Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 17, 2014

Food Art

Assalamualaikum

Untuk aktiviti malam ni, kita venture more on food. I'm thinking along something that uses sensory, along with creativity and fine motor skill. Jadi rasanya nak buat art guna makanan. 

Saya guna ni sebagai bahan2. Bukan apa, itu je yang jumpa dalam kabinet dapur. Hehe

Ini keadaan ketika baru mula buat art

Hasan macam biasala, mesti nak gambar kereta. Jadi saya lukis kan gambar kereta. Dia yang pilih bahan dan tampal. I helped him with the glue. Ahmad nak gambar transformers (tak habis2 -__-). Saya plan nak draw muka logo transformers tu je (kreatif sangatla maknya kan ;")), tapi sarah nak tolong draw kan. Jadi lah full body transformers. Ini bagus sebab dia enhance kreativiti kedua2 sarah dan ahmad. Nanti kita tengok kenapa. Dan sarah sendiri, dia lukis sendiri rumah.

Hasan paling suka guna beras. Agaknya sedap tabur2. Saya sentuhan pada beras enhance fine motor skill. Hopefully *cross finger*

Haa, cuba tengok, creative tak cara ahmad pilih bahan dan lokasi untuk tampal. Tengok macaroni dan spagetthi tu. Time ni rasa mujurr saya tak lukis logo transformers tu je untuk dia. Kalau tak, tak keluar la kreativiti macam ni -_-!

Sarah sangat2 detail dalam positioning bahan dan lokasi. Tak ada space kosong antara bahan2 tu

Concentration

Ni lah keadaan nya. Kena beli lagi 1 meja untuk hasan macam ni. Hahah :)

Dan hasil yang di tunggu2~! 

Of course hasan. Cantik bukan result. Yang penting hand coordination dan experience

Ahmad punya. Tengok pendetailan macaroni dan pemilihan bahan2 di setiap tempat

Sarah! Cantik sangat. Sangat detail. Sangat teratur. Spaghetti dia patah2 kan ikut panjang bumbung

Boleh nampak kan hasil dari berbeza umur. Ada banyak lagi pembezaan dalam banyak aktiviti art yang lain yang akan saya kongsikan. All in all, we had a blast! Semua orang happy :D.

Bahan2: dry food yang ada dirumah. Saya guna: macaroni, spagetthi, beras dan kacang dhal. Anda boleh guna kacang hijau ka, kacang merah ka etc. Drawing block. Gam putih (kuat sikit dari gam biasa tapi kena tunggu kering) dan marker untuk lukisan.
Cara: Lukis gambar. Serahkan pada anak2 untuk tampal bahan2. Jika perlu, bantu dalam penggunaan gam
Masa: Tergantung pada kompleksiti lukisan dan bahan2 dan umur anak

Cubalah!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

3 comments:

najah salwa ismail said...

Rajinnye mamaaa.....biler ummi ni nak rajin gk ni hahaha tp memang sangat cantik hasil kerja diorg...

nurul iman said...

ummi tgh sibuk spa tuuu

nini said...

bagus kan aktiviti mcm ni untuk anak2