Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 3, 2013

Hasan dan Demam Combo


Assalamualaikum 

Sunyi sepi blog ni. Saya teramat sibuk sekarang. Memang anda nampak facebook saya selalu update seolah tiada apa berlaku. Update facebook mudah saja. Saya jarang scroll kebawah2. Apa yang keluar dalam newsfeed aje. Jadi minta maaf kalau saya tak terupdated pasal siapa2. Jangan la marah :)


Minggu ini saja sarah dan ahmad demam combo. Hasan batuk selesema. Dengan suami tiada, budak2 semua merengek dan buat perangai ketika saya balik kerja. Wah dan demand kerja makin melampau sekarang. Kesian budak2 bila saya balik lambat, tambahan lagi demam. Sarah dah banyak kali tanya bila mama nak cuti. Dan hampir setiap pagi akan cakap, mama balik la awal hari ni. Sobss!! 

Sarah pernah kata, mama ambil la sarah balik sekolah. Wah, memang sadis. Nenek saya kata budak2 ni demam rindu. Rindu ayah mereka yang lama tak jumpa. 4 hari sarah tak ke sekolah. Lepas 3 hari, alhamdulillah ahmad sihat, cuma tinggal sisa selesema sikit. Sarah agak berlarutan demam. Tapi hari ini, nampak sihat sikit. Cuma selesema agak teruk sumbat hidung menyebabkan dia susah makan dan perut masuk angin. Hehe memang berangkai2. Dan saya? alhamdulillah, 'demam rindu' tak menjangkiti saya. Setakat bangun malan dan tak cukup tidur, dah memang rutin bertahun2 :)

Yang ajaib saya nak cerita ialah hasan. Hasan memang batuk sikit dan selesema. Selesema tu menjadikan dia agak cranky sebab tak dapat menyusu lama kan. Hidung tersumbat. Saya syak dia akan demam sebab kakak abang tengah demam dengan hebat. Tapi ajaib dan bersyukur bila hasan tak demam langsung. Surut selesema, alhamdulillah dia pon ok. Wah, bibik pon impress. Haa, saya rasa sebab dia menyusu badan lah. Saya makan nutriferon haritu. He he kantoi 'pakai' perisai. Sebab saya tahu nutriferon increase antibodi saya dan antibodi adalah antara komponen dalam susu ibu yang ditransfer pada bayi. Saya takde lah kaji betul2, tapi tau lah juga. Jadi, samada susu saya memang semulajadi hebat, atau enhancement nutriferon tu bertindak dengan jayanya. Mana2 pon, ia memberi konklusi bahawa susu ibu adalah terbaik. Dan teori susu ibu increase antibodi adalah betul. Teori susu ibu adalah yang terbaik buat bayi juga adalah betul.

Jadi untuk anda diluar sana, kalau boleh, susukan anak anda hingga 2 tahun. Buat lah apa terdaya untuk menyusukan anak anda. Yang terbaik akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik untuk yang terbaik. :)


Alhamdulillah semua pon ok. Cuma saya macam nak pengsan jaga orang demam serentak. Badan sendiri dah macam zombi. Time zone lari dah. Apa apa pon, Alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjaga ketiga2 amanah besar ini. DI saat2 macam ini memang nampak bertapa kesihatan diri sendiri amat penting. 

p/s: Taknak lah susah2 jaga anak sampai diri sendiri pon huru hara tunggang terbalik, sakit2, muka kusam tua dari usia, tulang reput, blabla


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com