Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 12, 2014

Mom's Time Out

Assalamualaikum

Sempena nak weekend ni dan mendekati cuti sekolah, meh saya semarakkan lagi aura weekend dengan entry ni. Hehe

Haritu ada teambuilding office. Yang best sebab 1 malam je. Mula2 teragak2 juga nak pergi. Biasalah, leceh kan nak tinggal budak2 di rumah. Tapi, mengenangkan hanya 1 malam dan lokasi yang menarik sekali, maka saya decide untuk pergi. Yeah! 1 malam mom's time out at Grand Lexis, Port Dickson. Saya dah banyak kali niat nak bawa budak2 pegi Grand Lexis ni. Tapi sampai sekarang belum ada rezeki. Ni tiba2 dapat free trip kan. Siapa tak nak hehe. 

Sampai di Grand Lexis pukul 11 pagi. 

2 orang 1 bilik. Jadi dapat katil king size sorang satu! Yey

Bilik besar sangat! memang best kalau bawa budak2 datang sini. Ada pantry, washing place dan yang paling menarik, ada bahagian kecil lantai di lubangkan (macam dalam gambar). Jadi kita nampak keadaan air laut di bawah. Kalau tengah surut, nampak selut la -_-

 A private pool in your room? Lalala

 Pool dilengkapi dengan shower sekali diluar, dan di hujung pool ada 'katak' keluarkan air. Ala2 tepi air terjun untuk create suasana kedamaian. :D

Lepas lunch, kami balik bilik masing2 untuk berendam dalam pool sementara tunggu aktiviti pada pukul 3 petang nanti. Mengantuk betul lepas berendam 2 jam. Tapi sebab dah pukul 230, jadi dah tak boleh tidur. 

Petang tu ada aktiviti ice breaking. Ada 3 pertandingan untuk aktiviti petang. Saya masuk aktiviti masak2. Jangan salah faham. Bukannya saya TERPILIH sebab skill memasak. Tapi hakikatnya, saya memilih diri sendiri untuk masuk pertandingan tu -__- kot2 lah boleh tolong2 basuh2 pinggan, potong2 sayur :D. Kot2 lah menang. Eh tiba2 ekeke.

Siapa yang pandai2 candid time tengah serious kupas apple ni. Apa? kupas APPLE?? buat juice okk! :D

Kan dah cakap. I am the lucky charm. I bring luck to those around me. KAN MENANG TUUU. No 1. 5 star!! :)))

Lepas habis dan menang pertandingan adalah free time sampai dinner. Best kan agenda teambuilding kali ni. Jom jalan2 petang ambil angin. :D

 Rumah kami atas air

Candid jalan2 ambil angin (wah damai sangat bunyi nya tu :))

Lepas penat jalan2 petang ambil angin, saya enjoy my personal time dengan bunyi2 air terjun di pool, dalam selimut. Doing what? of course reading book! Hah? Iman BAWA BUKU PEGI TEAMBUILDING?? nerd apa kah ini :D hashtag nerd hashtag enjoy.
p/s: ingat senang ke nak dapat personal time untuk baca buku kalau dengan budak2 tuuu :)

 Keadaan pool menjelang waktu senja

Malam ada dinner. Esok pagi ada satu aktiviti. Lepastu free time sampai nak lunch dan check out. Kami berendam lagi -___-

Maaf ni je gambar yang mampu bagi:D

Dan tenghari itu berakhirlah teambuilding untuk 2014. Berakhir juga time out saya :)

Saya anak merdeka. Photobooth di dewan. 
BYE!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: