Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 14, 2014

TART NENAS Sedap

Assalamualaikum

Sekarang tak berapa hari je nak masuk Ramadhan. Jadi sekarang ni ada banyak tester2 dan sample2 kuih raya. Best lah dapat makan free. Ahaha. Maklumla nanti kalau bulan puasa baru promo, dah tak boleh rasa kan kan kan. Dulu saya jual kuih raya. Seronok sangat ambil2 order bukan seronok ambil order sebenarnya. Seronok baham free tester Masalah bila saya jual kuih raya ialah, aku yg beli lebih dari pelanggan. Ops. :)

Rileks. Sekarang dah tak jual dah. Sekarang ni, nak promote kuih raya yang dibuat oleh mak kepada kawan saya yang special. Family kawan saya nii memang keturunan diaorang pandai memasak, baking dan segala yang berkaitan dengan dapur. Memang genetik :D. Dulu2 kalau diaorang buat open house, masya allah makanan lazat2. Nasib baik sekarang kurang dah buat open house. Kalau tak, bagai dipam2 la badan saya nanti. :") 

Ni baru nak mula marketingkan kuihmuih. Maklumlah anak2 semua dah besar2, jadi mak kawan saya ni pon freelance masak2 baking2 ni. Maafla saya pon tak tahula kenapa saya suka sangat promosi makanan .

Tapi dia bukan buat banyak jenis kuih. Dia buat 1 sahaja. Iaitu TART NENAS. Jadi, agak specialize. Macam, buat2 research dan tadaa keluar dengan TART NENAS. Gittew. Haa, harini, dia bagi sample kuih. Free okeh. Tapi packaging yang free tuu, special.

1 bag = FREE

Nice kan. Bekas sushi rasa nak makan sushi *tetiba*

Tengok description dia punya special. Mula2 saya tengok gambar, ingatkan shepherd pie ke cream puff ke *taksal*. Tapi last2, ooo TART NENAS rupanya. -___-. Jem nenas tu buatan sendiri. Homemade. ya hampun, keluarga saya tart nenas pon tak buat sendiri. Apatah lagi nak buat jem sendiri. Tahap dewa je boleh buat tu :). Jadi, saya ialah sangat impress. Hehe. Tapi itu bukan lah benda yang pelik kalau datang dari family kawan saya ni. Mereka memang skilled dan gifted dalam bab2 ni :).

Status sekarang: semua sample yang free tuu dah selamat di khadam oleh enzim2 dalam perut officemate2 saya :)). 

Ini adalah keadaan TART NENAS tersebut tanpa berselindung dibalik bekas sushi ittew

Kalau tengok balik gambar ni time bulan puasa nanti, guarantee korang akan order 5 balang terus :). 1 balang ada 50 biji. Berharga rm30. Boleh contact no ni ya: 0123955330. Saja bagi bold red. Kasi nampak. Hehe

Sebalang!

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut geli hati
Tart gebu berseri- seri
Tester sebiji order berkali-kali

Eh buruknya pantun. Selamat mengorder! 


Nurul Iman. Shaklee Independent Distributor. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775

No comments: