsan Allah. Saya benar2 mohon padaNya agar dikurniakan kesihatan yang baik bagi kami sekeluarga. Kesihatan juga adalah rezeki yang sering dipandang enteng oleh banyak orang. Sungguhpun medical kami covered by company, yakni tidak memerlukan pengeluaran duit yang banyak untuk medical (sekiranya terjadi apa2), namun saya tetap berharap agar diberi kesihatan yang baik.

Benar, orang yang sihat adalah orang yang kuat. Orang yang kuat, boleh memberi banyak manfaat pada orang lain. Saya pilih untuk sihat dan berharap agar dapat memberi manfaat banyak pada orang lain. Anda?


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com