Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 23, 2014

Malaysian Hospitality 17

Assalamualaikum

Mesti semua dah tahu cerita pasal MH17 kan. Saya sedih sangat bila dengar cerita tu. Ajal maut memang dah tertulis kan. Moga2 kita mati dalam khusnul khatimah walau dimana kita berada samada di darat laut mahupun udara. 

Saya nak ucapkan takziah pada ahli keluarga mangsa yang terlibat. Bukan mudah menerima berita sebegini lagi2 dah dekat nak raya. Untuk orang2 awam macam saya pon, raya tahun ni tak semangat sangat. Bulan puasa yang penuh cabaran. Dengan keadaan di Gaza dan tragedi di Malaysia. Moga Allah tak tinggalkan kita walau sesaat pun. Moga kita terus berada di jalan yang benar dan di jemput menghadapNya dalam keadaan beriman dan terbaik. Amin!

Saya terkejut sangat bila dengar flight AMS-KUL. Itu adalah flight yang sangat biasa, routine dan hampir sentiasa penuh. Jarang sangat ada kosong. Selalu kena beratur untuk ke toilet. Maklumlah, long hours flight. Dan satu ketika dulu, husband saya adalah frequent flyer flight tersebut. KUL- AMS, AMS- KUL dah jadi normal. Hu hu (itu yang ada sikit seram sejuk bila dengar). 

Cerita pasal MH17, saya teringat ketika saya travel sorang diri bersama 3 anak2 KUL-AMS. Sarah ketika itu berumur 5 tahun. Ahmad 3 tahun dan Hasan 4 bulan. It is a 12-hours flight. Dan kena bawa luggage besar 2 ke 3 tak ingat. Derr

Sungguh, saya nervous. Kamonn. Siapa tak nervous. Kalau yang biasa naik flight, korang mesti tau kan macamana keadaan waktu boarding yang kadang2 delay la, dan nak travel ke pintu masuk pon dah satu hal la kan. Nak masukkan budak2 dalam flight, barang2, flight takeoff, dan keadaan dalam flight. Nak solat subuh. Nak makan. Kot berak ke g toilet ke. Itu semua tak factor in yang nak buat perangai  sebab dah kacau masa tidur etc. Hu hu. Nervous. Tapi saya tak boleh fly bersama husband kerana beza harga tiket yang besar sebelum korang tanya baik cakap awal2 :D. Jadi seminggu sebelum flight, memang full of mental preparation. Betul lah, the power of mind (no wonder HAMAS sangat hebat. Kekuatan spiritual mereka sangat hebat!)

Tapi, masalah UTAMA ialah..macamana nak arrange untuk pegang budak2 semua supaya nauzubillah tak hilang. Yelah Hasan mestila kena dokong. Umur 4 bulan. Kamonn. Nak letak pon tak boleh. Ahmad pon tak suka jalan lama2 dia nak dokong. Apatah lagi timing flight ialah masa tidur dia. Nak pergi gate kena jalan dan naik train. Sarah je yang boleh jalan. Last2 arrange semua jadi macam ni:

Galas bag. 'Galas' Hasan. Tolak stroller. Sangkut bag galas sarah pada stroller (semua ni ada barang ni). Sarah jalan pegang tangan / stroller. Berangkai habis :D

Jenuh juga nak lalu security kena buka segala galas2 tu. Hahaha. Mujur la polis2 jaga tu semua baik2 tolong tolak Ahmad etc. Agak nya dia tengok haru nya la perempuan ni :D.

MH: Malaysian Hospitality
Berbalik pada MAS. Saya request special assistance pada kaunter. Tapi sebab flight full (kan dah kata), jadi MAS tak janji untuk bagi special assistance. Dan memang tak dapat pon. Tapi, dalam flight, stewardess ya allah helpful sangat3! Saya rasa macam semua sangat helpful dan very very understanding. Makanan siap bagi dan simpankan ikut timing budak2 makan. Siap tolong2 packkan. Tak kedekut langsung. Dan everytime ada je yang akan tanya "is everything ok puan?" steward tolong angkat bag etc. Wahaii sangatla MH. Yang sembang2, macam..you know, just to make you feel comfortable. Of course all eyes will be on you. Tak da sorang pon dalam flight tu yang travel alone dengan budak2 berderet2. Lagi obvious bila tengah tunggu nak boarding. Semua orang tengok macam.."ok here comes disaster," "are you sure?", "whyylah she travel alone" sort of 'looks' given to me ok. Ha ha. Then stewardess tolong siap2 kan Ahmad nak tengok TV. Betulkan posisi Ahmad tidur sebab saya memang tak boleh gerak dah etc. Lepas tu tengah2 perjalanan, i think head steward kot (i dont know for sure) datang jumpa saya. Macam tanya, are the steward/ess treating you well, hows everything, if you need anything just call etc. OMG. Ok sepanjang naik flight saya tak pernah nampak yang pakai kot hitam lalu lalang apatah lagi datang. So i think he must be head2 something la. I think. Tak tahu la kalau salah. Tapi gaya cakap macam authoritative. 

At that time, rasa macam wow I really pay MAS for their hospitality. Bila travel, all you need is not really a good food nasi lemak ada ikan bilis tak da ikan bilis :D. Actually travelling is not really a pleasant journey. Banyak hal kena consider. BUT, that kind of treatment yang make your journey worthwhile dan pleasant. Jadi macam slogan MAS di KLIA tu (lupa lah) really it la. Ha ha. Dan alhamdulillah, budak2 semua tak berak dalam flight. FYI anak2 saya semua kuat berak :D (maaf kurang sopan :")). Saya pergi toilet sekali sahaja. Maklumlah toilet kena beratur matsalleh suka sangat pergi toilet. Itu pon sebab untuk ambil wudhu solat subuh. Pramugari tolong tunggukan Hasan di tempat. *terharu sobss*.

Mungkin itu memang job scope crew. Mungkin tidak. Tak semua flight macam tu. Ops. Senang cerita, that 12-hours, is better thanks to MAS and the crew. Tengok, saya fly akhir tahun 2012. Sampai sekarang saya ingat. Dan sampai sekarang saya ingat lagi muka head steward tu. 

Bersatu untuk MAS
Berbalik kepada serious issue sekarang, ini bukan pertama kali saya sangat impress dengan crew MAS. Flight ke tempat lain banyak. Nanti saya cerita. Tapi, nak make it a point, dengan krisis MH17 berlaku sekarang, saya rasa sangat kesian pada MAS. Dan saya setuju kita perlu bersatu padu untuk MAS bukan menunding jari menyalahkan MAS. Apa kalau dia tahu situ nak kena tembak korang ingat dia nak lalu ka situ? Dan kalau dia tahu flight MH370 nak hilang, do you think they will fly it? 

Saya setuju dengan kata2 KJ di bawah

This is WISE

Jadi, jom lah sama2 reflect balik. At least try to 'be in other people's shoes'. Kalau later diaorang salah. Fine. Tapi untuk hard time like this, lets just support each other and be together. 

Ok dan selepas berhempas pulas landing eh sejak bila jadi pilot ni kahkah, maka saya berjaya make it! First timer di Schipol Airport tak tahu nak expect apa. Struggle angkat bag besar dari belt tu sambil 'galas' Hasan. Tak tahu trolley kat mana or to what limit. Yang best, lepas jumpa trolley dan lepas susah payah gila angkat bag naik trolley, angkat Ahmad masuk bakul trolley sambil 'galas' Hasan *oh god help me this time macam nak terberak ok punya jenuh* tup2, kat depan tu no trolley zone *nangis!*. Angkut turun balik heretla bag besar. Dan dokong Ahmad bawa keluar balik. Dan repeat lepas turun dan keluar dari no trolley zone, ambil trolley lain T_T. Nak terbalik ketika trolley tersangkut di escalator, tahan kencing sebab dah tak boleh pergi toilet, tolak trolley sambil galas Hasan (Tricky tau ni. Ce try) 

Hello Amsterdam! This is how we looked like @ schipol airport. Fresh baru keluar ni dari arrival ni. Not bad eh for a 12-hours flight with the kids :)

Nice memory. Saya rasa, at that time, orang ingat saya ibu tunggal kot. Atau mungkin kahwin dengan some dutch guy. So now going over to see the husband. ROTFL :D. 


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: