Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 1, 2014

Fish Art

Assalamualaikum

Salam bulan october. Kali jom mulakan dengan entry art untuk buat fish. Dah buat haritu cuma tak berkesempatan nak update blog. Kalau siapa2 follow instagram saya, boleh tau live bila saya buat art class saya dengan budak2. Ceyy art class tuu :D. Cari #imanartclass ye. Ekeke

Nak buat ikan ni senang je. Bagi pinggan kertas sorang satu pada anak2. Size pinggan menggambarkan size ikan anda. Kalau boleh, pilih pinggan plain. Kalau ada corak, nanti spoil decoration ikan

Gunting size 1 slice pizza macam ni

Saya memang pengumpul kertas2 balutan hadiah dulu2. Pembalut hadiah masa kahwin masih ada sampai sekarang. Bayangkan! hehe. Jadi sebelum tu saya dah gunting kecil2 dan letak mengikut corak di water color palette

Nampak water color palette tu? setiap satu corak berlainan. Tak penuh pon ada dalam 4-5 kertas corak

Kemudian bagi gam suruh anak2 tampal mengikut kreativiti masing2. 

Hasan pon nak join juga. Tapi hasan tak ada ikan kali ni. Sebab dia sibuk main lori. Maybe next time :)

Bahagian bentuk 1 slice pizza tu di tampal untuk di jadikan ekor ikan. Dan bagaimana hasilnya? Jadilah ikan kami seperti di bawah. Tadaa!
Tak perlu supervision sangat kecuali untuk sembang2 dan tolong gunting kertas corak yang dah habis :))

Ikan sarah yang ekor biru. Tengok kreativiti dia tampal mengikut corak kertas warna, kemudian ada mata. Ahmad pula, tampal corak rawak. 
"ahmad taknak warna ekor ikan ahmad ke?" 
"ekor ikan ahmad warna dia putih" 
itu macam :D

Bahan2: Pinggan kertas, kertas warna/corak yang terpakai, crayon.
Masa: Dalam 30-40 minit

Jadi sekarang ada 2 ekor ikan comel terlekat di dinding bilik buku kami. Yey! 


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: