Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 28, 2014

Spa NS Parlour

Assalamualaikum

Harini nak cerita pasal trip kami ke spa kawan saya nama Najah. Haritu saya upload di instagram, ramai pula tanya. Nama spa ni NS Parlour; terletak di Desa Pinggiran Putra. Haritu ada soft launching, since saya beria2 dijemput (eceh), jadi saya pergi lah dan angkut sekali budak2 bertiga ni. Since husband outstation, kesian lah pula kalau nak tinggal budak2 walaupun ini bermakna confirm2 saya tak akan berspa ketika itu, sacrifice habis bunyinya :D.

Waktu tu signboard belum naik lagi. Terpusing2 juga cari. Tapi sekarang signboard dah naik. Senang lah nak nampak. Tambahan pula waktu kami pergi tu dah maghrib dan hujan. Lagi la rabun. Gigih sangat bunyi ni.

Sebenarnya, saya datang untuk meraikan pembukaan spa ni. Tapi bila dah sampai tempted pula nak try semua benda *tiba2*. Mujur lepas tu sedar diri bahawa saya ni tengah sarat barat mengandung disamping anak2 saya terdiri dari 2 orang lelaki dan 1 orang perempuan (setakat ni :P) membawa maksud, lagi lah tak applicable nak spa waktu ni. Jadi, sacrifice sekali lagi lupakan lah niat hajat hati nak berspa bagai waktu tu kan. Pastu nak buat apa ni? Takkan nak datang makan je :DD. Tiba2 Najah bagi pamphlet ni:

Oh wow! KIDS SPA!

Unik kan? Tak pernah pula saya dengar ada spa untuk budak2. Haih budak2 sekarang *sigh*. Tapi lepas tu terus suruh sarah buat. LOL. Saja2 je. Mula2 dia tak nak. Tapi lepas tu dia nak. Jadi, ok lah. BTW, harga di atas, bukan harga ketika soft launch ye. Ekeke. 

Beria selfie ramai2

Pastu najah kesian tengok struggle sangat selfie dengan semua seraya meng-offer diri untuk jadi photographer kahkah. 
p/s: perhatikan bertapa bijaknya saya menyusun anak2 agar cover perut dan berupaya melindungkan size sebenar saya :D. Muka kembang tak dapat nak tolong lah -__-

1) Pedicure.
"Macam ni rupanya pedicure" kataku dalam hati. Maklum lah tak pernah pula buat benda2 ni. Main game buka spa penah la :"). Best betul ye orang tolong potongkan kuku kaki. Lepas tulis ni, now i think i need one. Bukan apa, perut ni dah besar dah struggle sangat nak potong kuku kaki. Hahaha


2) Manicure

Ni ha amboi2 macam tuan puteri. Sarah kata "mama, sarah rasa macam jadi tuan lah" Tuan tuhh..ye tuan puteri lah

Here is the tricky part. "Puan, ni nak warnakan kuku?" "Herm, warna je lah kecil lagi, lagi pon dah cuti sekolah" Eh gittew justificationnya. Tak, bukan apa. Nanti bila besar sarah tak kan ada chance dah nak color kuku. Bagi je la rasa hakikatnya mama dia yang amat2 teringin sangat nak colorkan kuku huhu 

Tadaa! dah siap. Tangan warna biru (sarah pilih. sebab warna frozen kan what else). Kaki warna clear

Bila tengok kakak punya jari macam best je kaler2, ada lah yang mula menyendeng2 nak juga. Herm..

Najah layan kan je perangai2 tak malu tetamu ni :"). Amekkau, owner NS Parlour yang warna kan kuku ahmad! hahha. Tapi 2 jari je. Boy tak boleh warnakan kuku ok. Tenkiu najah sudi layan.
p/s: amboii ada girl mana tu yang mengadap ahmad tuu

Mesti la hasan "nak judakk warnaa!". 1 jari je cukup. Jari kelingking je buat cukup syarat. Kihkih

Dah kering, orang basuhkan kaki

Orang lap kan kaki. Haihla treatment. Mama jadi pengantin dulu pon tak dapat macam ni tau

3) Hair Spa
Yang baju biru tudung kelabu ni adalah hair specialist spa ni. 

Shampoo rambut

Bilas

Bloww

Tadaaa! siap. Ha, puas hati betul.

4) Foot Reflexology
Urut-urut. Biasa mama dia je urut. Bagi rasa orang lain pula urut :). Urut berbayor nii ahaha

Ahmad dan hasan buat apa while their sister is getting all the attention and pamper? Jengjeng....

Kat spa NS Parlour ni ada tempat mainan untuk kids! yeyy! Jadi takda la budak2 boring tunggu mak2/kakak2 ber-spa. 

Saya rasa ini sangat thoughtful. Ala2 di klinik pediatrician gittew. Tinggal nak ada gelongsor plastik je lagi k najah eh ehh :D *kidding*. Mungkin sebab Najah pon ada anak kecil, jadi sangat memahami. Ha tengok, kan sarah dapat ber-spa dengan senang hati dan mama dapat ambil gambar tanpa interference *tetiba*.

Apa lagi facilities yang ada?

Bilik solat. Telekung disediakan. Nampaknya korang boleh berkampung pagi sampai petang kat sini :D

Ada 2 toilet (takyah gambar la yer walaupun penutup bowl toilet sangat impressive kerana bercorak ikan yang menyebabkan sarah, ahmad dan hasan 3 3 tak nak keluar toilet owos, shower, pantry yang luas boleh duduk bersila kenduri kat situ etc

Facilities lain, saya ada gambar ni je. Lain tak ambil maklumlah jakun sangat tengok sarah pergi kids spa. Haha

Ni bilik urut

Tempat untuk lulur, mandi susu ke apa la

Nah kalau berminat, boleh tengok pakej2 apa yang ada. Boleh call nombor tu dan book appointment.



Ni pula kalau rasa2 nak buat ladies day out ka, girlfriends gathering ka, mengabihkan masa bersembang2 while being pampered ka apa ka haa boleh ambil pakej ni. 5 orang sekali 1 group. Takyah ramai2 sampai doblas tigabelas orang. Nanti mirip pasar malam lak haha


Dan ini for kids. Duh! kids nowadays *roll eyes* hahaha. 5 orang budak2 juga. Ala2 mak2 each bawa sorang anak perempuan (contoh: saya bawa sarah camtu). Jadi serentak spa budak2 dan mak2. Yang boyboyboy, tinggal kat rumah dengan daddy okey :D.


Ni kids yang buat malam tu YEY!
Bila balik rumah sarah tanya "mama, sah tak solat sarah pakai ni?"
alamak! gulp! hihihi

Sekian jomm pegi!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: