Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 16, 2014

Melbourne 2011

Assalamualaikum

Sebenarnya nak cerita pasal Paris. Tapi nampaknya gambar2 semua dalam HDD lain. Jadi terpaksa make do with whatever in hand lah. Huhu. Potong stim betul kan tengah bersemangat kemainn di tengah2 bulan ramadhan ni dah mengaji ke? huhu.

Sambungan dari trip to Melbourne di sini. Kali kedua kami pergi pada tahun 2011 dah kenapa kena pergi lagi tempat sama? Kali ni pergi belanja in-laws. Husband saya grad di melbourne uni. Jadi dia nak pergi collect original cert (lepas beberapa tahun tak ambil) dan nak tunjuk la uni beliau pada parents. :). Yang bestnya, time book tiket tak perasan towards the end of trip akan masuk bulan puasa. Jadi towards the end to, ada lah berpuasa kejap di Melbourne :"}

Kami pergi dalam 7 hari 6 malam kalau tak silap. Ha lama kan. Tinggal di apartment dapat dari hasil pencarian di internet. Lokasi betul2 di tengah2 bandar. Apartment tu memang superb. 2 bilik, very fully furnished. Sempurna segala bagai lah. Ala2 duduk rumah la gittew. Dan harga berpatutan. Macam biasa, lokasi tu penting, sebab nak guna tramp kan. 

Ok tak nak cerita panjang, pendek je entry kali ni. Almaklum lah dah dekat 3 tahun yang lalu. LOL.

Ok this is like, somewhere in the middle of the town :D

Tengokla ahmad debab dan masih belum boleh berjalan lagi. Yang kelakar, kami estimate by this time ahmad dah boleh berjalan jadi senang la sikit tak payah dokong sentiasa. Lupa lah budak2 ni semua spesis jalan lambat. Jadi, nampaknya masih belum boleh jalan dan kena dokong dahla debab :")

Seperti tujuan utama, kami ke Melbourne Uni. First trip 2009 duu saya dah round dah satu university. Jadi takda la heran sangat. Ehh :). Then makan Butter chicken rice (yang saya mentioned dalam previous entry) nyams! Maaf tak ada gambar.

Perut kenyang suka hati lepak di masjid, dan kawasan parkiran

 In- Law di St Kilda Beach

Merangkak lagiii

Naik tramp jauhh ke St Kilda Beach. Macamla kat malaysia tak ada laut kan kan kan :D. Saja, kot2 la ayaq laut kat melbourne ni rasa dia manis bukan masin. Ok tak kelakar. -..-

Oh well, inilah kebab sebesar lengan yang saya cerita tuh. Alasya kebab *love love love* bulan2 puasa ni memang elok kita reminisce makanan2 terdahulu :") 

Dalam crown casino. Malam2 kedai dah nak tutup. Tak jumpa pula gambar api keluar kat luar tu. Jadi gambar ni je lah. :D

FYI, dengan dukacita dimaklumkan oleh kerana time ni nak masuk musim sejuk, maka ice cream hebat iaitu ice cream il fredo dolce itu adalah TUTUP SAMPAI HABIS MUSIM SEJUK (!!). *Mohon nangis lagi sekali* Tak dapat la nak gambarkan frust nye lah takkan nak beli tiket lagi semata2 untuk makan eskrem? Kamonn T_T

Time tu nampak shopping complex baru buka yakni ketika tahun 2009 ia masih belum ada. Shopping complex itu ialah DFO. Tempted sangat nak pergi. Namun dapat pergi sekejap je. Whyy oh whyy?
1) jalan jauh
2) penat sebab puasa. lol
3) maklumlah kena angkut sidebab tu :")
walhal situ corelle murah sangat. Ada la juga barang2 burberry yang kalau-lama-sikit-fikir-boleh-terbeli, dan lain2 sobs

Then kami ke victoria market (biasala ni kan wajib). Hihi. Pastu pergi tempat2 biasa yakni muzeum, national gallery, library yadayada. Santai2 sahaja.

Melbourne Parliament House - tempat ahmad practice jalan. Kellas! Kahkah. Lepak sini lama kasi chance ahmad practice jalan penat sebenarnyaa

Kami ada la visit2 student di melbourne, visit2 rumah2 master-student, kasi feeling2 malaysia sikit walhal tak bawa buah tangan malaysia apa pon. Pergi makan lagi ada :D. Tiba2 esok lusa ada lawatan balas dari student pulak ke rumah kitaorang Wah lawatan balas dendam gittew. Jadi kami jamu biskut2 melbourne lah mohon pencerahan siapa tourist siapa tuan rumah :D 

More or less, itu lah kisahnya. Biasala holiday kami memang simple :). Memang tak ada la kangaroo ka penguin ka koala ka.  Takpa saya harap kerajaan boleh bawa masuk Malaysia nanti tak susahkan rakyat untuk ke Australia selalu :D. Mohon jasa baik kerajaan bawa masuk sekali ice cream il fredo dolce tu ye. Iklim khatulistiwa boleh buka 365 days per year. Eh gittew. Terima kasih kerajaan!

Balik tu kita pakat2 tidur dalam flight dek kepenatan puasa :D


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: