Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 5, 2013

Saya dan Supplement

Assalamualaikum

Dah lama saya nak share ni. Tapi tak tertulis. Ramai kawan2 pelik sejak bila saya health conscious nih? Sejak bila makan supplement? bia benar budak ni buang tabiat kah?

Kesahnya saya memang sejenis manusia yang tak begitu jaga makan. Memang dari dulu. Tak sukalah nak sebok2 cari makanan berkhasiat. Apatah lagi tiada sangat la masalah gemuk berlebihan dan sentiasa bertenaga. Bajet muda lagi kan. Lagi horror saya memang semulajadi sweet tooth. Oh suka desert, suka gula2, suka air manis, suka coklat, etc. Saya jarang minum air kosong. I go for colours. I like colors. Contoh: air mesti air kaler ie bandung, teh tarik yang susunya banyak, milo pekat, neslo, honeydew yang kale hijau muda tu. Lauk pon saya suka kaler. Nasi mesti pilih kuah kuning, or kicap supaya hitam, or masak merah..semua akan mewarnai pinggan saya. 

Tabiat ni memang terbawa2 sampai besar. Old habits die hard no? Masuk kerja, jumpa ramai orang. Ada yang dah berumur, ada yang masih pertengahan dan ada yang muda. Kadang2 tengah buat milo, datangla senior citizen, cerita pasal keburukan gula putih dan kebaikan gula perang. Wah saya terpengaruh lantas menukar gula dirumah menjadi perang. Tapi tak sedap. Kemudian pula, ada kawan yang begitu health conscious. Gula hanya sesudu kecil. Eh..susah tu. Tawar air saya. Ada juga seorang kakak yang lebih tua dari saya, yang teh susu nya amat saya gemari. Selalu minta beliau buatkan dengan pesanan "kasi manis tau, susu banyak sket". Wahwah 
Dan maaacam2 lagi jenis orang yang saya jumpa. Tapi, ada aku kesah?

Ketika mengandung anak ketiga, tabiat masih tdak dibuang. Makan sekuat hati. Tak kesah sangat manis2 sebab buat ujian kencing manis, takde. He he. Kalau beli cendol, selalu minta gula banyak. Kalau beli ice blended, suka minta caramel lebih. Kalau beli waffle, minta coklat disiram atas waffle. 

Turning point bermula ketika dalam pantang, dimana nasib saya tiada bibik mahupun tidak mengambil confinement nanny kerana harganya yang mahal. Lantas bersama 2 orang lagi anak, saya tidak boleh berpantang sangat. Ini dalam erti kata, banyak berjalan, basuh pinggan, sapu sampah etc. Kan orang tua2 kata tak elok main air ketika dalam pantang? lagi jangan banyak berjalan2? dan jangan sapu sampah kerana takut bentan. Wah semua saya langgar dengan jayanya. Dalam hati terdetik kerisauan. Saya memang percaya kata orang tua2, pantang harus dijaga untuk kesihatan masa tua. Perempuan ni leceh. Macam2 nak kena jaga. 

Nak jadi cerita, tak berapa hari pon selalu sakit urat dan pinggang. Mungkin kerana menyusu. Mungkin kerana postur tidak betul, mungkin kerana kerap dokong baby, mungkin mungkin mungkin. Mak saya kata.."apalah..muda2 lagi dah sakit macam2". Ok fine. Saya cuak. He he. Saya tahu ketika umur menginjak 30, memang macam2. Kalau takpercaya, anda tengokla nanti. Jadi free time saya surf. Cari supplement2, siap nak beli alat exercise untuk sihat. Ha ha. Lalu saya tertarik dengan shaklee. Tambahan pula tengok2, eh ada peluang buat business. Memang jive dengan jiwa. Saya pon try lah. Produk pertama yang saya beli ialah ESP. Hehe. 

And the rest is history. 

Jadi itu cerita saya. Cerita kenapa saya start health conscious dan makan supplement. Mungkin sebab saya beranak 3x lantas macam2 hal. Kalau anda tak beranak atau beranak sekali je, mungkin badan anda kuat lagi. 

Ada juga yang kata mereka bergantung pada makanan seimbang. Ya, memang kesihatan memerlukan 3 perkara: makanan seimbang, exercise dan makanan tambahan (supplement). Bukan saya makan supplement je dan tidak makan benda lain. Hehe. Balance out lah. Lagi pun banyak pencemaran sekarang dari segi sayur, ayam mahupun ikan. Cuba anda tengok, produk organik lagi mahal kan dari produk biasa? ha kenapa? cari sendiri. 

Ok, saya tengah berfikir2 nak enroll gym. Wah kellas kau! Mestilah kan. Kata dah makin tua :)

p/s: Ni gambar anak saya no 3. Baby shaklee. he he. Namanya Hasan. 




Golden Lounge 
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com