Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 26, 2013

Netherlands - Amsterdam

Assalamualaikum

Bulan2 december ni teringat tahun lepas ketika kami di Netherlands. Stay di Den Haag. 2x pergi Amsterdam. Saya tak tahu kenapa, tapi saya macam suka sangat amsterdam. Macam ada personal attachment situ. Eceh. Pergi Amsterdam naik tren. Cheapest option. Tak da la cheap sangat. Tapi kan tak ada kereta.

Ni Ahmad, tengah tunggu beli tiket. 

Dalam tren. 

Naik boat untuk sight seeing. Tengok ada 20 bahasa. Hebat tak boat dia? hehe. Sori gambar blur. 

Tengok rumah2 di amsterdam ni, semua lonjong2 kan. Narrow ke atas. Reason behind is that tax rumah di bayar mengikut kelebaran rumah. Jadi seboleh mungkin diaorang nak rumah tinggi ke atas dan mempunyai lebar yang kecil. Ha ha.

Lagi satu yang canggih dalam gambar atas ni ialah, bila buka pintu je terus air. Hehe. Amsterdam ada 4 main canal. Terusan2 ini memalui main2 city dan lainlain. Ada lagi terusan yang kecil2, ala2 jalan tikus gittew. Rumah2 ni terus connect ke air sebab owner2 rumah tu biasanya ada boat. So keluar rumah naik boat :)

Haa, yang glemer di sini ialah boat house. Ini adalah houseboat museum. Kisahnya, owner houseboat ni rimas orang asyik minta izin nak tengok rumah dia. Lama2 dia convert jadi museum. Hehe kan senang. 

Ha ni, rilek je dia 'parking' rumah dia kat tempat parking boat :). Memang orang duduk dalam boat tu sebagai rumah. Ala2 caravan pulak rasa cuma dalam boat. Ada lagi satu boat tu, saya nampak mak dia tengah masak lunch. Basically we passed dapur boathouse itu. Huhu. Cool sangat!

Gambar ni saya nak tunjuk style rumah2 di situ tingkap dia besar di bawah dan mengecil dan memendek ke atas. Itu style dari dulu2 lagi. Unik kan? I find it interesting. Gambar bawah ni lagi satu contoh.

Kiranya dalam satu rumah ada yang banyak family, ada yang sewa, ada yang duduk semua. Macam kita juga lah.

Tengok tingkap dia. Classic! 

No (boat)parking. Hahaha

Ini adalah church tower yang paling tinggi di Amsterdam

Ni museum Anne Frank House. Nampak tak orang beratur tu? itu orang beratur nak masuk Anne Frank house museum. Ada buku dia. Diary of Anne Frank. Saya dah baca dah la. So bila jumpa museum tu real life, macam..wah impressive. Basically rumah Anne Frank tu dia preserve jadi museum. So siapa2 yang baca diary dia (read: me) memang teruja lah nak tengok dengan mata kepala sendiri. Tapi setahu kami queue untuk masuk museum tu memang tak pernah surut dan sampai orang tidur2 depan tu nak masuk. Hai, lupa kan saja lah. Kalau rajin, pegi la cari buku diary tu dan baca. Tapi dia mmg yahudi lah. Ahaha. 

Nampak tak macam bangunan parking situ? situ adalah tempat parking basikal ok. Penggunaan basikal adalah macam main transportation di sini. Macam, semua orang berbasikal dan total basikal di amsterdam berapa ribu ntah saya tak ingat. Dan basikal yang hilang pon banyak. Dan basikal juga banyak terjatuh dalam terusan2 yang menyebabkan ia menjadi salah satu punca 'pencemaran' air. :) 

Hotel Pulitzer, one of famous hotel in amsterdam. Katanya feeling2 dutch homey lah kalau duduk situ.

Ini adalah public library Amsterdam. Ini central library dan library yang terbesar. Ada 1.7million buku. Ini juga adalah the best Library of Netherlands in 2012. Hai, kat belakang tu la ada 'I amsterdam' yang orang selalu ambil gambar tu. 

Kalau amsterdam je, orang mesti kata pegi 'red light district'. Saya tak pergi lah. Nampak je lorong tuh. Tak payah sampai situ pon dah banyak benda 'mengarut2'. Ini termasuk lah souvenir, gula2, dan macam2 lagi. Jenuh juga bila sarah tanya itu ini -_-!. Tengok ni, siap sex muzeum. hu hu

Makan kat sini senang. Memang ada terang2 cakap halal food. Amsterdam ni ada banyak sangat nationality. Dari seluruh pelusuk dunia majority akan berhenti disini. Jadi, kalau cakap melayu, perlahan2 sebab nearby mesti ada orang melayu. Asian pon ramai. Masuk kedai makan memang biasa jumpa orang melayu lah. Haha.

 Ni adalah debijenkorf yakni tempat shopping. kah kah kah. 


Membeli belah dalam gucci debijenkorf. Bukan beli untuk diri sendiri tapi beli untuk orang pesan. Tapi okla. hehe

National Monument. Actually ada juga gambar madame tussauds. Tapi gambar tak cantik sebab menghadap cahaya matahari. Jadi tak payah la letak sini ye. 

Ok dah penat berjalan. Lenguh ok bawak hasan dalam carrier itu. Amsterdam ni tak besar sangat la. Tapi kalau nak jalan dengan budak2, dan angkut budak, haih..banyak tu kalorie nak burn tu. Ekeke. 

Tak tahu kenapa, tapi saya suka sangat bandar amsterdam ni. Hai mungkin sebab dia cantik sangat, mungkin sebab perasaan gembira bila pergi situ, mungkin sebab mixed feeling that it portrays, mungkin the warm glow, so historical yet modern, so classy yet average, yadayada. I amsterdam!


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: