Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 15, 2013

Indonesia - Taman Bunga Nusantara

Assalamualaikum
Kalini ni nak update tentang trip to taman bunga hari tu. Nama penuh dia taman bunga nusantara. Lokasi di cipanas, Indonesia.
Best, very convenient untuk riadah, bersiar2 sekeluarga sambil menikmati pemandangan cantik. Udara masih alami dan bersih. Elok sangat untuk weekend trip keluar kota Jakarta yang debu dan macet.
Kita start dari mula ye. Ni gambar keretapi dia. Macam yang jalan2 satu taman tu kan. Actually nak naik yang ni. Tapi tak tahu kenapa, kami naik yang lagi satu. Menyesal sangat sebab tak ambil gambar. Keretapi yang kami naik tu warna putih. Macam Thomas train tapi kale putih. Entrance fee Rp30000 dengan train.


Train tu basically bawa pusing separuh taman. Nanti tunggu di spot yang sama dia akan bawa pusing lagi separuh taman. Dalam taman ni ada macam2 taman dan bunga. Contoh: taman perancis, taman japing, taman amerika, taman bali etc. Train berhenti di tengah2 iaitu alam imajinasi. Alam imajinasi ni tempat mainan anak2. Ada horse riding, ada main boat air, ada bumper car, ada ferris wheel, ada keretapi dan macam2 lagi. Kitaorang naik almost semua. Huhu.


Yang paling best, ialah train dia. Gamber bawah ni yang train merah. Serious best. Turun2 je ahmad dan sarah terus kata nak naik lagi sekali. Tapi tak dapek la sebab nak habiskan pusing banyak tempat lain lagi. Train ni orang besar pon boleh naik. Ahem, bermakna dgn saya pon naik sekali. he he.


Lepas tu pegi tengok pokok2 mirip haiwan. Ada macam2. Dinasour tu ada 2 ekor sebenarnya. Lain jenis bunga. Jadi sekor warna kebiru2an seperti dalam gambar. Lagi sekor warna merah2 sikit. Gambar bawah tu, burung merak. Ekornya ialah bentangan bunga kat belakang tu. Besar.


Ni gambar2 random area taman. Boleh bagi makan ikan sebab kebetulan bawa roti2 dan muffin2. Swan dalam tasik tu is black swan. Cantik. Ada yang buat bentuk love yang biasa kita tengok di kedai2 yang jual musical box tu kan. Ni real punya. Tak sempat nak ambil gambar diaorang dah terlerai.
Actually ada satu taman ni nama taman bali. Design ala2 bali. Susah sikit nak masuk penuh batu dan tangga sebab saya bawa stroller. Jadi saya skip2. Lagi satu reason skip ialah sebab dalam tu ramai orang dating. Not a good example to the kids.
Nampak macam panas kan? udara dia tak humid. Jadi tak berpeluh dan bila angina tiup, masya allah sejuk. Ada lagi miss. Mcm rumah kaca dan lagi satu taman saya lupa. Menara pon tak naik sebab guna tangga. Penat ok round satu taman jalan kaki.


Orait. Ni bunga2an penutup. Tu, hamparan bunga. Dalam tama ni ada taman mawar, dahlia etc. Pendek kata, soothing la pegi taman bunga ni. Hijau dan fresh. Kawasan dia bersih sangat dan sangat seperti dalam gambar. Orang pon tak berapa ramai, atau disebabkan sangat luas, maka orang ramai pon tak rasa ramai. Hehe


Seharian habis di taman bunga. Sangat puas hati. Balik tu semua flat. Tidur terus. Jumpa lagi!



Golden Lounge
019 266 1775
goldenlounge.blogspot.com