Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 20, 2014

Pizza Paling Simple

Assalamualaikum

Minggu lalu kami buat pizza. Sebenarnya inspired by aktiviti di kidzania tempoh hari. Ala, bukan lah pizza hebat sangat. Saja2 suka2. Spend masa dengan anak2. 

1) Sediakan bahan2 seperti di bawah.

Bahan2 terdiri daripada: roti pita, tomato puree, hotdog, button mushroom, cheese. Lauk boleh ditukar mengikut selera masing2 ok. Ini paling simple lah sebab saya simple orangnya. Eh? bahaha

2) Sapukan tomato puree pada roti pita sebagai base. Sediakan sorang satu pizza supaya tidak gaduh. Jadi disini, ada 1 pizza sarah 1 pizza ahmad. 

3) Hiasi pizza anda dengan lauk pauk yang anda mahukan. Contoh: ahmad taknak cendawan. Jadi lauknya hanya hotdog dan cheese (seperti di gambar). Sarah nak mushroom. Jadi pizza sarah premium. Ini juga adalah part yang paling gembira bagi budak2. 

4) Ok beginilah hasil pizza2 yang telah di hias. Yang pinggan pink ialah pizza sarah. Pinggan hijau ialah pizza ahmad.

5) Masukkan kedalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit.

 6) Dan tadaa inilah hasilnya :")
Nampak menarik kan. Sedap la juga :D. Tapi lagi bagus kalau roti pita tu di slice jadi dua. Saya amatur sangat itu pon tak tahu -__-

Nampak tak towel yang tersangkut pada sarah dan ahmad tu? dan ada semacam topi di kepala sarah? Itu adalah creativity sarah buat apron sendiri dan topi chef tu. Ahmad pon ada topi buatan itu tapi biasalah, dah koyak rabak :"). 

Gambar sebenar adalah seperti dibawah. Dia buat ni sebelum ke kidzania. Itu yang saya bawa mereka jadi 'chef' sekejap.



Nurul Iman. Shaklee Independant Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

2 comments:

Mimi Azirah said...

Wah sedapnye pizza...walaupun rgkas tetap sedap

kekman said...

Hehe. Jadi la utk first timer. Ahahah