Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 27, 2015

Untuk Ibubapa Muda: Tetamu Beradab

Assalamualaikum

Sekarang ni generation Y kebanyakannya dah jadi parents. Lalu digelar young parents, atau dalam bahasa melayu nya; ibubapa muda. Young parents biasanya mempunyai seorang hingga tiga orang anak. Umur ibu pula biasanya dalam late 20s dan early 30s. 

Zaman2 young parents ni lah zaman yang taknak vaccin, homebirth, babywearing, homeschool, SAHM dan apa2 segala yang melibatkan perungkaian simplified-modern-lifestyle kepada bentuk unit2 asal. 
Contoh:
1- Dulu tak ada vaccin, lepastu ada, sekarang ia nak 'di tiada'kan. 
2- Dulu ibu2 kendong anak, lepastu upgrade guna stroller, sekarang ia muncul dalam bentuk 'wrap' scc apa segala. 
3- Dulu anak2 di ajar di rumah, atau tak sekolah hanya belajar dari kehidupan dan alam. Lepas tu pergi sekolah. Sekarang, balik belajar di rumah ikut syllabus ibu atas nama homeschool.
4- Dulu ibu2 bersalin di rumah, terkadang tiada kelengkapan lengkap, ada yang teruk bleeding ada yang survive. Lepas tu hospital dah canggih. Kini semua nak bersalin di rumah balik. Ada yang assisted, ada yang repeat history. 
Dan macam2 lagi. Tapi itu bukan point saya. Pandai2 lah anda nak pilih macamana gaya hidup anda dan anak2. 

Cumanya, ada benda yang saya pun nak berpatah balik kepada zaman dulu. Iaitu bab2 adab dan akhlak. Nak instill value yang di value pada zaman2 dahulu. Dulu2 sampai sekarang, mak saya strict bab2 ni. Well, to be honest, nenek saya lagi garang sebenarnya, jadi bila sampai pada mak saya, garang tu dah tawar sikit la hahaha. Adab tertib disiplin memang di kuatkuasakan kepada anak2 sampai cucu beliau T_T. Banyak perkara2 yang termaktub dalam buku disiplin dan tatatertib nenek dan mak saya ni. Tapi kali ni saya kongsikan adab2 ketika di rumah orang je lah dulu yakni menjadi tetamu beradab. Nanti lain masa saya share lagi. Moga korang boleh apply bila datang rumah saya. Ehhh jadi pelajaran:

Rule #1: Hormat 
Kena salam tuan rumah. Ini basic. Bila sampai rumah orang, kita salam. Salam tanda hormat. Kami dulu disuruh cium tangan. Tanda hormat. Bukan mengagungkan yang di-cium-tangan. 
Jadi ibubapa muda, ajarkan anak2 untuk salam orang2 yang lagi tua dari mereka dan cium tangan. Biasa saya akan panggil nama sorang2 anak saya pastikan mereka salam tiap sorang sebab dulu aku pon kena buat macam tu hahaha. 

Rule #2: Behave
Bila datang rumah orang, secara automatik anda adalah tetamu. Saya repeat TETAMU. Bukan TUAN RUMAH. Rumah tu bukan anda punya. Jadi jangan buat macam rumah sendiri. Ini membawa maksud: anda dan kaum kerabat/anak2 anda yang bertaraf tetamu jangan pergi panjat sofa, meja, almari dan segala2. Jangan masuk dapur sesuka hati. Jangan buka kabinet atau tin biskut rumah orang. Jangan lari sana sini. Dan jangan naik atas rumah orang (kalau rumah 2 tingkat). Semua benda kena minta izin. Izin tuan rumah lagi afdhol dari izin mak bapak korang :D. Tapi kalau anak anda ambil tin biskut dari dapur tuan rumah dan bawa ke ruang tamu depan minta buka, macamana? Senang je. Tegas dengan anak anda dan suruh letak balik. Kadang2 tuan rumah kata "ehh takpa2 biarlah nak buka". Tapi jika selepas tu tak ada tanda2 tin biskut akan di buka, maka ketahuilah bahawa tuan rumah is just being polite. Dan haruslah anda paksa anak anda letakkan balik tin biskut itu. Tapi kalau tuan rumah kata "ehh takpa2 meh nak tolong buka kan". Then, jump for joy!.
Lagi satu, jangan naik atas. Pantang nenek moyang ku naik atas rumah orang ni. Haha. Kamonn, kita kecil2 memang suka sangat nak naik atas rumah orang kan. Nak tengok atas, nak tengok bilik, nak tengok apa ada dalam bilik, nak tengok macam2 lah. Tapi adab nya, atas tu private. Kot2 tuan rumah lambakkan semua sepahan kat atas dan hanya kemas bahagian bawah je untuk tetamu datang, haa kan dah kantoi kalau kita tiba2 naik atas? :D. Itu aib. 
Jadi ibubapa muda, watch your kiddos. Bukan bersembang je kerja nya :D. Tak aman tuan rumah nak melayan tetamu kalau rumah tengah kena 'geledah'. Kami dulu, selalu je kena cubit kalau buat perangai pelik2 di rumah orang. Sebab tu sekarang ni jadi orang. Kalau tak, mesti dah jadi monyet :)
p/s: dulu nenek kata panjat lompat sana sini kat rumah orang; macam monyet he he he

Rule #3: Tertib 
Ini rumah. Bukan hutan. Bukan padang permainan. Kalau nak jerit2 kerana excited berkawan, atau bergaduh, atau berebut, mohon ibubapa muda kawal pura2 kawal pon takpa anak masing2 agar dalam keadaan terkawal (bukan tanpa kawalan). Dan adatnya, mainan2 di rumah tu kepunyaan tuan rumah. Kalau berebut, sila lah tetamu ambil anak masing2 dan berundur diri. Bukan biar bergaduh tengok siapa kuat (kuat jerit ke kuat nangis ke) dia menang. Pelempang kang baru tahuu :D. Situasi2 seperti ini meletakkan tuan rumah dalam keadaan ackward. Mana kita tahu kalau mainan tu anak dia punya favourite tiba2 anak2 tetamu pergi rampas dan main lantas anak tuan rumah menangis2 nak minta balik. How? how? 

Rule #4: Makan di meja
Tuan rumah pon macam anda. Dia kena kemas rumah lepas tetamu pulang. Tak ada siapa suka kalau makanan bertabur2 dan bersemut kan kan kan. Permudahkan kerja tuan rumah untuk membersihkan rumah dengan mengajar anak2 anda makan di meja makan atau di tempat yang disediakan. Itu juga kan disiplin untuk anak2 anda. 
Jadi, ibubapa muda, pasti kan anak2 anda makan di tempat yang disediakan. Bukan makan biskut gigit bertabur2 merata. Belum yang bawa air dalam cawan tiba2 tertumpah ke. Kids kan. Ingat rule #2 tadi, "rumah tu bukan anda punya" :D

Rule #5: Basuh Pinggan 
Saya dulu di'wajibkan' oleh mak saya untuk basuh pinggan di rumah orang. Segala gelas2 minum semua saya angkat dan basuh. Walaupun di tegah berkali2 oleh tuan rumah. Bukan apa, saya lagi takut nak bantah arahan mak saya dari bantah arahan tuan rumah terlalu muda untuk judge samada tuan rumah is 'just being polite' atau menari zumba dalam hati kerana terlalu gembira tetamu tolong basuh pinggan. To be safe from my mum saya basuh je lah. Hakikatnya, saya rasa tiada siapa yang tidak gembira bila ada orang tolong basuhkan pinggan. kan? Kalau boleh, nak minta tolong lapmeja sapu sampah sekali. KAN? :D
Jadi ibubapa muda, especially bila anak2 anda yang kecil2 tu dah guna semua cawan yang ada mujur tak pecah je apalah salah nya tolong angkat pinggan2cawan2, atau tolong basuh terus. Kalau tak mampu, berpura2 lah sikit nak basuh dengan harapan tuan rumah kata "ehh takpa2 takyah basuh. Letak je situ". Epp tak baik tak mengaku :D:D

Rule #6: Kemas balik sepahan mainan
Adatlah anak2 kecil, mesti sepah punya lepas main. Dan kalau dah bermain bersama2, mestila kemas bersama2. Tak baik lah biarkan anak tuan rumah sorang2 menderita kena kemas mainan sorang2 lepas tetamu balik :D. Disiplinkan anak2 anda supaya kemas mainan selepas main. Kan win-win situation tu. Jadi, bila anda nak datang lagi rumah yang sama, tuan rumah pon akan berbesar hati dan berlapang dada menerima anda sebagai tetamu. Tak ada lah tuan rumah kelamkabut sorok mainan bila nampak kereta anda di depan gate :D

Benda2 di atas ni, bagi saya common sense. Tapi nampak macam sense ini dah tak jadi common dah dikalangan budak2 dan ibu2 muda sekarang. Mungkin ini common sense untuk saya kerana diterapkan dari kecil. Jadi untuk pastikan generasi anak2 nanti mempunyai taraf common sense yang sama dengan parents dia, perkara2 ini perlu diterapkan dari sekarang.

Lain orang, lain adabnya. Tambahan dari adab2 di atas ialah membawa buah tangan (tak kira lah apa jua pon) ketika datang rumah orang lain. Kalau mampu, boleh juga nak diterap kan. Cuma kadang2 tu tak sempat nak beli/bawa buat tangan. Betul menjadi kewajipan tuan rumah melayan tetamu selama 3 hari. Tapi, apalah salahnya kita menjadi tetamu yang beradab dan menunjukkan gratitude kepada tuan rumah dengan melakukan perkara2 di atas. Kan best menyenangkan hati orang lain. The world would be a better place if everybody participates. Afterall, tak la bila kita datang rumah orang, berat je hati tuan rumah nak menerima. Tak layan tetamu nanti berdosa pula! Ahaha :D

Sekian moga bermanfaat!



Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: