Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 23, 2013

Penimbang Berat Kesihatan

Assalamualaikum

Ingat tak kisah penimbang saya yang pertama sepanjang hidup? Kalau tak ingat boleh refer di sini. Neway, kan saya ada mention nak cari penimbang yang boleh bagi body age. Jadi, ketika saya jalan2 di klcc, saya TERnampak penimbang berat omron. Huh, ada body age? visceral fat?? huh! ini must-have. Ini sangat hebat. Tanpa membuang masa saya terus whatsapp husband. Heheh. Memang perangai beli barang kecuali baju kena minta izin suami walaupun pecah tabung sendiri. Lantas terjadi lah perbualan di bawah

Hai dan first attempt husband saya ialah menentang. Macam biasa. Dan auto-response saya ialah justify. Macam biasa. Haha. Tapi sebab kami open minded, maka kami berbincang. Sebab kita tak boleh rugi dan menguntungkan company penimbang, apatahlagi membazir. So, saya akan jual penimbang sebelum ini untuk roll money for this new baby. Masalah sebab penimbang baru ni mahal lagi dari sebelum ni. Considering function, memang patut lagi mahal. 

Selepas iklan selama 8 jam, maka penimbang lama dah ada buyer. Mintak maaf lah kepada yang berminat terlalu lambat dan tidak dapat membeli. Hai, sayang sebenarnya sebab sangat cantik, baru dan classy. Cool abes. Tapi apakan daya, being rational and unrational at the same time, being human as i am, i terpaksa let go in order untuk beli lagi satu penimbang. Hehheh

Di packing seperti baru. Include buku manual, resit (dated pembelian 7 dec) dan kotak. Tinggal bag plastik je tak ada. As good as new. Beruntung betul pembeli itu.

Lepas beli penimbang baru, saya terus guna. Ini result pada pertama kali timbang selepas lunch KFC. 

Ha, jadi dalam entry ni saya nak bincang dan kongsi sama2 tentang maksud yang di interprete oleh penimbang hebat ni. Hehe panjang betul intro ek.

Penimbang ni measure 6 benda iaitu weight, body fat, BMI, visceral fat, calorie dan body age. Gambar di atas tu measurement saya the first time saya timbang dan selepas makan KFC for lunch. Hehe. Jom kita pergi satu2 maksud nya.

Weight tu berat kita lah. Macam kalau guna penimbang biasa, itu la juga berat badan yang orang suka tengok selepas ambil product kurus, supplement, lepas makan, dan sebelum makan. Dari situ orang boleh judge kita ni gemuk ka kurus ka.

Body fat tu ialah lemak2 dalam badan. Perempuan biasanya lemak lebih. Sebab ada breast kan. Body fat ni juga lah yang menjadikan kita kelihatan gemuk. Biasanya badan akan bakar kalori dari makanan then kalau tak cukup baru dia bakar body fat ni. Percentage dekat penimbang tu tak begitu memberi maksud kalau kita tak refer pada chart di bawah.

Ni nama dia ACE chart. Ada lagi satu tapi ni macam lagi simple dan famous. Jadi refer sini je la. Nampak kan beza chart lelaki dan perempuan. Ha so body fat korang kat mana? Dari mesin tu body fat saya 29.3% kahkahkah. Tengah average. Lagi sikit nak obese. Ekeke

BMI ialah body mass index. Semua orang pon tahu ni. Ia adalah pengiraan antara berat dan tinggi kita. Nak tengok balance tak kita ni. So kiraan ini tidak mengambil kira body fat ok. BMI chart adalah seperti dibawah.

Basically

- Under 20 you are underweight
- Between 20 and 25 you have a normal weight
- Between 25 and 30 you are overweight
- Between 30 and 35 you are obese
- Above 35 you are clinically obese.

So, saya punya BMI mengikut mesin di atas ialah 21%. Nyumss.. :)

Next is visceral fat. Ha, ni term baru saya belajar. Kalau nak cari definition dia, panjang. Saya simplified kat sini. Visceral fat ialah lemak2 yang menyelaputi organ2 kita. Ada orang panggil "tummy fat". Dan visceral fat ini adalah lebih bahaya dari body fat kita sebab lemak ni yang akan membawa kepada pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit jantung dan darah tinggi. Macam kalau visceral fat kita rendah kan, so jantung pam darah sekali terus dapat untuk 1 badan. Tapi kalau visceral fat kita tinggi / banyak, mungkin jantung kena pam banyak kali baru dapat darah utk 1 badan. Ke gitu2 lah lebih kurang. Boleh google/ refer buku mana2 lagi untuk further info k. Tapi berjaga2 lah dengan lemak yang penting ini. Ok dari mesin, visceral fat saya ialah 3%. Tengok chart dibawah. Hehe. Ok walaupun "healthy" ialah 1- 12, tapi yang bagusnya adalah tak lebih 4 - 5 macam tu. Jadi kalau visceral fat anda 11, kena hati2 dah. ok?
Kalori memang ada di kedua2 penimbang saya. Jadi tak payah susah2 kira ikut calculator di website2. Kalori ni adalah jumlah resting metabolic kalori saya. Maksudnya untuk maintain berat badan etc sekarang, saya kena meet jumlah kalori yang tertera di mesin penimbang. Tapi kalau nak diet, kena kurangkan lah kalori tu. Tu topik lain k. 

Last sekali ialah body age. Body age ini ialah umur sebenar badan kita berbanding umur kita hidup. Hehe. Simply put, kalau umur badan kita muda berbanding umur kita yang sebenar, kita adalah fit. Tapi kebanyakan orang body age nya adalah lebih tua dari umur sebenar. Termasuklah saya. T_T. Body age 31. Umur sebenar 29. blergh. 

Ha, lepas penerangan, kan impressive mesin saya ni. Ekeke. Worth sangat beli. Saya boleh 'agak2' saya gemuk atau tak dengan mengukur saiz muat atau tak certain seluar. Tapi, visceral fat, saya tak tahu ukur physically. Begitu juga body age. Jadi, saya bangga ada mesin penimbang ini :").

Untuk customer slim set shaklee saya, anda boleh request k untuk guna penimbang ni secara percuma dari saya. 

p/s: timbang nenek saya guna penimbang ini, body age beliau 68. umur sebenar 75. oh nenek ku..very fit. 


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

2 comments:

insyirah safiyyah said...

Nak beli kat mana n brapa ye?

nurul iman said...

KLCC. Rm 3++ dah tak ingt huhu