Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 2, 2014

Penurunan Berat dan Size Badan

Assalamualaikum

Saya buka tahun 2014 dengan post tentang slim set. Hehe.

Lepas publish gambar dibawah, ramai betul yang tanya apa tips lah rahsia lah. Hakikatnya, tak ada tips dan tak ada rahsia lah. Ini adalah gambar husband saya. Before dan after. Frankly speaking, i'm ok with both. Ahaha. Cumanya kalau berisi, kan ke banyak penyakit. Jadi kena la kurus sikit untuk menjadi lebih sihat harapnya. 

Nama dia Abdullah. Untuk post ini kita panggil dia abg Dolah atau abg D lah ye dalam ni. Disini saya kongsikan apa yang dilakukan oleh abg D sehingga mencapai size seperti dalam gambar pada bulan Dec 13. Hehe. Saya labelkan tips2 dengan huruf D sempena dengan abg D. Haha


Tips D1: Determination

Mula2 sekali, untuk menurunkan berat badan mahupun size badan, anda perluuu ada determination. Mesti perasaan "mahu" tu membuak2. Berkobar2. Macam nak tak nak, mesti nak. Nak kurus nak kurus nak kurus! Tapi tak semua orang ada determination tu kan. Infact, ramai yang mengaku (at least pada zahirnya) "dengan size sekarang pon saya dah ok", "i'm happy with how i am" katenye. Jadi, macamana nak ada determination yang kuat berkobar2 membuak2 tu? 

Di sini pentingnya niat untuk mendapatkan berat badan ideal tu penting. Macam hadis #1: semua perkara bermula dengan niat. Nak slim bukan ikut2 orang. Slim bukan trend. Memanglah orang kata "ala gemuk pon cantik", "tak pa asal kan laki aku suka" blabla. Memang la gemuk tu cantik comel semua lah. Dan husband2 ni kalau dia tak suka, dapat bini cantik pon dia buat hal ye kan? Jadi, kita kena betulkan niat, nak slim kerana diri sendiri, supaya lebih sihat dan bertenaga. Kenapa lebih sihat? sebab gemuk biasanya invite penyakit. Bila slim, badan ringan je badan nak kesana kemari. Main kejar2 dengan anak2 pon best. Cari baju pon senang banyak choice. Dan idok le orang menjeling kalau nak bersempit2 dalam LRT mahupun lif. Jadi, itu lah niat2 yang perlu berada dalam hati. Bukan cantik semata. 

Tak cukup kuat lagi determination? kalau anda perempuan, bayangkan kalau anda naik LRT, tiba2 sekali 2 orang bangun nak bagi anda duduk sebab ingat anda pregnant 7 bulan. Walhal hakikatnya anda masih bujang dan masih "scouting". Kalau anda lelaki, bayangkan bila anda duduk dalam LRT, orang lain lebih rela berdiri sepanjang perjalanan daripada duduk sebelah anda sebab tak sanggup terhimpit di sebelah. T_T. 

Abg D tak naik LRT, sebab tu lambat ada determination. Determination sekarang is purely nak sihat. Maklumlah dah berumur. Cukup kuat dah determination tu. :)) 


Tips D2: Drive

Bila dah berkobar2 dah ada determination, pastikan anda dilengkapi dengan Drive. Drive ini adalah sesuatu yang menyebabkan anda keep on going because you wanted that something. Something ni semacam reward, 'gula2', hadiah etc. 
Contoh: kalau saya dapat turun 2 size, saya dapat muat dah kemeja slimfit yang nampak smart tu. Besnye! besnye! besnye! Drive di sini ialah dapat beli kemeja slimfit yang diidam2kan. 
Contoh lagi: kalau dapat turun 10kg, saya nak treat diri sendiri dengan membeli satu bag LV (eh?). Drive disini ialah..ya tak syak lagi, bag LV :"). Over sangat.
Bayangkan kalau dah slim, pemilihan baju pon sangat mudah. Tak payah sentiasa nak beli baju corak menegak, kain yang berat/jatuh supaya nampak kurus, baju hitam je. 

Untuk set drive anda:

1) Pilih sesuatu yang anda suka, anda mampu, dan yang realistik sebagai drive anda. 
Jangan lah reward nak beli rumah banglow 8 bilik 7 bilik air. Lainlah, akibat dari tak melantak banyak makanan mahal hari2, maka saya berjaya simpan duit itu dan sekarang mampu membeli rumah banglow 8 bilik 7 bilik air. Ok macam tu boleh. 

2) Set target sendiri. Timeline sendiri. Hadiah sendiri. 
Lain orang, lain. Anda juga boleh jadi kreatif untuk menambah semangat anda dengan mempelbagaikan drive anda kepada 3 jenis yang berkadaran dengan performance/progress anda. Contoh: performance laju dari target dan tegar seperti 4-wheels drive, rewards pon mesti 4-wheels drive: paling best, paling mahal, paling nak. Kalau performance 2-wheels drive atau seperti target, hadiah pon macam 2-wheels lah: mesti best, mesti mahu, mesti mampu. Tapi kalau performance berstatus wheel chair; delay dari target, reward penampo je pon macam wheel chair: punish sikit k, macam..belanja kawan2 yang slim di chilis while kita minum air je :").

Contoh reward abg D: wife belanja ifon5s kalau dapat reach sekian2. Cey tipu. 


Tips D3: Discipline

Hai, ini adalah D yang paling penting di sini. Kalau perasaan berkobar2, hadiah dah gempak, mana mungkin berjaya kalau tak disiplin. Malah, tak ada benda dalam dunia ni dapat di achieve kalau tak disiplin.

Disiplin kat sini ialah disiplin kalori, disiplin exercise, disiplin supplement dan consistently discipline. 

1) Disiplin kalori 
Anda kena jujur dengan jumlah daily kalori dan berapa yang perlu diambil untuk reduce weight. Kalau anda ada penimbang hebat mcm saya, senanglah untuk tahu daily calorie intake. Ekekke. Tapi kalau tak ada, boleh lah kira secara manual. Then reduce lah sikit2 hingga mencapai yang ideal. Kalori berkait dengan makanan dan pemakanan. Anda kena pilih makanan dan masa makan. Kita discuss lebih di point selepas ini k. Lagi satu, untuk membantu anda juga, sekarang dah banyak apps fon yang boleh kira kalori makanan2 termasuk makanan di malaysia. Contoh apps: myfitnesspal siap ada diary pemakanan lagi. Tapi apps2 pon tak berguna kalau diri sendiri tak disiplin k. 

2) Disiplin exercise
Disiplin ini adalah disiplin dalam exercise dan disiplin untuk consistent exercise. Contoh: setiap pagi datang awal di ofis untuk pergi gym sebelum masuk kerja, atau jogging sebelum masuk office, atau pergi gym ketika lunch hour, atau membakar lemak dengan mop lantai rumah tiap2 hari :). 
Exercise boleh bertujuan untuk membakar lemak2 anda dan juga menyihatkan organ2 badan. Contoh organ: jantung yang hari2 pump pada constant rate, dia pon 'boring'. Jadi kadang2 bagi la dia pump laju sikit, jadi alert. Macamtu lah dalam layman term nya. 

Biasa orang kata tak ada masa nak exercise. Ni antara idea untuk membakar kalori dengan aktiviti harian:
i) Briskwalk. Kalau anda naik LRT (lagi), briskwalk ke stesen LRT. Kalau anda naik kereta, park jauh sikit dan briskwalk ke office. Briskwalk k bukan jalan dengan tenang sambil baca suratkhabar thesun. 
ii) Tangga. Pilih untuk menaiki dan menuruni tangga instead of escalator ataupun lift ketika naik turun dari stesen LRT atau dimana2. Mengah juga kalau kena panjat tangga tinggi macam di stesen masjid jamek. 
iii) Move around and about. Setengah2 ofis ada tealady, kalau boleh, pegi lah basuh cawan buat kopi sendiri. 
iv) High heels dan sentiasa berdiri. Ramai yang suka bersembang kan. Jadi kita enhance situasi sembang itu dengan bersembang secara berdiri ketika pakai high heels. Ia membakar lebih kalori daripada bersembang ketika duduk sambil minum kopi susu pekat dan pakai selipar ketandas. Ia juga akan melimitkan sembang kita kerana kita penat. :))
v) Window shopping. Berita baik untuk wanita, window shopping atau shopping memang membakar kalori selain dari 'membakar' duit2 anda :") 
vi) House chores. Anda boleh mop rumah di atas dan dibawah setiap hari. Disamping rumah bersih, kalori terbakar, anda juga bakal mendapatkan bentuk badan yang menarik dalam jangka masa panjang. Kalau rumah anda dah berkilat lantai, meh datang mop rumah saya pulak boleh lap2 perabot, gosok2 baju etc. House chores mana pernah habis jangan tipu k. 
vii) Berlumba buat house chores. Kalau rasa2 housechores tak cukup challenge, try buat semua dalam seminimal masa possible dan lepas tu boleh main dengan anak2. yay!

Sekarang apa alasan? :")

3) Disiplin supplement.
Disiplin supplement ialah mengambil supplement dengan consistent. Saya suggest supplement shaklee lah. Kena get the concept right ye. Supplement shaklee ini bukanlah ubat kurus. Bukan juga ubat sapu2 yang kalau disapu di certain tempat, maka tempat tersebut akan mengurus. Isk dongeng sangat. Tapi ia adalah sebagai alat bantu dan pencegahan.

Suggestion supplement ialah:
i) Omegaguard (sori lah baru je habis promo ketika saya tgh draft post ini :)) yakni fish oil. Tau tak kenapa? Fish oil yang mempunyai total EPA dan DHA lebih dari 300mg membantu meningkatkan pembakaran kalori. Jadi, anda boleh memilih samada untuk membakar kalori the conventional way atau menggunakan omegaguard sebagai alat bantu. Keduanya pon berhasil untuk slim. Cuma cepat atau lambat je lah. :)


ii) Lecithin shaklee dimana lecithin ini melarutkan lemak2 supaya di dispose dalam bentuk pembuangan air besar. 

iii) Cinch ialah protein untuk memberi rasa kenyang dan memelihara muscle. Ini kerana cinch dilengkapi dengan leucine yang memang tugasnya ialah memelihara otot.

iv) Alfalfa/Herblax shaklee. Alfalfa adalah sejenis tumbuhan terkenal yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk detox. Herblax terdiri dari daun senna.

Abg D disiplin dalam ke 3 3 perkara di atas. Beliau amat menjaga kalori makanan harian dan sanggup bertahan walaupun wife offer nak belanja makan toni roma's, dimsum equatorial dan chilis. tsk. Beliau exercise setiap hari pagi dan petang. Saya ada beli alat exercise, jadi dia lah heavy user. Disamping itu, abg D juga telah menukar lifestyle dari menaiki kereta menjadi briskwalk atau berbasikal kesurau. Abg D juga adalah consistent user untuk omegaguard dengan niat untuk menjaga paras kolesterol dan membakar lemak, dan alfalfa untuk detox. 


Tips D4: Diet

Diet disini adalah pola pemakanan dan waktu2 makan. Jika anda betul2 mengikuti 3 tips sebelum ini, anda tidak akan ada masalah dengan tips D4 ini. Anda perlu:

1) Makan kerap dalam jumlah yang kecil pada masa yang betul. 
Ini untuk mengelakkan rasa kebulur selanjutnya melantak ketika next meal time datang :"). Makan 6x sehari pon ok. Tapi pasti kan kuantiti kecil dan watch your calorie intake. Boleh lah saya nak buatkan jadual untuk customer slim set saya.

2) Pilih makanan anda. 
Walaupun saya cakap makan kerap, jangan lah setiap kali makan coklat crunchie 1 bar terus, atau pun makan ayam goreng dan naget. Kot ye pon kan. Faktor pemilihan makanan bukan bergantung pada sejauh mana makanan itu memberikan kekenyangan pada kita. Contoh: nugget tidak begitu kenyang kan kalau makan, jadi anda rasa gembira kerana seolah2 menjaga 'diet'. Ternyata, itu semua ilusi. Rugi sebab nugget ialah mempunyai kalori yang banyak sekali. Makan 2 keping dah cukup menyakitkan hati kerana bukan sahaja tidak mengenyangkan, malah, kita susah nak berhenti pada hanya 2 ketul nugget sahaja :"). Kan kan kan. 

3) Pilih fiber. 
Fiber memberikan anda rasa kenyang berpanjangan dan mengelakkan anda rasa nak melantak lagi. Pastikan fiber di ambil SEBELUM makan untuk mengelakkan anda melantak sepenuh perasaan selepas itu. Contoh: oat, buah2 seperti pisang, apple dan oren. Supplement alfalfa juga mengurangkan selera makan. Cinch adalah shake yang memberikan rasa kenyang berpanjangan. 

4) Pilih protein. 
Protein menjadi pilihan kerana kajian telah membuktikan bahawa protein diet mampu membantu mengurangkan selera makan dan kalori intake. Boleh lah baca lebih lanjut di sini. Disini saya akan suggest untuk ambil cinch. Cinch ada 3 perasa iaitu chocolate, vanila dan caffe latte. Kenapa cinch? sebab cinch dilengkapi dengan leucine. Leucine bertujuan untuk memelihara otot. Anda kena faham bahawa otot = metabolisma. Metabolisma ialah kadar kelajuan badan membakar lemak. Mestila nak laju2 kan. Kalau metabolism rendah tu yang lambat sangat nak kurus tu T_T.

5) Puasa
Cara yang paling simple dan percuma untuk mengurangkan selera makan, membersihkan sistem pencernaan dan detox ialah puasa. Anda boleh puasa isnin dan khamis. Dan bersahur dengan Cinch dan kurma. Bukan sahaja anda dapat kempiskan perut, malah pahala pon dapat :). Niat nak puasa bukan puasa untuk kurus. ekekke

Abg D kita tiada masalah dengan di atas kerana D1, D2 dan D3 beliau sangat kuat :"). Dia demand wife belanja supplement saje. Ouch.


Tips D5: Do it

Lepas dah tau semua2 di atas, tak payah lah tanya banyak2. just Do it! Sebab ramai je yang tau dah cuma sampai sekarang tak buat2. He he. Dan do it now! Sempena tahun baru ni memang elok buat azam baru untuk jadi lebih determine untuk mendapatkan berat badan yang ideal. 


Tips D6: Doa

Lepas dah betul2 execute sampai D5, pastikan sama2 kita panjatkan doa kepada Allah agar memberi kita kekuatan untuk teruskan program kurus dan sihat ini, dan semoga kita kurus dengan sihat. Juga minta agar perbuatan kita ini mendapatkan hasil yang di idamkan. Ameen. 


Ok sampai sini sahaja. Untuk yang bercita2 nak slim tu, boleh lah applikasi kan tips2 di atas. Kalau taknak, sekadar pengetahuan. Bukan senang nak turun berat. Nak naik berat je senang. Sekarang semua naik. Barang2, rumah, kenderaan, mintak etc. Pastikan berat badan dan size anda tidak naik ok :). Gaji pon akan naik juga walaupun kenaikan itu minima sekali berbanding harga barang2 :"). Tapi, anda jangan risau kerana harga supplement shaklee, so far belum naik lagi. Lagi turun ada. Sama macam hujan.

All the best and happy new year!


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: