Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 31, 2013

Kidzania with the kids

Assalamualaikum

Haritu bawa budak2 ke kidzania. First time pergi. Bukan apa, rasanya kidzania tu lagi sesuai untuk umur 5 ke atas. Jadi kalau bawa kena bawa sarah je. Ahmad belum appreciate lagi. Ni, ahmad dah 3 tahun dan sarah dah 6 tahun, jadi dah boleh bawa lah. Kali ni tinggal hasan pula. To be fair sebab hasan dah ikut pergi maldives haritu kan. Lagi pun tak sesuai pon bawa hasan :)

#tips1: Kalau boleh bawa anak2 umur 3-4 tahun ke atas sahaja. Anda tak stress, anak2 lebih faham dan boleh enjoy dan main. 

Agak last minute plannya. Saya beli tiket online. Bole cari di web www.kidzania.com.my. Lagi senang beli online sebab kalau beli on the spot, nanti queue panjangg. Untuk public dan school holidays ada 2 sesi. 10am - 3pm, dan 4pm - 9pm kalau tak silap. Jadi saya beli sesi pagi. Bila beli tiket online, kena print invoice tu untuk memudahkan. Jadi besarlah harapan datang awal pagi ke kidzania untuk main semua lah kiranya. Tengok di website, buka pukul 10. Jadi pukul 10:07 kami dah dalam bangunan. Ingat kan dah awal habis, rupanya dan queue! tengok gambar bawah ni top left. Orang dah queue dan queue dah bersimpang siur dah. Pukul berapa agaknya diaorang sampai ek. Itu ialah line untuk online booking. Yang beli tiket on the spot tak payah cerita lah. Tapi tak lama sangat la beratur. Staff dia quite efficient. Sementara beratur, diaorang bagi pakai sort of bracelet. Macam scanner ke detector ke apa lah. Macam di gambar top right di bawah. Ada warna warni walaupun saya tak tahu apa maksudnya, tapi bila beratur, dia bahagi ikut color, which i also dont know why. Tapi saya ada terfikir, kalau hilang kat dalam tu, boleh la cari guna benda tu :))

#tips2: Beli tiket online. Print. Datang awal pagiii. Sebab kat luar dalam kena beratur. 
Bila sampai counter, dia scan benda scanner tuh dan bagi cheque 50 kidzos each pada sarah dan ahmad. Saya tak sangka tu cheque, ingatkan macam tu rupa duit dia. Ha ha. Rupanya kena pegi cash out di cimb di dalam tu. Beria lah sarah bawa ahmad jalan ke bank cimb tu. Macam real sungguh. Dan, with 100 kidzos (in total), we are ready!

Sarah dan ahmad excited nak jadi pilot dan doctor. Last minute plan nak jadi pilot dulu baru jadi doctor. Jadi bila masuk, kami terus cari tempat pilot. Sebab konon2 nya strategy la pergi kat tempat yang 'hot stuff' dulu then baru pergi ke tempat lain2. Sampai ke tempat pilot dalam 1030 - 1040 macam tu. Tengok2 dah beratur sampai keluar.

Nampak tangga tu kan. Saya ingatkan lepas tangga tu boleh masuk terus. Jadi macam..okla nampak queue ok. Rupanya di dalam tu yang baru start queue. Dalam tu ada 3 batch lagi tunggu. Kalau tak silap ada 3 watak i.e. pilot, flight attendant dan lagi satu saya tak ingat. Yang menjadi rebutan ialah pilot. Beratur dari anak tangga terbawah dan nak reach paling atas adalah dalam sejam. By the time dah sampai anak tangga atas, sarah dan ahmad dah tak ada mood nak masuk untuk start 'the real queue'. While beratur, kami cuba2 la pergi main di tempat lain. Konon nya nak jimat masa. Masalahnya ditempat lain pon queue juga hingga akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kami tukar strategy. Kena focus. Beratur di satu2 tempat sampai dapat main. 

#tips3: Pastikan anda tidak tamak. Focus, beratur di satu2 tempat and get it done!

Lepas tak dapat jadi pilot, kami ke tempat prosess vitagen. Konsep kidzania ialah bila kita memegang jawatan sebagai pekerja, kita akan earn gaji i.e. kidzos (currency kidzania). Kalau kita datang untuk enjoy i.e. pergi saloon ke, buat makanan dan dapat makanan ke, kita kena bayar. Jadi di setiap tempat ada ditulis details2 tu i.e. bayar atau dibayar, umur berapa, duration setiap sesi, dan berapa orang setiap sesi. Lengkap kan?

First watak yang berjaya di pegang ialah 'scientist vitagen'. Kena bayar 6kidzos. Ni sarah masuk sorang sebab ahmad backout last minute. Cet. Lepas buat vitagen, dapat la sebotol vitagen. Kira hasil usaha dia buat vitagen lah :)

#tips4: Pastikan anak2 anda breakfast dan kenyang. Ini untuk mengelakkan cranky dan tak ada tenaga untuk beratur lantas spoil mood.

Next kami pergi main fireman. Fireman menarik sebab budak2 dapat naik fire engine. Jadi ahmad memang bersemangat. Tapi tengok queue dia

Macam biasa tempat2 yang 'hot' ni memang ada 3 lorong queue. Kami queue kat yang ke 3. Ditulis situ lagi 60 minutes. Tak apa, lesson learnt, belajar sabar. Yang best, setiap kali 1 round, lori bomba akan lalu dengan siren semua. Jadi, everytime pon budak2 akan bersemangat untuk naik lantas masih bersabar menunggu. Ha ha. Gambar di atas dari kiri lorong ketiga, kedua (40 minutes) dan finally!

#tips5: Pastikan anda bawa bekal makanan ringan. Contoh: roti kerim, pisang, air kosong, or air kotak, biskut etc. Sementara menunggu especially lunch hour, anak2 akan lapar. Cara nak diamkan dan suruh bersabar, sumbat makanan :")


Cool sangat! Ahmad adalah bomba terkecil. Ha ha. Diaorang basically dengar taklimat, then naik lori bomba, pergi padamkan api. Bab ni ahmad suka sangat. Orang lain shoot air pada api yang membakar hotel, dia sibuk2 pusing pili air nak pancut kat tempat lain. Isk. Lepas padamkan api, naik balik lori dan pulang ke markas untuk collect gaji. :)). Yang lagi cute ialah while fireman padamkan api, ada 'polis2' yang akan kawal keadaan. Impressive cara coordination between 2 pekerjaan tu. Oh dan ditengah2 permainan, akan ada 'poslaju' hantar surat, 'LHDN' kutip cukai dsb. Hahaha so cutee!! 

Lepas bomba, budak2 memang sangat semangat. Kami pergi ke sebelah iaitu shopping. Ada 2 watak juga iaitu cashier dan shopper. Sarah dan ahmad jadi shopper. Kena bayar tapi at the end of game, dapat balik.

Comel sangat. Shopper ada list barang untuk di beli dan letak dalam trolley. Jadi ahmad dan sarah 1 team. Bekerjasama cari barang, bayar dan dapat resit untuk digunakan untuk claim duit nanti.

Sebelah tu ada 'construction site' dan tempat cuci tingkap macam orang cuci tingkap di bangunan2. Ahmad nak sangat pegang watak tu, malang nya minimum ketinggian ialah 130cm. Jadi tak meet. Terpaksa jalan terus lagi dan cari watak yang best. Sampai di kedai kereta Honda, tempat isi minyak BP dan tempat repair kereta. Macam biasa ahmad dan sarah nak bawa kereta. Tapi minimum ketinggian tak meet juga. Jadi dapat pegang watak 'pam attendant' je :").

Tu lah kereta yang ahmad dan sarah teringin nak drive tu. Dapat tolong isi minyak pon jadi lah. Game yang ni dapat duit. Maklumlah, tukang pam minyak :).

By this time dah pukul 2pm. Dah lapar. Macam tau2 je sebab sebelah ni ialah sushi king dan ayam brand. Dan juga kedai makan sebenar. Mula ingat nak buat sushi. Tapi saya tengok ayam brand macam bes je juga. Buat pizza. Perutku berkata, pizza la best boleh makan kenyang. Pastu tengok queue sushi king bole tahan panjangnya. Cey justify habis kenapa tak pergi sushi king. 

Menarik juga ayam brand cooking school. Pakai baju siap2 kat luar. Jadi boleh ambil gambar puas2. Kalau yang lain tu, macam parents dah macam paparazi curi2 ambil gambar berlari2. owos.

Best bila masuk kena basuh tangan bersih2 dulu. Baru duduk di meja. Atas meja dah ada siap2 pizza, tomato paste dan tuna.

While tunggu chef2 kecil tu memasak dalam ayam brand cooking school tu, mama chef2 tu melantak di kedai makan sebelah tu. Tapi harga mahal nya ya ampun! Hotdog gemuk rm5. Fish ball 3 biji rm4.5 ke tak silap. Air kotak rm3. Last2 saya beli macaroni ayam sup je. Bunyi macam menarik. Harga pon menarik rm7.50. Hm, tapi beli je lah sebab tu nampak paling kenyang. Rupanya macaroni dan sup aje T.T.

#tips6: macam tips#5, bawa bekal makanan. Sebab makanan mahal sangat di dalam. Keropok kecil rm1, air kotak rm3, hotdog rm5. Ini lagi mahal dari makanan dalam airasia!

Duit kidzos masih banyak. Saya tanya kakak pekedai yang jual makanan. "kak, saya bayar guna kidzos boleh tak?" Ketawa besar kakak tu. Saya tak buat kelakar ni. Sungguh nak bayo guna kidzos sb guna RM mahal sangat. Ha ha.

Tadaa! ini hasil pizza masakan chef2 kecil. Boleh di makan. Budak2 tak nak makan, saya yang makan semua. Maklumlah, lapar. :)). Dapat satu tin tuna free each. Obviously lah untuk masuk sekolah memasak ni kena bayar kidzos kan dan bukan dapat gaji. Harga entry 10kidzos.

Sebab seronok dapat makan bayar dengan kidzos je, berkobar nak masuk sushi king. Sebab nanti dapat sushi! malangnya time tu dah pukul 245. Last batch untuk sushi king dah masuk. Jadi dah tutup. Tak sempatlah nak merasa sushi free. 


Cepat2 pergi ke face painting, pon sama. Dah tutup. Semua dah tutup. Duit ada seratus lebih kidzos lagi. Kami spend beli souvenirs di kedai dalam tu. Semua barang berharga 100kidzos. Jadi boleh beli 1 mainan je. Hmm..bergaduh la kejap sarah dan ahmad. Macam biasa. 

Lupa nak bagitahu, hampir disetiap permainan, akan ada photographer yang ambil gambar budak2 ni with costume dan posisi2 yang best, which, parents tak dapat sampai la ke posisi2 tersebut. Well, lepas tu dia akan jual lah gambar tu..dengan harga seperti di bawah

TAKKAN lah tak nak beli kan. Bukan selalu nak pergi dan tak tahu lagi akan pergi lagi atau tak kidzania ni sebab kena mengharungi pelbagai queue dan orang ramai. Jadi saya pon ambil la 3 gambar. 

Lepas tu kami pun pulang dengan gembira.

#tip7: bawa duit banyak T_T

I find that kidzania concept is very good. 
1- Ia ajar budak2 bahawa money is not easy to get. They have to be earned. Lepas tahu nak beli mainan kena guna kidzos, sarah sibuk nak 'pegi bekerja' lagi.
2- Budak2 boleh experience sendiri hampir setiap pekerjaan yang realistik yang ada di malaysia
3- Kids can experience and learn quite detail tentang sesuatu pekerjaan. Bukan sahaja tengok dalam tv atau buku.
4- For older kids, money management. Whether nak guna duit untuk enjoy atau bekerja lagi untuk dapat duit. 

Saya ada sembang dengan 1 chinese lady. Dia bising sebab kena beratur. Her remark is "wasting time queuing. how can you make money if you are busy queuing. So i queue for my kids while they earn money at another game which you dont have to queue" Opocot. Dasyat betul thinking dia. Saya, on the other hand, asyik fikir nak perabih kidzos ni sebab rasa macam tak buat apa pon kalau bawa balik. I dont even look at the price tag of each game. Kalau kena bayar, bayar. Kalau dapat duit, alhamdulillah. Then fikir nak spend kat mana. Hu hu. Tsktsk

Oklah, jadi untuk siapa2 yang nak pergi ke kidzania (kalau belum pergi lagi lah, mcm saya hihi), diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu. Ini insya allah trip penutup percutian kami pada tahun 2013 :)

Enjoy!


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

1 comment:

Mr Pilot said...

menarik. blom lagi berkesempatan bawa anak ke sini.