Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 11, 2013

Ibu, Sayangi Diri Anda

Assalamualaikum
 
Monday morning. Malam minggu bertungkus lumus lipat baju (atau tak), weekend kemas rumah, sapu sampah kemas mainan anak2, basuh baju, jemur baju, kutip baju. Alamak hujan pulak, bertimbun lagi baju. Basuh pinggan, kemas dapur, masak, kemas meja makan etc. Letih kan?
 
Weekdays kerja, balik kerja fikir makan. Datang lewat balik lewat terkecoh2 nak fikir dinner dan kemas dapur siap baju esok. Gosok baju. Tak dapat datang awal sebab hantar anak ke nursery. Dan the cycle goes. Kan?
 
Belum masuk layan anak2, layan suami, anak2 nak minta suap makan. Minta bacakan buku. Main sama2, diri sendiri nak mandi, nak solat beribadat. Semua cram dalam tak berapa jam selepas maghrib sehingga tidur. Dengar pon penat kan?
 
Ibu2 biasa jadi heroin dalam rumah tangga. Sangka kita lelaki itu gagah dan kuat. Hakikatnya, jangan bohong, ibu2 yang biasanya menjadi tulang belakang sesebuah keluarga. Jika suami demam, suami akan terlantar di katil dan berehat. Jika isteri demam, biasanya isteri akan tetap menjalankan tugas harian sebagai ibu seperti biasa. Betul kan? Kan home is where mom is. Dan ibu2 biasanya gembira jika semua di atas Berjaya di accomplished. Apatah lagi jika kerjaya turut cemerlang.
 
Tapi jangan bohong badan kita. Badan kita juga punya hak. Ibu2 biasanya mengabaikan badan sendiri demi keluarga. Jika lapar, diberi anak dan suami makan dahulu. Nanti jika ada lebih, baru dimakan. Lepas makan suami dan anak2 berehat dan bermain. Ibu di dapur kemas dapur. Selesai mengemas baru semua akan siap2 nak tidur. Semua tunggu ibu.
 
Berapa lama badan boleh tahan? Terkadang gizi yang diambil ibu tidak seimbang kerana makan ikut dan. Mandi malam2 tunggu anak2 tidur. Tidur tak sempurna dek anak bangun malam mahupun stay up lipat kain.
 
Perkara biasa kan? Jangan zalimi badan kita. Sayangi diri anda wahai ibu2. Pastikan ada waktu diberikan pada diri sendiri. Ada makanan yang berkhasiat masuk ke perut kita. Ambil supplement untuk menampung kekurangan2 dalam gizi pemakanan dan makanan harian. Pastikan anda mendapat balanced diet. Ambil supplement untuk mendapat extra tenaga yang diperlukan.
 
Yeah, bukanlah bermakna yang mengambil maid untuk membantu kerja2 rumah harian itu lemah. Dan bukan juga bermakna yang mengambil supplement untuk memberi tenaga lebih dan kecergasan dan kesihatan badan itu lembik. Itu semua bermakna ibu2 masih sayang diri sendiri dan juga keluarga.
 
Badan yang sihat bakal melahirkan emosi yang tenang dan stabil. Itu yang penting dalam menangani kehidupan harian yang mencabar dan juga menangani stress.
 
Emosi yang tidak terkawal dan ekstrem akibat badan yang lapar dan letih bakal menghasilkan impak negative. Otak juga akan lebih tertekan dan lesu akibatnya tidak mampu berfikir dengan baik dan rasional.
 
Boring. Tapi itulah hakikat hidup. Orang kata, hidup mesti positif. Macamana nak positif kalau badan pon letih dan tidak dapat berfikir dengan baik serta emosi yang tidak stabil?
 
Sayangi diri anda. Anda sayang diri anda kerana dengan itu, anda juga membuktikan anda sayang keluarga anda.
 
 
 
Kekman @ goldenlounge
019 2661775