Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 6, 2015

Homemade Bubble Solution

Assalamualaikum

Saya dah lama nak buat homemade bubble solution. Dari saya mengandung lagi cuma tak larat. Jadi kebetulan haritu ada masa sikit, maka saya ajak budak2 buat bubble solution. Apa lagi, melompat la semuaorang. Hehe

Cara2 buatnya senang saja. Cuma bahan2 tu lah yang menyebabkan delay. Kami bancuh bubble solution dalam jug.

Tengok 3 3 nak rebut nak kacau bubble solution. Jadi kena share lah pegang senduk tu. Haha

Petang baru boleh main bubble solution tu.

Yey jadi bubble

Ni lagi satu

Susah juga nak ambil gambar sebab kejap buble pecah. Kejap gerak. Sebenarnya bubble tu agak fragile dan susah nak jadi. Macam kena dapat rhythm baru boleh jadi bubble besar macam tu. Jadi kalau anda try dan tak jadi, well, keyword nya ialah CUBA LAGI SAMPAI JADI. Hehe

Bahan2:
6 cawan air
1/2 cawan corn starch (tepung jagung)
1/2 cawan sunlight dishwash
1 sudu besar glicerine

Cara2: Campurkan semua dalam jug (sebab kami guna jug), then kacau2 sampai larut. Biarkan selama paling kurang 1 jam.

Dalam buku experiment Sarah (refresher: read this), dia suruh tambah baking soda: then record. Tambah gelatine: then rekod. Tambah apa2 lagi then record sebab nak tengok perbezaan bubble etc.

Ada juga kami tukar2 bahan. Tapi tak perasan sangat perbezaan :D. Kawasan bubble solution agak kecah. Anda juga memerlukan kawasan yang berangin supaya angin boleh tiup jadi bubble (dahtu takkan kita nak tiup pula ye dak? :D) atau kawasan lapang - supaya boleh lari backwards untuk dapat angin.

Selamat mencuba!


Nurul Iman. Pengedar Shaklee Bangi dan Putrajaya. Shaklee ID: 880027. Hp: 0192661775 (untuk pesanan)

No comments: