Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 11, 2014

Art: Freestyle!

Assalamualaikum

Bila kerap buat art, hari2 pula budak2 nak buat. Sampai dah kering idea saya. Haha. Beli buku, buat rujukan. Tapi ada satu malam tu kami tak cukup bahan. Bahan utama pula tu iaitu kami kehabisan drawing block. Ntah macamana, ahmad jumpa sekeping. Jadi sekeping drawing block tu saya potong dua untuk ahmad dan hasan berkongsi. Sarah kena cari idea sendiri. Tema freestyle sebab tak ada idea dan kekurangan bahan :D. 

Saya tuangkan watercolor dan bagi kertas sorang satu. Duduklah mereka untuk brain-storm. Hehehe.

Sesi brainstorm dan conteng

Jom tengok apa jadi.

Sarah kata nak cat kotak. Hasan pula automatik mula ambil berus dan lukis2. Ahmad ambil warna hitam. Nak warna satu kertas penuh katanya. Bila ditanya nak buat apa, dia kata transformers. Ok biarkan. 

Tengok ni lepas cat kertas dia cat sekali kuku kaki -__-

1) Hasan dah siapp! ok mula2 sekali ia adalah sebuah lukisan. Dengan storyline seperti di berikut

mama: "hasan lukis apa?"
hasan: "bas"
mama: "bas warna apa?" 
hasan: "warna..warna tunin..hijau"
mama: "tu apa?"
hasan: "tu tayar dia"
mama: "lagi hasan lukis apa?"
hasan: "ada bastital..voom voom"
mama: "kat mana?"
hasan: "kat tepi"
:)

2) Lepastu ia adalah sebuah topi. Dan dipakai seperti berikut. 

*****
Ahmad tengok sarah cat kotak, dia pon teruja nak model juga. Dia nak buat topeng transformers. Kebetulan ada pinggan kertas, saya suruh dia cat pinggan kertas ikut warna apa dia nak dan design macamana. Ahmad cat semua hitam -____-.

Dan tiba2, jadi lah..jengjeng ..transformers!

Siap lubangkan bawah cawan untuk jadi 'tangan' transformers

Hasan tengok abang dia ada topeng, macam bes je. Dia pon nak juga. 

3) Maka yang ketiga topi tersebut bertukarr menjadi sejenis topeng. Topeng apa?

mama: "Hasan jadi apa?"
hasan: "Hatan jadi yobott!"

Transformers communicate dengan Yobot

Superheros

Kotak aquarium sarah yang mempunyai bendera. Tengok, bendera Malaysia dan Palestine :)

Itulah hasil art class pada malam tu dengan tema freestyle! :))

Topeng transformers ahmad:
Bahan2: Pinggan kertas sekeping. Cawan kertas 2 keping. Watercolor. Tali/getah. 
Cara: Cat pinggan ikut citarasa. Lubangkan untuk mata. Kertas lebihan mata tu gunting dua dan staple di kiri kanan menjadi kan 'antenna'. Lubangkan kiri kanan untuk getah/tali ikat topeng. Lubangkan bahagian tapak cawan. Pastikan cawan muat saiz tangan

Topi hasan:
Bahan2: Kertas. Getah/tali. 
Cara: gunting kertas bentuk bulat. Gunting bentuk '1 slice' kek. Cantumkan bahagian yang digunting tadi menjadi topi. Siap! Boleh hias ikut citarasa.

Topeng yobot hasan:
Dari topi tadi, gunting bahagian mata. 'Baringkan topi' supaya berbentuk mask. Lubangkan kiri kanan untuk getah/tali ikat topeng. Siap!

Aquarium sarah:
Bahan2: Kotak kosong (preferably yang ada 'tingkap'). Water color. Hiasan ikut kreativiti
Cara: Cat kotak agar cantik mengikut citarasa. Hias. Isikan kotak dengan mainan haiwan laut / gambar2 sendiri :)


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

2 comments:

nini said...

umur anak2 berapa yer..,,
suka tgk dorang kreatif

nurul iman said...

Sarah 7 tahun. Ahmad 4 tahun. Hasan 2 tahun :)