Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 13, 2014

Spider Kertas

Assalamualaikum

Saya sambung lagi entry pasal aktiviti art yang dibuat bersama budak2. Ni buat sebelum pergi haji. Cuma tak sempat nak update hehe.

Kali ni kita buat Spider!

Buka buku dulu tunjuk gambar spider sebenar

Saya suka relatekan realiti dan fantasy/mainan supaya budak2 boleh relate dan tak confuse yang sebenar dengan yang tipu. Contoh, gambar bulan dalam buku. Ha seboleh mungkin tunjukkan sekali bulan kat luar rumah. Jadi, fikiran diaorang boleh bayangkan yang sebenar la. Gambar kucing, or ikan etc. Jadi kali ni since nak buat spider, saya tunjuk gambar spider tarantula (sebab spider jenis tu je yang masuk dalam buku. Spider halus spesis duduk dalam rumah tak masuk buku hahaha) dan cakap kita nak buat spider. Tengok kaki dia bulu2 (bukan apa, bahan2 nak buat pon kebetulan berbulu2 :))).

Ni bahan2 nya. Tapi benda kilat tu tak guna. Sebab tak dapat nak lekat kan guna gam tu. Nampak yang warnawarni tu? tu bahan untuk 'kaki spider'. Kan berbulu :D

3 pinggan untuk 3 orang. Saya lubangkan tepi2 buat 8 lubang. 4 kiri 4 kanan

Since kaki spider tu warna warni, jadi masing2 pilih warna masing2.

Budak2 ni tiga2 dah kenal warna. Jadi, tak ada sesi pembelajaran warna di situ sangat haha. Tapi boleh dijadikan sesi pengenalan warna bagi anak2 yang tak kenal warna lagi. Ahmad pilih warna merah sebab merah tu warna transformers katanya -_-. Hasan memang favourite color dia oren. Pinggan mangkuk semua nak oren -_-. Sarah mula2 nak warna biru muda sebab warna cerita frozen -_-, tapi last2 tukar sebab nampak warna purple lagi cantik.

Suruh hasan masukkan sendiri kaki spider dalam lubang. Saja, untuk fine motor skill

Sarah dan ahmad masukkan sendiri

Lepas kaki dah siap semua, kita hias spider masing2 mengikut kreativiti masing2

Ni Ahmad punya. Dia kata spider ni 'girl'. Sebab kaki merah, kening pink (tengok yang pink atas mata tu hu hu) dan hidung pink. Huhu.

Ni Sarah punya. Mesti la nak lain dari yang lain kan. Jadi dia warnakan spider dia. Depan belakang pula tu! Dan muka spider pon nampak structured kan banding dengan ahmad :)

Concentration span hasan tak bertahan lama. Lepas lekatkan semua bulat2 sebagai muka spider, dia ambil baki bulat2 tu dan main buat load lori. Load unload lori di pelbagai tempat. Haha fine motor skill juga! :D

Tadaa ni hasil 3 ekor spider yang dilekatkan di dinding. Hasan punya hasil yang spider berkaki oren tu . Tengok kaki spider sarah, kemas kan? dia buat sendiri :)

Bahan2: Gam, dawai berbulu, mata, pinggan kertas, bulu2 bulat. Ikut kreativiti.
Masa: 30-40 minit

Nota: Gam kena cari yang elok sikit. Gam putih tu tak berapa lekat lah. Tapi nak guna uhu, kena under supervision sentiasa. Saya masih dalam pencarian gam yang bagus untuk melekatkan bahan2 pelik2 tu pada pelbagai permukaan. 

Sekian selamat mencuba!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: