Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 22, 2014

Bahayakah Menggunakan Supplement Alfalfa?

Assalamualaikum

Saya ambil article tentang alfalfa ini dari blog Dr Zubaidi di sini. Sebiji sejiban tapi dia bagi copy dengan syarat bagi credit. Tengok no.9. :). Bukan apa, ramai yang forward pada saya article ini. Saya pon pelik kenapa. Apa yang Dr Zubaidi cuba sampaikan semuanya betul. Apa masalah korang sebenarnya ni? nak harga murah lagi ke macamana sebenarnya. Ahaha. Jom kita baca balik; beserta komen saya yang diitallickan warna merah k. Ahem :").

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. 
Sebab tu saya ambil shaklee punya. Beli harga normal pon berbaloi apatahlagi harga promosi :"). Botol kecil ada 330 biji. Botol besar ada 700 bj. Korang yang nak murah kan kan kan.

Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. 
Saya setuju sangat yang ni. Kalau anda nak tahu, alfalfa shaklee adalah formula shaklee signature (signature tuuu). Alfalfa shaklee adalah ditanam secara organic yang bebas dari pesticide etc. Shaklee mengambil QC dari sumber.  

Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. 
Bagus Dr Zubaidi ni. Dia cuba untuk adil. Rilek doc, no pressure :P

Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen. 

Lebih 1,500 tahun orang Cina kuno menggunakan alfalfa muda untuk merawat penyakit usus dan ginjal. Mereka juga merawat pesakit yang mengalami sakit sendi (arthritis) dan bengkak kaki akibat pengumpulan air (water retention).
(sampai gambar Dr Zubaidi pon saya paste kat sini. Punyala nak copy)

Kini alfalfa masih digunakan oleh tabib herba untuk merawat penyakit ginjal, pundi kencing, dan kalenjar prostate bagi melancarkan pengeluaran air kencing. Ia juga digunakan untuk rawatan kolesterol yang tinggi, asthma, osteoarthritis, rheumatoid arthritis, diabetes, kekembungan perut dan masalah pendarahan seperti thrombocytopenic purpura

Bagaimana alfalfa dapat merawat penyakit-penyakit itu, tidak dapat  dijelaskan. Kajian saintifik masih tidak dapat menjelaskannya dengan baik tetapi berkemungkinan disebabkan alfalfa mengandungi protein dan vitamin K yang tinggi. 
Terdapat banyak sangat khasiat alfalfa. Ini kerana akarnya yang jauh merantau ke dalam bumi. Jadi semua nutrient yang bagus2 telah diserap terlebih dahulu berbanding tumbuhan lain. Mungkin kalau kita nak nutrient lebih dari tu, kita kena berlumba2 korek tanah lagi dalam dari akar alfalfa. Telan alfalfa je lagi senang kan :")

Walaubagaimanapun, ada kajian yang dijalankan, menunjukkan alfalfa mampu menghalang penyerapan kolesterol dalam usus. (Kajian ini tidak diterima untuk penerbitan dalam jurnal yang besar). 
Walaupun kajian tak qualify untuk masuk journal yang besar, boleh menitik airmata gembira mereka yang ingin menjaga paras kolesterol dan penurunan berat badan bila baca ayat ni sobs :").

Setakat ini ramai ahli saintis berpendapat belum ada kajian yang sahih mengenai keberkesanan alfalfa merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
1.     Masalah ginjal.
2.     Masalah pundi kencing.
3.     Masalah kelenjar prostate.
4.     Asthma.
5.     Sakit sendi (Arthritis).
6.     Diabetes Mellitus.
7.     Perut kembung.
Bukan tak ada kajian, cuma tak ada kajian yang sahih. Namun telah digunakan secara turun temurun dari cina kuno hingga ke barat. From east to west, from tabib herba to supplements, from then till now. Dari sebelum saya lahir, hingga dah besar panjang. Kalau tak sesuai, mungkin kita tidak dapat menikmati promosi alfalfa shaklee bulan ini :)). 

Oleh itu FDA, satu badan berkuasa di Amerika Syarikat yang menjaga keselamatan ubat dan makanan mengkelaskan Alfalfa sebagai bahan suplemen yang diperolehi dari herba, tetapi harus digunakan dengan berhati-hati.  

FDA mengatakan “menggunakan daun alfalfa BERKEMUNGKINAN SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa, tetapi menggunakan biji benih alfalfa secara berpanjangan BERKEMUNGKINAN TIDAK SELAMAT kerana biji benih alfalfa boleh memberikan tindak balas autoimmune dan menyebabkan penyakit lupus erythematosus atau boleh merangsangkan kemudharatan akibat penyakit itu.” 
Alfalfa shaklee menggunakan DAUN alfalfa dan BUKAN BIJI BENIH alfalfa. Alangkan pokok alfalfa yang dipilih pon yang ditanam secara organic, apatah lagi bahagian yang hendak dipilih. Isk. 

FDA juga mendapati memakan alfalfa dalam kadar yang berlebihan dan berpanjangan, juga boleh menyebabkan sesetengah orang yang sedang memakan ubat tertentu akan mengalami sensitiviti yang berlebihan  terhadap sinaran matahari. Mereka akan mudah mengalami sunburn, lepuhan dan ruam pada kulit .

Oleh itu jika seorang pesakit yang sedang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline, diingatkan agar berbincang dengan doktor dahulu. 

Penggunaan alfalfa secara berpanjangan dalam kuantiti yang besar juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita yang hamil dan menyusukan anak. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa  alfalfa bertindak seperti hormone estrogen, dan boleh memberikan kemudaratan pada kehamilan. 

Saya nak tekankan lagi (walaupun Dr Zubaidi dah puas menekan), bahawa apa apa pon yang diambil dalam kuantiti BERLEBIHAN dan yang lebih tu diguna secara BERPANJANGAN, memang akan jadi mudharat. Dahla ambil lebih, lama pulak tu ambil yang lebih tu. Gitu. 

Guna balik contoh Dr Zubaidi seperti di atas: 

Ayat 1: Pesakit yang mengambil ubat secara berpanjangan (tak salah tapi tanya doctor dulu). 
Ayat 2: Pesakit yang mengambil ubat dalam kuantiti berlebihan (salah)
Total: Pesakit yang mengambil ubat secara berpanjangan dalam kuantiti berlebihan (ultimate SALAH!)

Modify sikit tambah jenis ubat yang di maklumkan di atas 

Ayat 1: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline secara berpanjangan (tak salah tapi tanya doctor dulu)
Ayat 2: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline dalam kuantiti berlebihan (salah)
Total: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline secara berpanjangan dalam kuantiti berlebihan (ultimate SALAH!).

Modify lagi tambah pengambilan alfalfa seperti yang dimaklumkan di atas

Ayat 1: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline dan mengambil alfalfa secara berpanjangan (tak salah tapi tanya doctor dulu)
Ayat 2: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline dan mengambil alfalfa dalam kuantiti berlebihan (salah). 
Total: Pesakit yang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline dan mengambil alfalfa secara berpanjangan dalam kuantiti berlebihan (ultimate SALAH!).

Sekarang kita tukar subjek kepada wanita hamil dan menyusukan anak.

Ayat 1: Wanita hamil dan menyusukan anak dan mengambil alfalfa secara berpanjangan (tak salah tapi tanya doctor dulu). 
Ayat 2: Wanita hamil dan menyusukan anak dan mengambil alfalfa dalam kuantiti berlebihan (salah)
Total: Wanita hamil dan menyusukan anak dan mengambil alfalfa secara berpanjangan dalam kuantiti berlebihan (ultimate SALAH!).

Woh mengah woh tulis ni. Macam kelas bahasa melayu je rasa.

Oleh kerana alfalfa mempunyai kesan seperti estrogen yang kecil, bagi wanita yang mengamalkan pil perancang, berkemungkinan  alfalfa boleh menyebabkan pil perancang yang digunakan tidak berkesan. 
Alfalfa adalah antara komponen dalam suggested set kesuburan. Jadi kalau dia bagi subur, takkan dia boleh function macam pil perancang pula kan?

Bagi pesakit kanser payudara, kanser rahem (uterine cancer), kanser ovari, endometriosis, atau fibroids, juga harus mengelakkan diri dari mengambil alfalfa.   Dibimbangi alfalfa yang mempunyai kesan seperti estrogen, walaupun kecil  akan merangsang sel-sel dalam organ rahem, payudara dan ovari untuk menjadi kanser. Walaubagaimanapun kebimbangan ini belum dibuktikan secara kajian klinikal. 
Belum terbukti secara klinikal, tapi tak salah kalau nak bimbang.

Pesakit “auto-immune diseases”  seperti  multiple sclerosis (MS), systemic lupus erythematosus, (SLE) dan rheumatoid arthritis (RA), dinasihatkan agar tidak mengambil alfalfa sebagai makanan tambahan dan suplemen. Ini kerana alfalfa boleh menyebabkan penyakit mereka akan menjadi lebih serius. 
Ada tulis belakang botol alfalfa shaklee. Brand lain tak tahu.

Pesakit yang menjalani pemindahan organ seperti ginjal dan hati harus mengelakkan diri dari mengamalkan alfalfa kerana ia boleh memudaratkan. Dibimbangi organ yang dipindahkan tidak dapat digunakan kerana fenomena ‘body rejection’

Ini kerana ubat yang diberikan untuk merendahkan daya tahan menjadi tidak berkesan apabila pesakit memakan alfalfa. Antara ubat itu ialah azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine(Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3),mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone) dan corticosteroids (glucocorticoids). 
Supplement kebanyakan bertujuan untuk meningkatkan imun sistem badan. Jarang kita dengan supplement bertujuan untuk merendahkan daya tahan badan. Jadi, sesuaikan supplement dengan kegunaannya. Kalau anda tengah menerima organ baru, pastinya anda berada dibawah pengawasan yang ketat oleh doktor. Dengar je lah cakap doctor. Jangan pandai2 pulak. Kalau anda masih menggunakan organ anda sendiri dan bukan consumer ubat2 merendahkan taham imun seperti diatas, maka terpulang.  

Alfalfa juga dikatakan boleh menurunkan kandungan gula dalam darah. Jadi pesakit diabetes yang mengamalkan ubat diabetes, sama ada tablet atau suntikan harus berhati-hati untuk memastikan gula dalam darah tidak terlalu rendah. Jika gula terlalu rendah, boleh menyebabkan pesakit menjadi pengsan dan koma. 
Jika alfalfa boleh menurunkan gula dalam darah, ia merupakan berita gembira bagi pesakit diabetes yang sentiasa risau akan "gula naik bukan harga gula k". Siapa tahu, dengan penggunaan alfalfa secara berterusan mungkin lambat laun boleh berhenti medicine? we never know. 

Alfalfa boleh memekatkan darah kerana mengandungi kuantiti vitamin K yang banyak. Bagi pesakit yang mengalami penyakit yang disebabkan darah yang pekat dan diberikan ubat Warfarin (Coumadin) untuk mencairkan darah, elakkan dari menggunakan alfalfa sebagai suplemen. Alfalfa akan menyebabkan ubat warfarin menjadi kurang berkesan. Ini bermakna darah mereka akan menjadi pekat dan mudah membeku. Akhirnya boleh menyebabkan stroke.
Jadi pesakit yang mengalami darah yang pekat dan mudah membeku, harus berhati-hati mengambil alfalfa. Mereka mungkin memerlukan dos warfarin yang lebih besar. 

Sebagai kesimpulannya, suplemen alfalfa memberikan manfaat bagi segelintir pesakit, namun harus berbincang dengan doktor bagi mengelakkan kemudaratannya. 
Alfalfa terlalu banyak manfaat sehingga digelar raja tumbuhan. Ia juga digunakan widely from east to west. Untuk pesakit2 seperti yang dinyatakan di atas, discuss lah dengan doctor anda dahulu supaya anda tidak ketinggalan menikmati manfaat alfalfa! 

Wallahu a’lam.
Zzz..


Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

3 comments:

Norfauzani Jumodi said...

Salam...sgt bagus...suka2...nnt nk mintak copy n share ye...tq...

nurul iman said...

Salam. Silakan. Jangan lupa credit ya :)

Sharinna Yuhasmadi said...

Assalam.... Saya baru amal kan alfafa ni...bila baca statememt ni..rasa mcm takut plak part estrogen merangsang hormon kanser... Yelah kan kite sendiri tidak tahu (nauzubillah min dzalik) kite ni penghidap atau bukan penyakit kanser2 tersebut...hurmm