Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 3, 2014

Toot Toot Train

Assalamualaikum

Long weekend kan time merdeka haritu. Tak ada rezeki nak plan holiday mana2. Lagipun kenduri dan jemputan aqiqah penuh pagi petang. Alhamdulillah dapat hadir semua. Jadi kami lepak2 saja ada masa lapang. Satu petang tu pegi alamanda beli barang. Kotak besar.

Sedang husband pasang alatan tu tiba2 hasan masuk dalam kotak dan main boat2. Dia memang boleh mem'boat'kan apa sahaja -_-!. Tiba2 dapat idea untuk recycle kotak dan buat train!

Ni lah rupa kotak tu. Ada 2 bahagian. Satu penutup, dan satu bahagian bawah

Kebetulan dari jemputan2 makan yang buat sebelum ni ada pinggan polisterine lebih. Jadi, boleh la buat tayar. Tayar kena ada 4 untuk 1 kotak. Sebab macam tak logic kalau ada 2 je kan *pikirku dalam hati*. Budak2 ni pon beria la cat guna watercolor. Yang kelakar, semua ambil warna biru. Hitam taknak sebab tak lawa. Apekess? :))

Tiga2 khusyu cat pinggan masing2

Then saya tolong tampal pada kotak. 2 'tayar' setiap side. Lepas tu lukiskan 'tingkap' berupa kotak2 empatsegi je di sisi2 kotak guna marker pen. Saja lah bagi cantik. 

Sampai terbaring2 untuk warnakan tingkap. Tingkap ni tak guna watercolor. Guna crayon baru! hehe

Semua warna tayar dan tingkap, saya biarkan ikut kreativiti budak2. Dan hasilnya..tadaa!

Ini gambar di kedua2 side. Buat 1 kotak je sebab mama dah penat nak tunggu dah malam:)

Dapatlah main train kejap sebelum disuruh mandi etc

Apa jadi pada lagi satu kotak? 
Esoknya pagi2 saya tengok budak2 dah ke bilik buku. Lepastu tiba2 hasan datang dekat saya sambil pegang pinggan "ma cantik tak hatan kale?" Baru saya perasan rupanya masing2 warnakan 'tayar' masing2 sekali lagi untuk kotak kedua :D. Kalini diaorang guna crayon (padanla tak ada siapa minta mama letakkan watercolor).

Masing2 kendurikan crayon baru :D

Tayar hasan je la warna oren. Oren is his favourite color. Sabar je lah

Ni sarah tengah nak tampal tayar. Ahmad muat baring dalam 1 gerabak

Of course hasan taknak kalah nak baring jugak -_-


Amacam, kellas tak steering wheel? Hehe *buku tu beli lama sangat dah di bookexcess*. Cawan ala2 serombong


Tadaa ini hasil train 2 gerabak. Siap diaorang color lantai train habis melekat2 warna di tapak kaki T_T

Hasan test drive. Dia paling suka train. Jadi dia paling layak jadi driver la :D *ahem kotak shakleeku terlibat dan sangat berguna nampaknya!*

Toot toot "cinders and ashes!"

See you real soon!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: