Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 15, 2014

Banana Chocolate

Assalamualaikum

Tengah2 tengok newsfeed facebook, ternampak recipe2 mudah. Rasa nak cuba walaupun sedar diri tak tahu masak sekadar buat aktiviti dengan budak2 :). 

Kalini nak buat banana chocolate. Nampak macam mudah. MACAM je. 
Bahan2nya adalah: Pisang, peanut butter / nutella, coklat masak untuk dicairkan.

1) Potong pisang nipis2
Pisang senang je nak potong. Jadi guna pisau butter pon dah ok. Takla bahaya sangat untuk budak2.


2) Susunkan pisang berdua2an yakni ada partner


Tadaa..macam perbarisan pisang

3) Sapukan inti antara 2 pisang. Dalam original recipe, dia letak peanut butter. Tapi since kami tak ada peanut butter, maka saya pandai2 pergi gantikan dengan nutella. Hehheh


Letak nutella di antara 2 keping pisang tersebut. Harap maklum keadaan agak rumit kerana pisang licin dan nutella pon licin. Jadi macam susah nak melekat. Mungkin itu kah hikmahnya original recipe guna peanut butter? Saya tak tahu. Anda boleh cuba. Tapi kami berjaya dapat sepinggan macam di bawah ni :)


4) Celup dengan coklat cair. Sebenarnya, anda perlu double boil untuk mencairkan coklat masak. Tapi di atas kekhilafan saya dalam bab2 memasak ni (benci tau), maka saya dah pergi hanguskan coklat tu dengan jayanya. Lepastu cairkan balik dengan microwave -______-. Jadi rupa bentuk buruk di bawah ni semua salah saya. Hu hu hu

Nampak 2 jenis warna coklat? 1 hangus 1 berjaya -..-

5) Keraskan dalam peti ais beku selama sekurang2nya 3 jam dan kemudian boleh makan!

Recepi original dan hasil banana chocolate yang sepatutnya adalah seperti di bawah. Jadi sepatutnya banana chocolate kami berupa seperti dalam poster di bawah ni. SEPATUTNYA la -..-


Sekian selamat mencuba!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

1 comment:

nini said...

o la la.....sedapnyeeee