Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 3, 2015

Melabuhkan Tirai, Menyingkap Tirai

Assalamualaikum

Lama kan tak update? Hehe. Dah akhir2 tahun, bukan saya pergi mana pon. Kalau nak pergi jalan2 pon dah tak boleh. Dah sarat sangat ahaha. Tapi dalam sarat2 tu, nafsu berjalan masih ada. Cuma buat short weekend gateway je lah. Kesian kat budak2 ke mak budak yang lebih2. Kami pergi 1 night stay di pullman putrajaya dan weekend lain pergi grand lexis port dickson, juga 1 night stay (nanti saya update). In between tu, banyak juga saya buat artclass. Tapi tak berkesempatan nak update details di blog lagi. Artclass towards the end, short and very short. Haha. Sebab saya dah penat dan mengah sangat nak bangun duduk ambil barang etc. Duduk lama pon lenguh. Kesian juga sarah asyik jadi mangsa ambil barang. Hu hu

Entry kali ni pendek je, menutup tirai 2014 dan membuka 2015. Alhamdulillah 27 december 2014 saya selamat melahirkan baby boy, seberat 3.95kg, pada pukul 7.55am secara normal. Nampaknya dia nak juga keluar pada tahun 2014 :D. Jadi sementara baby tidur, anak2 lain ke kenduri boleh la saya buka laptop sekejap. Hihi.

Yang paling banyak berjalan, yang paling jauh berjalan, yang paling lambat-terasa-masa-berlalu ketika mengandungkannya, yang paling cepat sakit2 ketika mengandungkannya, yang paling cepat dibersalinkan (got such word? LOL), dan yang paling 'live' sekali dibersalinkan; latest bayi ini kami namakannya: Yasir :)

Allahhumma faqihhu fid deen, wa allimhu fit tafseer 
Maksud doa: "Ya allah berikanlah kepadanya kefahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadanya tentang kefahaman alquran"

Semalam hari ke7, dah botak. Tapi gambar ni tak nampak botak dia sebab ada cap. Gambar botak nanti update lain

Dan semalam juga saya tempah kek favourite saya dari baker favourite saya iaitu sarah sufian. Ada di previous entry kalau nak tengok review. Nyams! *berpantang lah sangat kan* ekekeke

Ni gambar kek, pembuat kek, dan pemakan kek (ikut turutan hahaha) :))
*kek tu cantik sangat! freestyle je suruh dia design sendiri* <3 <3

Semoga Yasir membesar menjadi saham yang baik buat ibubapa di akhirat, semoga ia menjadi yang amat bermanfaat kepada umat islam dan alam. 

Sekian short update.
Jom sama2 doakan Malaysia diberkati, mangsa banjir diberi kekuatan dan kesabaran, volunteers dikekalkan keikhlasan. Amin ya rabbal alamin

p/s: doakan saya berpantang dengan cemerlang! ha ha ha


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: