Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 7, 2013

Maldives - Thulusdhoo

Assalamualaikum

Lagi travel untuk tahun ini dan mungkin sebagai penutup (kalau saya tak jadi ke singapore). Kami bercuti di Maldives. Maldives ni rupanya besar. Well, dia terdiri dari banyak pulau2 kecil. Macam bila mula2 nak pergi tu memang blur lah juga. Tapi thats what makes travelling interesting.

Kami pergi bawa hasan sahaja. Tu pon last minute. Mulanya ingat nak pergi berdua, jadi honeymoon, apparantly, ending jadi hasanmoon :). Pergi dengan airasia X. Flight ok juga dapat tiket time promo. Macam biasalah saya memang suka promo2 ni. Airasia pon macam suka je asyik email bagi tau ada promo. Keji tau.

Waktu book tiket, nak book sekali meal. Tapi macam tak ada option. Jadi dalam flight, dah siap2 budget nak beli makanan lah. Rupanya tiket dah include meal.  Wah. Lama sangat tak fly airasiaX tak tahulah kalau ini memang standard dia. Terpaksalah ambil gambar. Rare kan. Ha ha

Flight ke Maldives non stop dalam 4 hours plus. Time difference is Maldives lewat 3 jam. Rojak sangat bahasa saya nih! Tsk

Ini view kepulauan maldives from flight. Anda boleh google map maldives. Unik sangat!. Besar tapi terdiri dari kepulauan kecil. 

Ni capital city of maldives, Male. Ni pon view dari flight. Pardon my jakun-ess.

Sampai di airport Ibrahim Nasir, kena jalan kaki masuk bangunan. Semua flight pon macam tu ok bukan air asia sahaja. Huhu. Dan matahari adalah sangat terik amat mencabar untuk ambil gambar menggunakan handphone. 

Saya notice kastam dan pekerja2 airport perempuan kebanyakannya bertudung. Ada sikit impress di situ. Bahasa di Maldive adalah bahasa dhivehi. Ada maca bunyi2 india sikit pon ada. Tapi tulisan macam seakan2 arab. Being read also from left to right. Keluar kastam naik taxi untuk ke jetty. Ha, dari airport nak ke Male kena naik ferry ok. 


Jetty pon saya dah rasa cantik. Kami solat di atas ferry. Diaorang suruh solat di bahagian atas ferry. Properla ada sejadah siap. Dan toilet ferry adalah sangat bersih!

Maldives ni banyak sangat pulau2. Pulau2 dia jauh2. Ada yang seharian travel baru sampai pulau. Untuk trip kami ni, kami ke Thulusdhoo. Actually kalau tengok peta, thulusdoo ni di north male atoll. Tak jauh sangat. Tapi hakikatnya, 1 jam 30 minit perjalanan naik ferry dari Male ke Thulusdhoo. Naik ferry chargenya USD 10/pax. Oklah kan. Kalau nak lagi cepat, boleh naik speedboat. Tapi USD100/pax lah. Hehe. Jadi bayangkan kalau ke pulau2 yang jauh2 tu. Memang seharian untuk travel. Ni pon dah agak seharian dah untuk travel.

Gambar ni sempat snap time atas ferry. 

Taukey2 kot duduk kat atas tu. Angin kuat kat situ. Ambil gambar membelakangkan angin, so okla tudung ok. Haha. 2 perkara yang saya found interesting pasal ferry ni ialah dia ontime dan baca doa naik kenderaan. 

Ferry ini adalah sangat ontime. Tepat pukul 330 dia terus gerak. Siapa lambat tinggal. Dan dia managed untuk sampai ke Thulusdhoo 1 jam 30 minit kemudian seperti yang dijanjikan i.e. jam 5pm. Jarang jumpa tepat macam tu di tempat lain. Mula je ferry gerak, terus dengar dari speaker pasang hadis yang mengatakan kena baca doa naik kenderaan or something2 (because dia cakap dalam bahasa dhivehi). Tapi saya dapat tangkap la "rasulullah swt ..." lepastu di ikuti dengan doa naik kenderaan yang panjang tu dan maksud sekali okehh. Is very impresive!

Ni kapten kapal kecik

Gambar ni ketika baru sampai Thulusdhoo. Nak dekat sunset. Orang2 Maldives ni gelap2. Yela considering the amount of sun the received everyday kan. Hu hu. Memang tak payah makan osteomatrix sangatla sebab dah dapat plenty of vitamin D from direct source (tapi trade value dia kulit gelap la. Ada berani?). Tapi i note that hidung diaorang mancung2. Macam hindustan tapi gelap. Yang best, Maldives adalah muslim country. 100% muslim. Bak kata tour guide, if you are a maldivan, you must be muslim. But not vice versa (saya yang tambah ni). LOL

Masuk Thulusdhoo je nampak ni. Automatik rasa terbukti negara islam haha. Btw dari jetty kami jalan kaki je ke hotel.

Santai sekejap. Yang putih lantai tu, pasir. Bukan simen. Ia adalah pasir yang padat.

Ni dalam hotel. Okla not bad. Ada aircond dan kipas. Yang jadi masalah sebab tak ada toiletries dan kettle. Nasib baik saya bawa sabun hotel ascott hari tu. Jadi kami mandi bersabun lah. hu hu. Shampoo memang tak bawak T_T. Masalah bila tiada kettle ialah everytime nak air panas, kena minta kat receptionist dan dia bagi air panas dalam jug. Which means, kena guna there and then juga kalau tak, air jadi sejuk dan kena minta lagi. Iskk

Maldives ni memang core business dia tourism. Tak ada modal lain melainkan modal pantai yang cantik crystal clear, coral, white sand and island. Jadi, thats what we did lah. Enjoying the nature. Pegi island sebelah. Untuk yang nak bawa budak2, herm depends tapi travelling by boat banyak. Makanan agak pelik2. Unless anda orang kaya raya boleh ambil speedboat dan order makanan banyak dan bawa makanan banyak. Nasib baik hasan makan je apa yang disuap. Kalau sokmo cari nasi, jenuh juga nak cari kat pulau2 walaupun sini makanan utama diaorang ialah nasi. Sebab utama: mahal!





Cantik sangat macam poskad. Now i realize that poscard pictures are real. Heheh. Air walaupun dah dalam sampai dagu, masih clear boleh nampak kaki dan kawasan sekitar. Masya allah.


Saya suka tau nak tunjuk gambar ni. Thulusdhoo ni adalah kampung orang. Dalam ferry kami tu, 2 family je pelancong yakni saya dan ada satu couple matsalleh (actually dia german). Anyhow, saya suka sebab dapat tahu pasal orang maldives dan maldives overall. Dalam pulau ni ada 1500 orang sahaja. Fikir balik, waktu kenduri kahwin saya dulu, belah saya jemput 4000 orang. Wah maknanya kalau buat kenduri di pulau ni, kena jemput sampai pulau sebelah sebelah la. Belum masuk side lelaki lagi. Hahaha.

Dalam pulau ni, tak ada kereta. Ada lori pickup dan motor. Kebanyakan jalan kaki. Dan boleh jalan kaki dari hujung pulau ke hujung. Orang2 dia sikit jadi semua saling kenal dan to the extend they are related. Ada beberapa sekolah, beberapa kedai dan kedai2 makan. Yang kelakar / unik, bangunan semua serupa. Tapi warna warni. Ikut suka diaorang nak cat warna apa. Kalau tengok gambar tu ada rumah cat biru tulis yameen kan. Itu adalah political party dan diaorang cat party yang di sokong. Imagine! haha. Gambar top right tu saya depan kedai mini market. Yang bawah tu adalah jalan2 biasa antara 2 bangunan. Besar juga. Zoom lagi boleh nampak the locals perempuan dan lelaki. Perempuan dressing macam arab. Ramai yang pakai jubah hitam dan tudung hitam. Yang stylo sikit pakai warna lain dan seluar ketat sikit. Tapi common dress sini adalah warna hitam. Dah la diaorang pon gelap. Hmm..huhu. Tudung pon labuh. Walaupun berpasir2, diaorang pakai stokin ketika jalan2 keluar rumah kerana menutup aurat. Tiba2 saya macam confuse ni di maldive atau di timur tengah. Heheh.

Ok saya rasa sampai sini dulu cerita pasal Thulusdhoo. More or less, banyak tu lah yang saya tau pasal Maldives dan Maldivan. Moga membantu lah siapa2 yang nak pergi. Haha. Kalau budget anda hebat, anda boleh pilih pulau2 commercial (which lepas dah sampai la baru saya tahu kan). Biasanya satu malam dalam USD 800 - ribu. So kira lepas convert dalam ribu2 RM lah per night. Hehe. Banyak pulau boleh pilih. Private island ka apa ka. 

Thulusdhoo best sebab you can learn about locals. But if you come for the serenity and quiet beach, ketenanganlah segalamacam, then pergi lah island2 lain. Kat Maldives nudity is prohibited ok. Bawah ni gambar mat salleh posing yang saya curi2 ambil. Elok je lepas dia baring2 posing2 segala, kena sound dengan locals. Hahha

Lagi satu entry pasal bandar Male akan saya tulis soon. Heh. After this trip, i think i would enjoy knowing others' culture, food, weather, culture, traditions etc. Well, i didnt know i would enjoy knowing and learning such things. Tapi lepas dah jalan a few places, i notice i like to know other people in another part of the world and one way of knowing them (at least in general) is by knowing all above. 

Betullah, by travelling you broaden your horizon and expand your views. 

Sekian jumpa lagi!


Kekman @ goldenlounge
019 2661775