Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 16, 2015

Robot Recycle Material

Assalamualaikum

Weekend lepas kami tak kemana2 sangat. Masa lapang tu, dan kebetulan Yasir tidur, boleh lah buat #imanartclass kejap. Bukan apa, haritu tengah2 browse nampak gambar robot yang di buat daripada recycle material. Since then, memang heboh lah Ahmad ajak buat -__-. Jadi hari jumaat saya keluar beli aluminium foil untuk balut robot hahaha :D

Hari sabtu, cari kotak dengan saiz yang sesuai dan mula buat robot. Senang je robot ni. Kerja saya? balutkan kepala dan badan robot dengan aluminium foil. Sebab takut kalau budak2 ni yang balut, habis satu roll foil tu kang. -_-! 

Lepas habis balut, saya biar kan diaorang hias ikut kreativiti sendiri. 1 robot, share. Tak dapat nak buat 2 robot sebab kotak limited. Saya guna kotak shaklee untuk kepala, badan guna kotak susu dutch lady, tangan guna kotak marykay. Hehe memang berguna rupanya kotak2 ni.

Ni tengah hias2

Tadaa dah siap robot dah!

Tau tak stick it notes tu? Bila ada event2 saya selalu dapat free. Dah lama2 dah banyak, tak guna sangat saya bawa balik rumah. Bagi budak2 guna. Ni lah antara kegunaan stick-it-notes tu. Bahan terbuang lah kiranya kan. Hahah

Tengok kreatif Sarah buat tangan. Siap ada 5 jari ok hahaha.
Sebenarnya nak buat tangan guna toilet tissue roll or paper tower punya roll, tapi tak ada. Jadi guna lah apa yang ada je

Ini kepala dan rambut. Boleh? :D memang dia make use setiap bentuk dan warna stick-it-notes yang ada

Untuk mata dan gigi, Sarah lukis, gunting dan tampal. Ahmad? Ahmad hias guna sticker dan cotton balls. Tengok tempat cotton balls tu kan? itu guna penutup kotak brownies kartika sari beli haritu hehe. Perasan tak siap ada 'button' ON OFF kat bawah tu?

Dah siap! simple je.

Bahan2: Kotak2 terbuang, bahan2 lain terbuang, tissue roll etc, aluminium foil untuk balut robot (saja lah sebab robot kan ala2 tin), kertas warna etc.
Masa: Setengah jam lebih kurang


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: