Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 18, 2014

Phuket - Patong Beach

Assalamualaikum

Dah akhir tahun, saya tiba2 bersemangat ada mood travel walaupun sarat. Tapi mesti lah tak boleh travel sangat dah. Nak naik flight pon dah tak berapa lepas. Nak jalan2 alamanda pon mengah2. Jadi, apa yang mampu buat untuk curb nafsu jalan2 ialah dengan 'jalan2 memori' = walking down the memory lane katenye. Haritu saya kata nak cerita pasal phuket kan. Ha sementara ada mood, dah boleh update. Nak menulis pon kena ada mood, ambil feel. Hehe

Phuket ni ada cerita sedih. Akhir tahun lepas (2013) saya pernah booking tiket sekali dengan hotel siap semua. Tiba2 last minute, tak ada rezeki nak pergi. Jadi, burn je lah semua tu :(. Burn baby burn lalala *eh tiba2*.

Kali ni, saya buat style tradisi iaitu booking tiket dulu. Then sabar2 sikit baru book hotel. Yelah, mana boleh pisang berbuah 2x kan. Mujur haritu punya tiket beli airasia. Kali ni beli MAS. Kena upgrade bagi melupakan kenangan silam beli-beli-tiket-tapi-tak-pergi -____-.

Kami pergi bulan june 2014. 4 hari 3 malam. Sebelum dtu jenuh juga nak decide nak pegi patong beach ka kamala beach ka atau surin beach. Last2 settle for patong. Dengan harapan tak ramai orang since dah off-peak season.

Hasan seat sorang. Sebenarnya saya tak ingat dah macamana hasan boleh dapat 1 seat ni. Dia masih 'infant' ketika ini :D

Canggih pula rasa MAS ada tv keluar dari bumbung ni. Lama dah tak naik MAS. Haha

Sampai di airport phuket, banyak betul flyers2 pamphlet2 free. Kemas la cara dia susun

Ni keadaan lepas ambil bag. Ada 5 bag atas trolley tu. 1 bag besar, 1 bag kecil dan 3 'handbags' :D

Di luar airport, banyak sangat taxi berebut2 nak customer. Sebab off-peak season, jadi taxi tak banyak customer. Since kena tipu dengan taxi airport di vietnam dulu, memang careful lah. Again, supaya pisang tak berbuah 2x. Sebenarnya saya nak bagitau harga taxi dari airport ke hotel grand mercure di Patong Beach, kot2 boleh jadi benchmark orang yang dah penah kena tipu memang saiko macam ni :D. Tapi sebab lambat sangat update, jadi saya dah lupa. Hu hu. Maaf. 

Sebelum keluar dari airport, ada banyak booth2 kecil yang menawarkan perkhidmatan tour, island hopping etc. Considering ada budak2, susah sikitla nak island hopping bagai kan. Lagi pun saya pregnant dah time ni. Jadi agak termengah2 la ada hati nak island hopping kamonn -_-. Kami settle dengan satu booth ni. Pergi phiphi island. Maaf saya dah tak ingat berapa baht dia charge tu la akibat lambat sangat update blog yang merangkumi ambil dari hotel, naik boat ke phiphi island, singgah james bond island, monkey island, lunch, boat pulang ke jetty dan hantar pulang ke hotel. 

Sejam lebih juga naik taxi dari airport akhirnya sampai di Hotel. Lega. Cantik!

Kami duduk di Grand Mercure macam di Singapore. Untuk collect points. Ehehheh. 

Berehat2 di kerusi ala2 buaian di lobby hotel.  Muat 3 orang tu! Best lah benda ni kalau ada kat rumah lagi best haha.

Surprisingly, hotel dia best sangat! Memang worth.

Master bed king size

Yang mengejutkan, bilik dia besar betul. Siap ada 1 double decker. TV ada 2. Ok jakun sangat bunyi nya:)

Ni double decker di ruangan yang dipisahkan oleh langsir

Dengan 2 bear merah dan pink di atas each katil

Wallpaper yang design children dengan lampu bercorak burung. Saya rasa macam di showhouse pula wahah

Tv pertama untuk master bed. TV kedua ada opposite katil double decker. Ahh nyaman sangat kalau nak tengok tv tak payah berebut

Budak2 terus hyper dengan keadaan bilik. Macam ni duduk hotel je pon dah orait :D

 Ni view pool pada malam hari

Kami dapat complementary drink. Tapi kami claim bila malam hari ketika nak keluar cari dinner. 

Since dah masuk musim hujan, maka malam tu time nak pergi dinner, hujan. Hujan tropika la bukan hujan macam di saudi yang setitik dua titik je. Huhu. Jadi Kasut basah sebab lecak. Malam tu juga kami pergi scouting for selipar. Mahal pon terpaksa beli. Elok je beli di pasar2 luar, rupa2nya selipar jual di kedai hotel apparently lagi murah *oh cis*.

Patong beach ni terkenal dengan tourism kan. Jadi malam2, kalau bawa budak2 keluar kena hati2 sikit. Since kami pergi off-peak season, dengan hujan pula tu, jadi tak ramai sangat matsalleh. Tapi itu pun dah cukup ramai di bar2 yang menyanyi2 bising2 menari2 dan pakaian tak payah cerita lah kan. Hehe. Bar2 semua buka malam dan havoc. Jadi kena layan soalan2 budak2 "kenapa orang tu tak pakai baju?" "dia buat apa tu mama?" "dia tak malu ke?" etc. 

Malam2 banyak show. Mereka akan announce show2 yang ada via lori yang ada speaker. Setiap 10 minit dia lalu. Kalau di malaysia, ala2 lori paper lama tu :D. Jadi, malam2 di patong beach memang meriah dan riuh. 

Esok pagi2 kami ke Phiphi island. Katanya 2 jam naik big boat dan sampai. Advisable untuk bawa makanan siap2 sebab makanan yang di jual di jetty adalah mahal. Namun demikian, kami beli juga makanan di jetty sebab mak budak2 kelaparan. Bawa budak2, kalau tak ada makanan susah sikit.

Boat kami nama Sea Angel Luxury

Katanya, 2 jam boat ride ke phiphi island. Ya memang 2 jam tapi lamanya lah rasa. Singgah di monkey island sekejap je dalam 15 minit. Basically, big boat tu berhenti di tengah2 laut, then penumpang akan terjun dari boat dan swim ke darat yakni monkey island tu lah. Dalam laut banyak ikan. Best. Tapi jadi issue sikit sebab selain sebab bawa budak2, hasan pula tengah tidur dengan nyenyaknya waktu tu. Maklumlah bangun awal pagi dan by the time sampai dah memang masa untuk tidur. 

Last2 kami gilir2 terjun. Tak sampai pon ke monkey island. Cukup main2 air dan ikan tepi2 boat je. Hu hu. Dia bagi masa 15 minit je. Campur tukar baju dan gilir2 pegang hasan, jadi sekejap je lah berendam dalam tu *sobs*.

Saya rasa time ni di james bond island tapi saya pon tak tahu ambil gambar apa hahaha

Inilah monkey island. Nampak tak banyak monyet tu? Sebab tu nama dia monkey island

Macam tu lah swim dari boat ke pulau. Tukar baju (kalau tukar baju la, orang lain kabanyakannya dah siap2 pakai baju mandi dari jetty huhu)

Tertidur sambil makan biskut. Terbantut nak benam kan dia dalam laut di monkey island

2 jam duduk atas kapal kan, ambil gambar je lah

Angin kuatt

Ahmad tak nak keluar ke deck

Lunch di Phiphi island

Cantik! Boleh datang lagi in a separate trip

Lepas lunch ada masa sekejap untuk mandi pantai phiphi island. Tapi panasnya ya ampun, buka mata pon tak mampu, apatah lagi nak mandi manda. Mampu ambil gambar je la.


Kami tak duduk lama di pantai, kami pergi cari surau untuk solat. Masuk dalam2 kampung dan alhamdulillah jumpa masjid.

Nak balik dah. Ada kena bayar tax ke apa tak silap sebelum naik boat. Maaf lagi saya lupa berapa baht. Hu hu hu

Alhamdulillah sampai balik dah dekat maghrib :D

Ni survenir kami beli di Phiphi island. Biasalah kan business2 macam ni. Tapi nampak ok, beli lah. Rasanya macam THB100 each ke tak ingat hahaha cubaan tak nak mengaku lupa harga lagi nampaknya  -_-!

Esoknya tiada agenda yang memerlukan campurtangan pihak luar. Free and easy. Pagi2 jalan ke laut

Patong beach. 1 seat tu harga dia THB250 untuk sejam.

Tak apa lah. Kami duduk atas batu je :)

Dan atas pasir, dan dalam air :)). Ombak kuat! best!

Balik dari laut sambung kat pool hotel pulak lagi :D

Tengok lobster sebesar lengan. Tak ingat berapa berat, hanya THB1200. Fuh

Siap di masak cheese ya allah sedap!

Tomyam dan nasi goreng apa tak ingat. SEDAP semua!

Jus mangga adalah a-must untuk sini. Mana2 jual semua sedap! Berapa biji mangga untuk 1 cup tak tahu lah. Rasa macam sedut air dari buah mangga je. Pure. Fresh. Manis *kempunannya rasa bila teringat :(*

Esoknya sudah mahu pulang!

Dasyat taktahu kenapa, polis escort kami macam VIP dari check in teruss sampai ke golden lounge Phuket Airport :)

Sekian percutian ke Phuket. Balik2 Malaysia terus pakai seluar muay thai!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

6 comments:

Faza said...

lobster tu la gambar yang paling menarik..hahaa

nurul iman said...

hahaha. Tak sanggup nak tgk balik rasa nak mkn -_-

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Phuket mmg best..hotel awk dok tue cantik! Farah pn rasa mcm nk pi lagi kalau ada rezeki.. sbb hari tue sempat pi James bond island jer..skry teringin nk phi phi island..

nurul iman said...

Haa..pegi2. hehehe. ya hotel tu best! duduk saja2 je pon best ahah

Anonymous said...

salam nurul iman. sy nk tnya, bleh nurul share kedai mana yg jual lobster tu.. tq :)

nurul iman said...

Salam. Sorry saya tak ingat nama kedai tu. Tapi kalau tak silap, dari mercure hotel, susur jalan ke arah pantai, ada kedai arab. Kedai ni lorong bertentangan. Ops...sorry not helpful at all -_- huhu. Sebab kami jalan je dari hotel. So should be nearby/walking distance dari mercure. Huhu.