Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 12, 2013

Supplement: Pilihan atau Keperluan

Assalamualaikum
Betul. Supplement jatuh dalam kategori optional. Tidak mati kalau tak ambil. Masih boleh aktif dan sihat jika tidak ambil. Malah, kehidupan juga seperti normal jika tidak mengambil supplement.
Supplement mungkin berubah status dari optional kepada essential jika ketika itu anda sudah berumur dan mula cramp2 kaki. Juga menjadi essential ketika anda sentiasa demam dan sering sakit. Mungkin essential jika tiba2 anda Nampak kulit mula kedut, atau orang yang anda tahu sebaya anda memanggil anda dengan gelaran "kak". Atau orang ingat anda ibu kepada 5 anak sedangkan anda baru mempunyai 1 orang anak, atau masih bujang. Atau anda rasa stress, atau jika susah hendak focus, atau pelbagai lagi keadaan.
Supplement adalah suatu perkara optional yang dipandang enteng oleh semua orang. Pengambilan supplement dalam gizi pemakanan anda bukanlah bermakna anda lemah mahupun sudah tua. Ia adalah langkah2 awal pencegahan tua dengan cepat / sakit. Itu sahaja.
Supplement masih menjadi optional bagi kebanyakan orang kerana diri masih muda dan kuat. Yang tidak disedari ialah diri makin tua dan kesihatan badan boleh menyusut dengan mendadak bila2 masa sahaja. Pengambilan supplement insya allah dapat melambatkan penyusutan badan dengan cepat dan mendadak.
Kebanyakan organ2 vital dalam badan berkerja secara non-stop. Jika anda bijak berfikir, apakah yang akan terjadi kepada sesuatu yang sentiasa bekerja tanpa henti? satu hari ia akan berhenti, dan kemungkinan akan berhenti secara mendadak. Seperti itulah organ2 kita. Peliharalah organ2 dan badan kita dengan menjaganya dengan baik. Ini termasuk kehidupan yang sihat seperti selalu exercise, pengambilan gizi seimbang, pengambilan supplement dan sebagainya.
Highlight diberikan kepada perempuan2 yang pernah beranak kerana system badan jadi haywire selepas beranak. Sama macam penjagaan pantang. Ibu2 muda merasa kuat dan hero kerana boleh berjalan dan sihat dengan cepat lantas tidak begitu menjaga pantang. "eh tak jaga pantang ke?" "tak apa, so far ok" "eh tak makan supplement ke?" "not yet bebe". Oklah, sebab biasanya kesan2 langgar pantang larang ni kita Nampak ketika tua. Selagi belum tua, mungkin terlalu awal untuk berbesar diri. Ini pon peringatan kepada saya juga yang sentiasa mem'bully' badan saya untuk buat itu ini segala2 perkara.
Masalah perempuan ialah, jika ia sakit, ia harus tetap sakit dan berusaha menyihatkan badan. Walhal lelaki, jika perempuan sakit, ia boleh terus mencari pengganti yang lebih sihat. Jadi, sayangilah diri masing2.
Hanya anda yang tahu, untuk status diri sendiri, apakah supplement itu suatu optional atau essential. You decide :)
Kekman @ goldenlounge
019 2661775