Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 3, 2014

Homemade Playdough: Olaf

Assalamualaikum

Diaorang ni, suka sangat tau rupanya main masak2 guna plasticine. Sebenarnya itu set mainan playdough (play-doh). Tapi mungkin saya beli awal sangat. Diaorang tak reti main (tak reti kemas sebenarnya: tutup tak rapat, campurkan color etc. Jadi rosak la playdough tu dan saya stress). Jadi saya pon malas nak beli dah tambahan playdough dan warna2 banyak2 lagi. Tapi haritu pergi kedai rm2 nampak ada jual plasticine. Saja la beli. Beli warna biru dan purple. Lepastu, kemain beria2 lagi budak2 ni main. Main masak2 la paling hebat. Mungkin sebab perkakas playdough tu ada yang jadi inspirasi untuk main masak2 kot actually i hope so

Ahmad dan hasan tengah potong sayur -_-

Masak hotdog la apa la

Saya tau playdough ni bagus. Enhance creativity la, fine skills la, focus la apa la. Jadi, memandangkan diaorang dah reti main playdough, dan suka main playdough, saya ada la terfikir nak beli kan warna2 tambahan. Tambahan pula asal main sikit, mula lah:
"mama, tak best la warna biru dengan purple je. Mana ada sayur warna biru. Makanan mana ada warna purple" 
"mama, nak la juga ada warna merah ke, hijau ke" 
Amboi2, cubaan guna logic di situ. Okla. Bukan mahal sangat pon kan plasticine tu. Tapi, nak beli plasticine ke play-doh? whats the difference between plasticine and play dough anyway? ingredient? cepat kering? keras/lembut? sebab harganya berbeza. Hehe

Anyway, saya gigih la pergi cari tubes of play-doh dan banding2 harga. Lepas tu pergi ELC, nampak 'soft stuff' dia; which is half price!. So macam tempted nak beli. Tapi lepas banding2, tengok review, kebanyakan kata play-doh better. So tak jadi beli "soft stuff' tu. Lepastu, ramai juga reviewer yang suggest untuk buat home made playdough. Last2, apa pon saya tak beli. Hahaha. Indecisive and easily influenced sungguh! kahkahkah

Dengan itu, berkobar lah saya nak buat playdough sendiri. Haritu pernah try. TAK JADI :(. Maklumlah tak ada skill memasak. Benda simple pon tak jadi buat. Kali ni, nekad, saya buat juga. Lagi satu, saya ada beli mainan instant snow. Jadi, saya nak kena guna dia untuk main dengan budak2, kalau tak, rugi lah. So, idea perlu combine "home made play dough (second try) dan instant snow".

Fikir punya fikir, jadi lah..ini! Apa ni? Ini adalah olaf! Yang best, konsep rekaan budak2 ni, ada 2 olaf. Satu mama/papa dia. Satu lagi ahmad/sarah dia. Depending on mangkuk siapa yang di tengok (sarah atau ahmad) dan siapa yang menengok (mama atau papa). Boleh? :)

Ni ahmad punya

Ni sarah punya

Macamana buat dia? Gaul bahan2 playdough sampai sebati dan jadi dough. 

Recipe playdough (boleh share sebab menjadi hehe):
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak
Setitis dua pewarna makanan (kalau perlu)

Rambut olaf: bunga cengkih
Button olaf: biji ketumbar
Tangan olaf: spaghetti 
Snow: instant snow
p/s: semua bahan2 dapur ye sebab lokasi di meja makan. Hahaha

Since ni try2 je dulu, dan niat nak buat olaf, jadi tak letak pewarna. Snowman kan warna putih. Hehe

Susah pakai sudu, pakai tangan pon tak pa. Baru lah menguli namanya kan :D

Dah jadi dough, bahagi 3 sebab ni ada 3 orang

Uli2 jadi bulat

Mula2 hasan nak buat olaf juga

Mula2 je lah jadi bentuk2 olaf sebab lepastu dia potong2 jadi kecil2; untuk jadi ...sayur -____-

Tak apa lah lari tema asalkan seronok

Dan focus

Hasilnya jadilah 2 set olaf tadi. Yey since dah menjadi homemade playdough saya, next project ialah untuk buat warna warni. Tungguu!

Bahan2: seperti di atas
Masa: Menguli sekejap je. Main tu yang lama depending on budak2 :)


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: