Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 30, 2015

A Trip To Farm In The City

Assalamualaikum

Sejak mula kerja selepas maternity leave, saya tak berkesempatan update blog. Indeed adjustment to working life take quite sometime :D.

Anyway, pengakhiran cuti sekolah, akhirnya saya berjaya bawa budak2 ke farm in the city. Saya dah lama bercita2 nak pergi ke Farm In The City ni. Nampaknya rezeki untuk pergi tiba selepas dapat 4 orang anak. Hehe.

Kami pergi pada hari sabtu lepas. 21 May. Tengok di page mereka, opening hours 930. Jadi, saya memang aim nak sampai awal. Bukan apa, jalan dengan budak2 kalau tak nak huru hara, kena ada trick. Tricknya ialah sampai awal. Kenapa? Supaya kami berjaya menghabiskan trip kami:
1- Sebelum ramai orang
2- Sebelum panas saya tak tahan panas
3- Sebelum budak2 dan mak budak lapar dan cranky

Kami sampai sana tepat pukul 10 alhamdulillah tak sesat (yours truly ni memang lemau bab2 jalanraya). Kebetulan time sampai Yasir terus nak susu. Jadi menyusukan sekejap sebelum turun untuk beli tiket. Dari luar dah nampak kerbau (or isit seladang?) hitam yang bosauu sangat! Duduk dalam rukun tetangga dengan ostrich yang besar juga. Budak2 dan mak budak (or isit mak budak yang lebih?) dah excited sangat!

Tengok dalam website ada family package i.e. 2 adult 2 kids = RM109; free 2 tiket pony ride, 2 rm5 voucher untuk gifts shop *with purchase of rm30* gittew. Well, frankly, kami pergi berenam iaitu saya, Sarah, Ahmad, Hasan, Yasir dan bibik. Tapi alhamdulillah dapat juga family package tu. Nervous juga kalau2 bibik kena charge extra, maklumlah, foreigner cum expatriate :D. Kalau tak pakai family package tu, harga naik menjadi adult rm48 dan kids rm38 for below 12yo. Tapi FOC untuk kids yang tinggi kurang dari 90cm. Kebetulan Hasan below 90cm, jadi dapat free. Berguna juga size kecil Hasan ni nampaknya. Haha!

Masuk2 terus nampak giant turtle! Excited habis saya semua orang.

Ini adalah Aldabra Tortoise. This turns out to be our favourite tortoise

Ada lagi sekor yang besar macam ni. Sulcata tortoise ke apa nama dia tak ingat. Area tortoise banyak sangat tortoise! ada dinasour tortoise (dalam kaca) dan macam2 lagi. Tortoise ni makan je semua daun2 yang budak2 bagi. Daun2 disediakan oleh staff2 Farm In The City. Free. Hehe. Lama juga la di kawasan tortoise ni.

Area toirtoise ada satu pool air. Dalam ni ada berudu! Hahaha. Macam di bela pula berudu2 ni. Best dapat tengok berudu. Kalau tak, mana nak cari kan area rumah. Hasan siap tangkap *owos*

Ni lagi antara tortoise yang ada. Tak cantik yang cengkerang penuh lumpur ni. Sebab tu kami minat si aldabra tu

Hasan jenguk tortoise yang banyak bersepah2 kat luar tu. Macam2 jenis!

Ada peacock dalam taman burung. Tapi sayang dia tak kembang ekor

Sebenarnya in between ni ada taman tumbuh2an. Macam banyak2 jenis pokok buah dan bunga i think. Tapi kami tak turun. Bukan apa saya tak minat pokok2 ni ada stroller leceh sikit nak naik turun tangga. So kita skip lah. Hehe

Tengah2 taman, ada rumah kampung! tak tahu replica atau pencerobohan kampung orang hahaha. Tapi ini sangat berguna untuk kami2 yang tak ada kampung ni

Di tempat perkampungan arnab dan guinea pig, ada longkang yang besar. Dalam tu ada ikan kecil2 untuk budak2 tangkap. Dah siap sedia jaring dan mangkuk untuk tangkap ikan. Tapi memang seekor pon tak berjaya ditangkap la kan. Haha

Ni lah arnab dan guinea pig yang gemok2 dah asyik pengunjung bagi makan je :D

Rupa sebenar kampung arnab dan guinea pig. Macam reban ayam pon ada

Ok kesian tak ada siapa nak tolong ambil gambar saya dengan Yasir. Terpaksa selfie walaupun nampak macam loser sangat hahaha

Habis arnab, budak2 aim ayam serama pula. Feeling upinipin sangat. Habis ayam kena kejar :D

Sebelah tu kolam ikan. Tengok ikan semua banyak sangat dan gemok sangat! Seronok sentiasa dapat makanan

Mujur tak terjun dalam kolam tu kan. Ni tengah bagi makan. Free fish food ok. Cool sangat!

Bagi makan kambing. First time tengok kambing dekat macam ni. Hasan takut kambing LOL

Free pony ride. Kan dalam package family tu.

Dah nak keluar baru jumpa tempat ambil gambar ni. Ke kitaorang yang jalan anti-clockwise? :D


Slrupppp!

Ini adalah telur ostrich. Saya rasa replica. Sebab keras semacam

Cicak favourite Ahmad. Haha. Besar ok!

Cool kereta ni. See the plate!

Sebelum balik, kami pusing balik tengok tortoise besar. Bagi makan lunch pula

And finally we get this picture. Mestilah dengan si aldabra tuu. Rm20 #LOL. Orang lain ambil gambar time awal2 baru sampai muka fresh. Kami, dah nak balik baru ambil. Berpeluh2 berkilat2 bagai. Farmer habis. Hehe. 

All in all, saya rasa farm in the city ni sangat structured dan teratur. Pekerja yang ramai dan khusus. Macam, ada yang khusus pegang makanan untuk budak2 bagi pada binatang2, ada yang memang untuk menjaga binatang etc. Uniform pekerja yang differentiate pekerjaan masing2. Kita tak akan lost sebab ada je pekerja di merata2 incase anything. Even parking pon ada orang jaga.

Sorry kami tak pergi toilet, so tak boleh nak komen la toilet macamana. Ahaha.

Lagi satu yang best, semua makanan untuk diberikan pada haiwan adalah percuma! Memang terkejut. Macam ikan, kalau tempat lain, mesti dah charge 50sen ke seringgit ke tapi tktahu la lepas gst nanti macamana. Sayur, makanan arnab, burung, ikan etc semua foc.

Tepat 2 jam kami habis round. Dan jam 12 lah matahari dah mula panas, budak2 dah mula lapar dan cranky, dah berpeluh2 dan dah mula nak gaduh.  Then dapat sijil attendance. So, ok time to go home :)


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: