Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 3, 2013

Yang Penting itu Berkat

Assalamualaikum

Saya beli barang atas dasar quality. Bukan semata pada harga murah. Biasanya with quality comes price. Saya banyak nampak barang murah, tapi tak berkualiti. Saya juga sanggup bayar mahal sedikit untuk barang yang mahal semata2 untuk warranty. Contoh saja di senheng kan ada bayaran lebih untuk extended warranty. Mereka yang cheapskate biasanya tak ambil extra warranty ni. Saya pon cheapskate juga, tapi untuk barang2 mahal, saya sanggup bayar. Sebab bagi saya barang2 mahal tahan lama, bukan pakai buang. Jadi perlu warranty. Contoh lagi breast pump, banyak je online yang menjual dengan harga lebih murah dari yang saya beli. Tapi saya tetap beli pada harga mahal sikit, sebab saya beli daripada trusted seller. Dari kawan atas kawan yang dah menjual 4 tahun lamanya. Takpe, dia bagi warranty dan akan offer replacement pump etc. Saya percaya.

Ya, dan kepercayaan itu yang memakan diri sekarang. Saya beli barang dari kawan. Same case. Mahal sikit dari penjual lain. Free gift pon tak ada. Habuk je ada. Tapi sebab kawan, dan sebab percaya urusan berkenaan warranty akan menjadi lebih mudah etc, jadi saya berusaha beli dari beliau. Sekali bank in je. Jarang saya buat easy payment scheme nih. Jadi urusan jual beli mudah. Kerana saya juga seorang penjual. Saya technically faham apa perasaan penjual.

Kini bila masa warranty, hakikatnya mulut memang manis. Janji tinggal janji. Bila di tanya tetang warranty, saya dilambakkan dengan kesusahan beliau yang 'kena tipu'. Ahh memang dasar lah. Kalau kena tipu, dan rugi, boleh lah nak kesian. Kalau kena tipu, buat untung, lagi menipu waranty, boleh jalan sama lu. Tapi menyesal pon tak guna. Ambil sajalah sebagai lesson learnt. Buat apa menangis diatas nasi yang dah jadi bubur. Makan je bubur tu. Cuma pastikan tidak terkena lagi lain kali. 

Jadi kawan2, peringatan, jika anda hendak membeli barang2 yang mahal dan continuous penggunaannya, beringat lah. Terus terang saya katakan, sebagai penjual, saya pentingkan berkat. Kalau kita banyak duit tapi dalam hati customer menyumpah2, baik tak payah. Sebab tu saya tak suka over claim. Makan ni, kulit jadi cantik dalam masa seminggu. Minum ni, berat turun dah slim dalam masa 4 hari. Ewah. Tak agak2. Kalau tak jadi kan dah kena sumpah seranah serta label penipu etc. 

Oklah, tak ada point sangat sekadar luahan rasa hati. 


Golden Lounge 
019 266 1775 
goldenlounge.blogspot.com